0

Rintis Cinta Part 3




"Hey Iyaz, aku ada soalan nak tanya ko ni" suara Uzi memecahkan kesunyian malam yang diterangi cahaya bulan (cehhh bermadah pulak hehehe)
"tanya la..sejak bila pulak ko nak tanya perlu mintak kebenaran hahaha" balas aku sambil menyandarkan diri di kerusi balkoni bilik aku...


si Uzi ni memang slalu lepak2 di rumah aku n aku dah anggap dia ni macam adik beradik aku dah sebab aku ni anak tunggal jadi x pernah merasa ada adik beradik...

" kenapa ek kau slalu panggil kak Ayuna tu Unnie? bukan tu bahasa korea ke? sah memang dah kena jangkitan virus KP24J la ko ni hahaha" soal Uzi bertubi-tubi..

" Virus KP24J? apa tu? penyakit baru ke? apa sindrom dia? datang dari haiwan mana pulak kali ni?" terus gelisah hati aku mendengar bahawa aku terkena jangkitan virus..."

"Virus ni bahaya tau.... mula2 ko akan rasa gelisah.... lepas tu badan kau akan mula berubah.... gerak badan kau pun kau susah nak kawal.... bukan tu jer... pandangan kau jugak akan mula berubah..... uuuuuuuuuuuuu...." jawab Uzi dengan nada yang menakutkan....

Aku pun apa lagi... terus tergugat hati lelaki aku mendengar simptom2 tu semua....

" Boleh bawak mati ke virus ni bro? huhuhu aku muda lagi... xnak mati.... nak kawin... nak waris... huhuhuh oh Tuhan selamatkanlah hambaMu ini...." terketar2 suara ku keluar... rasa nak nangis pun ada ni huhuhu...



"Hahaha ilek la bro... aku gurau je la... bukan virus betul la bro.... KP24J tu maksudnya KPOP 24 JAM.... hahaha jangan la nangis bro.... alalala x sangka plak besfren aku sensitip ek... sori2 bro hehehe jangan mare ek..." Jawab Uzi sambil gelak tak henti2...

"Pokemon punya digimon punya dragonball budak ni.... wacchhaaaaaaa!!" terus ku sekeh2 kepala si Uzi kerana geram dia mempermainkan aku.....


"ahahhaha... tula kau... kpop sangat hahaha... eh soalan aku blom terjawab pun... nape ko panggil dia Unnie? Kalau x salah aku la... kalau nak panggil kakak kalau laki panggil Noona kan? bukan Unnie tu untuk adik perempuan kpd kakak die ker? aku koonpiuuus ni.... atau kau salah panggil" sambung balik si Uzi bertanya kepada ku...

"Betul tu... kalau ikut sepatutnya aku memang panggil dia Noona.... tapi ada sebab aku panggil dia Unnie..." muka ku mulai serius ketika menjawa soalan Uzi...

"Ceciter... aku pun nak tau gak... cita la kat kawan baik a.k.a orang hencemmmm ni hahaha" sambil menghirup air nescafe si Uzi berkata begitu...

" Yang ni kau jangan cerita dengan orang lain ok.... setau aku... Unnie aku ni kacukan... bapak dia memang orang melayu... tapi mak dia berbangsa korea dari Namyangju, Korea....



tapi mak dia memang korea muslim... lepas parent dia kawen... mak dia tinggal di Malaysia n setahun lepas tu lahir la Unnie... tapi..." aku terhenti seketika..

"Tapi apa bro? cerita la sampai abis...." tertunggu2 Uzi menunggu cerita daripada aku...


"Ok2... malangnya... mak Unnie meninggal dunia disebabkan tuberculosis... masa tu umur Unnie 12 tahun.... Unnie x la sedih sangat sebab dia rela mak dia pergi sebab dia x sanggup tengok mak dia terseksa... huhuhu masa aku dapat tau dari Unnie... aku pun nyaris nangis tau...." aku berhenti seketika untuk mengambil nafas...

