Trip Ke Gua Niah


Apa khabar guys n gurls...kita btemu kembali hehehe...rasanya lama dah x buat post yg ada kata2 yang panjangnya melebihi 50 patah perkataan ( ceh dah macam soalan spm dah ).... harini entah mengapa leh pulak rajin nak menulis post yang terbaru bertajuk ( sila rujuk perkara diatas ) hahaha malas nak retype la katakan... sebenarnya dah lama nak post nie tapi disebabkan line lambat..tertangguh la pulak...hehehe xpe la yang penting post kan? hehehe

Ya segala yang ada dalam post kali nie berkenaan dengan trip aku dan rakan sekuliah aku iaitu pengajian PENDIDIKAN BIMBINGAN PENDIDIKAN RENDAH (SK), IPG KAMPUS SARAWAK MIRI
kisah bermula apabila kami dibawah nama PEMBIMBING RAKAN SISWA telah mengadakan Kem Intensif PRS bertempat di Gua Niah, Miri, Sarawak yang berlangsung selama 2 hari satu malam yang bermula pada hari jumaat 30/03/2012 pada pukul 2.00 p.m

Sekarang biar gambar2 nie menceritakan semua yang berlaku hehehe



Syarul, Mark dan Aku menjadi model nametag yang telah di reka aku sendiri hehehe


Gelagat Syarul semasa menunggu bas IPG


Che Abe @ Fahmi hehehe antara pelajar TERsenior kelas kami


Fred dan Rizqei a.k.a Omma kami


Winson selaku tukang masak terkenal di asrama kami hahaha...sedap woo dia masak


Casthy, Nira dan Nizan (Naib Pengerusi PRS) <-- Pendebat terhebat kelas kami...


Our papa Selva iaitu mentor kami


Abg Jeff selaku kaunselor IPG dan Penasihat PRS kami bersama staf IPG... sempat plak akak staf tu berposing masa aku halakan kamera hahaha


keadaan ketika nak naik bas IPG


Winson dan Afiq Ang @ Hensem Boy a.k.a Pengerusi PRS Semester 2 dan ketua Kem hehehe


Aku a.k.a Pegawai Publisiti dan penangkap gambar hahahah


Syarul: Nak jadi model iklan ubat gigi leh? hehehe


Safwan @ Biskut dan antara atlet-atlet kelas kami


Setibanya di pekan Niah


Bersiar2 dulu sblum meneruskan perjalanan...nak regangkan kaki la katakan


Roommate yang sentiasa bersama dimana jua Erna dan Nira


Geng Sabahan hehehe yang dibelakang tu Azreen iaitu Mantan Pengerusi PRS


budak comel a.k.a Cute boy hehehe terjumpa masa nak beli makanan di Pekan Niah


Lepak2 dulu di kedai kopi bersama pemandu bas IPG


Sesudah sampai di Chalet Niah...cantik tempat nie


Fred dengan Mark ... hati2 bergayut tu Fred...nanti patah signboard baru ko tau ahhaha


Mark, Abg Jeff, Aku dan Tim


Perhatikan peta ye bukan muka aku hahaha


Sempat posing ala2 bollywood pulak Abg Jeff dan si Casthy nie


Aku pun xnak kalah la hehehe


Nira,Nizan dan Wardah


OTW ke tempat penginapan lelaki heheh cantik x?


Ni asrama lelaki ek... berbaloi bayar 169 semalam...satu unit ada 4 bilik, 1 dapur dan 1 ruang tamu... setiap bilik ada 4 katil dan 1 tandas beserta shower... memang berbaloi-baloi


sebelum masuk baca ayat kursi dan pasang niat yang betul dulu...ini tempat orang ek..xleh masuk begitu sahaja.... Pada Allah S.W.T lah tempat kita berlindung...


Ini bilik kami...bilik no 2... aku kongsi dengan Abe, Azreen dan Winson


Ni bilik perbincangan dan tempat kami melakukan LDK (Latihan Dalam Kumpulan)
Sesi pertama LDK adalah pada pukul 5.30 p.m



Aktiviti pertama ialah listkan kelebihan dan kelemahan diri...xleh tunjuk sgt...malu ehhehe


Lepas LDK...masa untuk makannnnnn... Lauk ayam masak kicap dan sayur campur..nyum2...lokasi kami makan ialah kafe chalet gua Niah



lepas makan sempat plak berposing hehehe...ala2 kampung permandangan dia...