" tapi apa kaitan dengan soalan aku tadi tu?" tanya Uzi dengan muka tidak puas hatinya...

"Jap la... nak sampai situ la cerita aku ni... kan mak dia orang korea jadi...walaupun mak dia fasih cakap melayu tapi dia still panggil anak dia Kakak tapi dalam bahasa korea la supaya anak dia x lupa akan darah koreanya tu... jadi mak dia slalu panggil anak dia Unnie.... lagipun Ayuna tu hampir dekat bunyinya dengan Unnie..." terang aku lagi...

"oooo.... lepas tu lepas tu?..." Uzi masih menanti...

" ok2 masa lepas aku mulai jadi adik angkat si Unnie ni... aku mula2 memang la panggil dia Kak Yuna... tapi lepas dapat tau Unnie ni ada darah korea tula aku mula berkecimpung mendalami bahasa korea a.k.a Hangul dan benda2 sewaktu dengannya... mula2 sekali aku ni bebal sikit jadi apa yg GOOGLE TRANSLATE 
tu tulis aku ikut je la... jadi first2 aku panggil dia Unnie la sebab masa tu x tau Unnie tu untuk adik perempuan kepada kakaknya....  masa aku panggil dia Unnie... dia nangis... aku pun cuak la... " sambungku sambil tunjuk macam mana muka cuak....


"Pulak dah... nape plak die nangis? " sekali lagi Uzi hairan...

" kak... nape ni kak? saya ada salah cakap ker? kalo ada sori la kak... jangan la nangis kak... sayu hati saya tengok akak nangis tau" kataku sambil duduk di sisi Unnie

"hurmmm x de pape la Iyaz.... cuma bila dengar Iyaz panggil akak Unnie... cara Iyaz panggil tu sama dengan cara arwah mak akak panggil akak dulu... entah nape bila dengar teringat pulak dengan arwah mak..." jawab Unnie sambil mengesat air mata di pipi gebunya...

"sorry la kak... Iyaz x tau yang panggilan tu boleh buat akak terkenang dekat arwah mak akak... Iyaz janji Iyaz x panggil akak cmtu lagi lepas ni" ücapku sambil mengangkat jari manis ku seolah2 berjanji..


"eehhh x pe Iyaz... akak lagi suka kalau Iyaz panggil akak dengan panggilan tu... sebab panggilan tu mengingatkan betapa sayangnya mak akak dengan akak sejak akak lahir lagi... jadi kalau boleh akak nak Iyaz panggil akak Unnie k?" ucap Unnie sambil melakarkan senyuman yang mencairkan hati aku...

" okay Unnie... dahla jangan nangis lagi k Unnie... my Unnie kan comel... kalo nangis nanti luntur je mekap Unnie ahahaha" kataku sambil mengesat sasi baki air mata di pipi Unnie...

"aik.. pandai2 jer budak ni ek... mana ada Unnie pakai mekap...nae dongsaeng... jum makan aiskrim... Unnie tiba2 teringin nak mam aiskrim... nanti Unnie belanja Iyaz..." terus Unnie menarik lengan baju ku membawa ku berdiri dari dudukku..

"dongsaeng? apa benda tu Unnie? lupa nak bawak kamus korea la arini Unnie...hehhe jadi x tau maksudnya" kata ku sambil mengikut jejak Unnie yang membawa ku ke arah koperasi...

"Dongsaeng tu maksudnya adik la Iyaz ku sayang...hehhe dah2 jum nanti abis pulak aiskrim dkt koperasi tu nanti...." senyuman Unnie yang sentiasa ceria tu membuatkan seluruh badan aku patuh kepada arahannya...


" Oooopp... dah2 la berjiwang tu Iyaz ooiii..." sikuan Uzi membuatkan aku terjaga daripada lamunan kasih aku tadi...


"hehehe apa salahnya... dahla... jum masuk...aku dah nak tido dah ni... aku nak mimpikan my Chaegya malam ni ehhehe..." kataku sambil membawa gelas air minumanku...

"CAIR GEYA? ape tu? brooo ape benda pulak CAIR GEYA tu?" tertanya-tanya lagi Uzi malam ni disebabkan aku hahaha...

"ahahha cari la sendiri... tu hukuman untuk kau sebab kau main2 kan aku tadi nguahahhaha... Unnie... I'm coming ehhehe..." ucapku dalam hati sambil meninggal Uzi termanggu keseorangan..

...
...
...
...
...


"She's Mine!" 

Bersambung...

0

Cherrita Awang & Dayang


wassup guyss n gurlss... lama x jumpa.... 
apa habaq u alls.....
ahhaha baru ada semangat nak update blog nie
kalo ikutkan banyak nak update sbnrnya tp
dsebabkan masalah teknikal...
ni je yang aku dapat update...
so bear with me guys ahhaha

ok kali ini aku nak cechite chite sal family aku hehehe
kali ni aku nak terangkan secara detail pasal keluarga yang aku thayunkkkk hehehe

ok firstly... this is my family guys and gurls....

*Dari kiri
barisan kedua- Awang Syukri Bin Awang Jaffar (anak ke-4), Awang Azhar Bin Awang Jaffar (anak ke-5), Awang Faizal Bin Awang Jaffar (anak ke-1)& Noraida Binti Idris (isteri anak ke-1), Dayang Noor Afiza Binti Awang Jaffar (anak ke-2) dan Awang Hafiz Bin Awang Jaffar (anak ke-3)
Barisan pertama- Awang Jaffar Bin Awang Suhaili (ayah) dan Jiah Binti Ajis (ibu)

hahaha itulah isi keluarga aku buat masa ni.... 
maybe akan ada pertambahan dalam masa yang terdekat ni... insyaallah..
tapi yang pasti aku punya lama lagi ahahha... nak abiskan study dulu la katakan... hahaha...

ok let me introduce to you guys one by one of my family members..

first of all...

MY FATHER

AWANG JAFFAR BIN AWANG SUHAILI


hheheh hensemkan ayah aku hehehe... tengokla anak dia hahaha...
hahaha perasan betoila aku ni...

ok a little bit of information about my father....

- Berasal dari Kampung Saai, Daro
- Berbangsa melanau (kalo ikut keturunan melayu brunei)
- Anak bongsu daripada dua adik beradik
- Bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam di Lembaga Lada Malaysia
- Suka bermain badminton
-Seorang yang supporting dan mesra
-Boleh bertutur dalam bahasa iban
- Suka senyum hehehe
- Sayang ayahhhh (hahaha sempat pulak aku ni)

okay, seterusnya adalah

MY MOTHER

JIAH BINTI AJIS


okay.. now about my mother

- Berasal daripada Kampung Paloh, Mukah
- berbangsa melanau (asli ek hehehe)
- bekerja sebagai Dental Nurse
- Bakal bersara dua tahun lagi (rasanya la hahaha)
- Anak ke 3 daripada 4 adik beradik
- Seorang yang rajin
- Mengambil berat tentang keperluan anak-anak
- Sayang Ibu jugakkk (Menyempat sekali lagi ahhaha)

hahaha itu serba sedikit about my parents okay.... nguahahha

sekarang kita beralih pulak kepada adik beradik yang ku sayangi...
cewaahhh bodek sikit... dapat la mintak sponsor beli laptop asus yang aku nak tu ehehhe

ANAK SULUNG DAN ISTERINYA

AWANG FAIZAL BIN AWANG JAFFAR 
&
 NORAIDA BINTI IDRIS


mula-mula meh crita pasal abang long dulu...