Lepas mandi dan solat bermulalah LDK kedua

Papa Selva pun x nak kalah berposing ehehhe

Aktiviti kedua ialah LifeLine iaitu menyenaraikan tragedi atau kenangan yang memberi impak mengikut umur dan membuat graf berdasarkan keseronokan atau kesedihan yang dialami semasa berlakunya kejadian itu...


aktiviti ketiga...Topi saya... aku salah satu mangsa aktiviti ini hahaha...kami berlima di suruh menceritakan cerita yang bermakna pada kami di depan semua orang dan masa tu kami x tahu yang kami sedang diuji... semasa setiap kami bercerita...pendengar akan diberi arahan secara rahsia untuk memberikan reaksi tertentu... aku terangkan dari kiri k...
Hilda - reaksi pendengar ialah mengutuk cerita dia dan memberi komen negatif
Mark - reaksi pendengar ialah mengetawakan setiap kata2 dia dan tidak ambil serius apa yang disampaikan
Azie - tidak ambil endah atas cerita dia dan buat seperti dia tidak wujud
Azhar a.k.a AKU - sama seperti Hilda
Azreen - memberi sokongan setiap perkataan yang disebut dan mendengar sekhusyuk2nya apa yang diceritakan.

Hahaha bila diingat  balik emamng lucu la...sebab masa hilda dikutuk dia sempat kutuk balik ahaha... Mark pulak merajuk dan hampir marah tapi dia cuba kawal dan keluar dari bilik perbincangan.... Azie menangis ... Aku buat tak tahu jer ahhaha...orang kutuk pun aku buat derkkk jer hahahha sebab aku ada instinct yang diorang nak memperkenakan aku ahahha.... Azreen rasa dipermainkan ...kesiankan kami nie ahhaha....tapi suatu pengalaman yang menarik sebab kami dapat rasa apa yang klien kami atau penceramah rasa bila kmai berikan reaksi yang sama....


ni antara muka pelakon yang memainkan watak2 kekejaman dan lain2 itu ahaha...muka innocent ek....

Suasana pagi di Chalet...memang syok tidur disini..sejuk dan nyaman...rasa macam dekat kampung halaman jer...bangun2 jer nampak pemandangan yang cantik pulak tu...





awas air yang tenang jangan disangka tiada buaya..seriously..memang ada buaya dalam sungai nie..


ala2 kampung kan?..rindu pulak nak balik kampung paloh


sempat pulak diorang tarik aku ambik pic diorang hahaha



Taman Negara Niah...


makan breakfast sebelum memulakan pengembaraan...menunya ialah mee goreng


Yang baju putih tu Madam Lawa Sultan.. memang nama dia LAWA SULTAN ek... dia merangkap mama kami hehehe... dia jugak Pensyarah Muzik kami...


3 lelaki ni sempat berposing di jeti sebelum naik bot menyeberangi sungai




Kami sekelas sempat bergambar sebelum naik bot hehehe



Mama Lawa..sempoi jer pakaian...


14 orang jer leh naik satu masa... skali naik RM1.00 seorang


Sebelum memasuki laluan ke Gua Niah kami dibahagikan kepada kumpulan dan kami kumpulan 4 hehehe 
dari atas:
Fred, Rizqei, Nira
Wei2, Ling Yang, Ang, Aku dan Erna


Laluan nak masuk gua Niah... anda kena jalan sejauh 5 km nak sampai ke Gua


Sesampainya digua...
Nazri, Isugira, Nizan, Azreen, Ling Yan dan Anthena


Antara keunikan alam semula jadi ciptaan Allah S.W.T

kat sini terjumpa hakisan batu yang menyerupai sebelah muka seorang lelaki
teringat pulak semasa dalam gua ada orang ukir nama aku hahaha AZHAR..rugi x sempat amik gambar hahaha...tapi jangan tiru aksi itu k..jangan lah kita merosakkan warisan alam yang tidak terkira nilainya....


kami tiba di laluan ke Painted Cave tapi laluan itu ditutup atas sebab tertentu...nak samapi ke sini jaraknya adalah sepanjang 4km... sebelum sampai ke bahagian ini anda akan melalui sebuah gua bernama gua Hitam dan bila anda masuk Gua itu dan menutup lampu suluh...kawasan itu akan menjadi gelap gelita dan anda tidak akan nampak apa2...sebab tu la nama dia gua Hitam...



sebelum ke jeti..kami singgah di perkampungan orang asli..dan mengunjungi Rumah Panjang...

Baby chomey yang kami jumpa semasa melawat rumah panjang...

aik...dah x sabar nak jadi bapak ke Abg Jeff hehehhe..Azie nie sempat plak masuk gambar...hahah nak jadi calon ker Azie hehehe...gurau jer


selepas balik dari gua kami berkemas dan makan nasi campur berlaukkan ayam dan sayur...lepastu pukul 2.30 p.m kami menaiki bas IPG untuk balik ke IPG...huhuh rasa x puas jer 2 hari 1 malam di Niah...best sesangat... ni pic yang sempat diambik menunjukkan kepenatan setelah memasuki Gua Niah


Itulah diantara kenangan yang dialami semasa ke Gua Niah...memang x rugi kalau anda ke sini..puas.... Sem depan ada banyak lagi plan nak menjelajah malaysia nie... kita tunggu la apa lagi tempat yang kami bakal terokai hehehe.... itu saja buat kali ni...Assalamualaikum....














1 comments:

Eyna Amira said...

wa..bnyk nya gmbr..like3

Post a Comment