- Anak pertama
- Bersekolah rendah di SKAHM
- Bersekolah menengah di Kuching (tak tau nama hahaha)
- Menyambung diploma di Politeknik Kuching (ambil account management rasanya)
- Sekarang bekerja di Bernas Corporation di Kuching
- Status : sudah berkahwin (hahaha state the obvious)
- Umur 30-an
- Seorang yang mesra
- Seorang yang 'happening'
- Suka buli adik dia yang comel ni a.k.a AWANG AZHAR (hahahaha)
- Seorang yang manja dengan isteri dia hehehe (shhhhh)

sekarang isteri dia pulak... ni x tau banyak jadi aku cerita apa yang aku tau jer ok


- Berbangsa Melayu
- Anak bongsu daripada 3 adik beradik
- Kedua-dua orang kakaknya perempuan
- Berasal dari Sibu (I think)
- Bekerja di Sarikei (syarikat swasta under Sarawak Energy Berhad)
- Seorang yang berfesyen (boleh la tapi x la melebih sangat)
- Seorang yang mesra
- Lupa pulak ... diorang laki bini ni kaki on9 hahaha... jangen marehh ek my brother n sister in law hehehe..

sekarang pulak my one and only blood sister

DAYANG NOOR AFIZA BINTI AWANG JAFFAR


- Lahir sepuluh tahun awal daripada aku hehehe
- Graduan UIAM
- Graduan KPLI IPG di Melaka
- Seorang cikgu pendidikan khas di SKAHM, Sarikei
- Status : tidak diketahui ahhaha
yang pasti belum kahwin
- Baik hati dan supporting
bodeknyerrr hahahha
- pandai melukis
- ada bisnes sambilan buat coklat n kek cheese hehehe

seterusnya...

anak ke 3

AWANG HAFIZ BIN AWANG JAFFAR


- Umur 26 tahun
- Graduan UITM
- Sekarang bekerja sebagai Pegawai Agama Islam di Balai Polis Bintangor
- Status: DOUBLE heheheh
- Seorang yang hampir sama dengan perangai aku ehhehe
- Manja, mesra dan supporting
- Minat Superbike dan Photography
dia ni la orang first dalam family yg membeli DSLR
- Ada bisnes sampingan iaitu mengambil gambar kahwin

Yang seterusnya, lahir setahun selepas yang ke 3

AWANG SYUKRI BIN AWANG JAFFAR


- Bekas pelajar SMKA Igan
- Graduan IKBN Miri
- Suka bersukan
- Pandai bermain futsal
- Pandai membaiki kenderaan
- Sekarang bekerja sebagai Senior Mechanic di Perodua
- Status: Tidak diketahui
- seorang yang tegas tapi baik hati
- suka pakai baju berjenama (Billabong, quicksilver dan levis)
okay last but not least...

anak bongsu

lahir 1993

kelahiran bulan september

hari yang ke sepuluh

iaitu

...
...
...


YOURS TRULY

AWANG AZHAR BIN AWANG JAFFAR


biar lebih sikit pic aku... mesti korang rindu aku kan hehehe


ni pic aku dengan mak angkat aku... a.k.a kakak sulung kepada ibu aku...

ABOUT ME

- Bekas pelajar SKAMIS
- Bekas pelajar SMKBS
- Pernah bekerja sebagai waiter di 1Malaysia Cafe



- Sekarang menyambungkan pelajaran di INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
(doakan aku sentiasa berjaya dan menjadi guru yang cemerlang ok?)
- minat photography
- minat melukis
- memerlukan laptop baru
hahaha tu pun nak bagitau
- minat tengok RUNNING MAN


ahahha lawak doe show ni...

- Status: DOUBLE hahaha

tu je la rasanya yang korang patut tahu ahhaha...
kalo ada nak tahu lebih lanjut... contact me at ***-*******
hahaha

ok semua... ni je la nukilan aku buat masani... mana x nya... esok dah nak antar 3 assignment
mataiiiiii






*EH... HAMPIR2 LUPA NAK BAGITAU... SEMUA GAMBAR YANG DITUNJUKKAN KALI NI SEMUA DI AMBIL MENGGUNAKAN
KAMERA DSLR
" NIKON "
HEHEHE....
KAMI KELUARGA NIKON
* SATU LAGI UNTUK PEMBACA YANG MENGGUNAKAN LINE IPG...
KORANG HANYA BOLEH VIEW PIC NI SELEPAS PUKUL 5 PETANG
DAN SABTU AHAD JER...
SEBAB NI LINK DARI FB JADI FAHAM2 LAH EK HEHEHE


hahaha thats all ladies and gentlemen... have a nice
smile alwayss...
assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh
0

Rintis Cinta Part 2




~RINTIS CINTA PART 2~

"Annyeong! eh lupa, assalamualaikum Unnie hehehe... lama tunggu?" aku menyapa unnie yang sedang berdiri di depan papan kenyataan sekolah.

"waalaikumsalam, lama la jugak... naik tercabut semua pangkal tulang anak dara sunti unnie tunggu iyaz, hahaha xde la... nape lmbt kluar?" jawab unnie mencekak pinggangnya.... ada gaya mcm mak aku pulak unnie arini... tapi...dia tetap comey


"sowie2... miyan haeyo unnie... tadi cikgu suruh salin nota tapi Iyaz tertido pulak masa menyalin... jadi..... iyaz disuruh tulis SAYA JANJI TIDAK AKAN TIDUR SEMASA KELAS BERLANGSUNG 



lima puluh kali... naik cair dah musel2 Iyaz ni... (muscle)" aku menjawab smbil buat muka comel dan manja meminta unnie memaafkan aku...


"Apa? tido dalam kelas... aigou...(sambil menyekeh kepala aku)...dahla..ok2 unnie maafkan... budak ni kalo buat muka manja memang no 1... nasib la bukan teddy bear... kalo x... dah unnie tonyeh2 pipi dia... dah la.. jom pergi kantin... paelun-paelun ... nanti abis plak makanan... dahla Iyaz tu ada gastrik..." kata unnie sambil melangkah ke kantin...

waaa unnie ambil berat pasal aku.... terharunya....


tapi sebenarnya..bukan sebab itu aku keluar kelas tadi... ada terjadi sesuatu sebelum aku keluar berjumpa unnie...

Beberapa minit selepas loceng rehat berbunyi... kawan sekelas aku Fiyan memanggil namaku dari luar kelas dan terus menuju ke meja aku...

"Iyaz... aku terjumpa surat la dekat tangga tadi.... surat tu ada nama kau..." kata Fiyan sambil menunjukkan sepucuk surat bertulis tangan...


*sekadar gambar hiasan... isi dia lain...

surat tu memang tertulis nama aku sebagai penerimanya tapi... nama aku ditulis dengan gelaran yang kurang menyenangkan...

Buat Si Anak S*al 
Ariaz

Gua nak beri amran (eja amaran pun dah macam nama orang...sah kurang berpelajaran) dekat lu..
lu jangan nak dkt2 lg dengan Ayuna lg.. (apa masalah dengan penulisan budak ni?)
Skali lagi gua tgok lu kacau2 dia...
gua kasi pecah lu punya muka smpai father with mother (aduss cobala try guna google translate kalo x tau ejaan betul) lu x kenal lu lagi...
ada lu understood gua speaking ka? (naik jenuh dah mata aku tgok surat ni)
LU INGAT AMARAN GUA NI...

Yang ikhlas memberi amaran,

FR

*pesanan buat yang menulis surat ni... blaja2 lah format surat yang betul lain kali kalo nak tulis surat ek... kalo x pun tulis la ayat tu betul2 ckit.....

sapalah yang gatal2 tulis surat ni... lain kali tulis jer nama kau dalam surat tu...x la aku penat nak pikir sape kau..... kalo x pun jumpa depan2 n cakap... aku lah yang tulis surat amaran tu... boleh kita berkenalan? saya juga pengendap si Ayuna... jangan marah saya ek... hehehe
kan senang kalo camtu...



tolak tepi hal kesalahan tatabahasa yang major dalam surat dia tu... sapakah FR ni? lepas aku baca surat tu terus aku bangun dari kerusi dan bertanya kepada bbrapa kwn2 aku yang berada di luar kelas... adakah diorang nampak sapa yg letakkan surat tu di situ...



lepas beberapa orang aku tanya... aku dapati lembaga itu adalah seorang pengawas lelaki...

bila tengok initial dia... FR.... R...
R
Ra
Rafique??!!

adakah dia orang yang btggungjawab menulis surat ni?

aku x pasti n aku xleh buat andaian terburu2...

"Iyaz! jaga2... parit!" jerit unnie smbil menarik lengan aku...

disebabkan lamunan aku.. aku nyaris masuk kedalam parit besar di siring jalan...


"Iyaz ni kenape... apa yang Iyaz fikir smpai x nmpk parit tu...." bebel unnie sambil menunjukkan muka paniknya...

"Xde pape2 lah unnie... terpikir nak makan apa kat kantin tu nnti...lapa sangat dah ni..." bohongku smbil senyum kambing...

nasib baik unnie tidak banyak bertanya dan mempercayai kata2 ku...

aku pun meneruskan langkah ke kantin dengan pelbagai persoalan yang bermain dalam minda...

Siapakah FR?
Kenapakah dia xmau aku rapat dengan Unnie?

Unnie pula membawa muka resah dan binggungnya dengan gelagatku...

Tapi pada masa yang sama... 
ada sepasang mata sedang memerhatikan kami berdua ketika itu...
disebalik dinding yang tidak mampu menampung rasa iri hati dan marah insan tersebut...



"Arghh... Kenapa kau x jatuh jer dalam longkang tu... biar kau mampus... x la kau kacau hidup SAYANG aku lagi.... Siap berpegang tangan lagi dengan ISTERI AKU ....ARghhh Ayuna milik aku dan aku sorang jer... Mampuslah kau lepas ni ARIAZ!!!" desah kelibat itu dalam hati busuknya sambil menumbuk dinding...

Bersambung...
0

Rintis Cinta Part 1


"Alaaa, macam nak hujan pulak hari aku tengok, basah kuyuplah aku macamni," rungut aku sendirian.
"Kau ni, baru jer rintis2 hujan tu dah nak mbebel, ni mesti kes xnak rmbut kepop ko tu hancur kn?" sampuk Farouzy yg baru sampai ke gerbang sekolah.
hati aku mengiyakan apa yg Farouzy katakan, mana x nya... 10 minit aku ambik masa nak buat fesyen rambut cmni n btw kepop tu k-pop ek hahaha...


n disebabkan aku ni pengawas jadi cikgu kurang la menegur fesyen rmbut aku ni ahahha... lgpun aku ni budak baik n jarang buat masalah jadi... muahahahha faham2 la ek

leka kami dua Farouzy bercakap depan gerbang sekolah, hujan pulak smkin lebat. Mesti korang hairankan apa yg kami dua Uzi (Farouzy) buat d gerbang skolah masa hujan ni...
nak dpendekkan cerita, kmi dua Uzi ni pengawas sekolah dan kami bdua dtugaskan mengambil nama pelajar yg lewat n skrg dah pukul 6.45, maka bmulalah tugas kmi berdua...

dengan hujan yang turun dengan lebatnya, kmi bdua trus lari ke pondok bas bhenti a.k.a phentian bas depan gerbang skolah kami...



makngai, bukan main lebat hujan turun pagi ni... tapi tugas tetap tugas..

10 minit kemudian..

kereta yang keluar masuk pun dh nmpak kurang... rasanya tugas kmi bdua dh nak selesai jadi kami buat kptusan nk ke kelas... eh lupa nak bgtau, aku pelajar tingkatan 5 tahun ni di SMK Abang Adruce taun ni n insyaallah pada awal bulan 11 aku akan menempuhi SPM.... N 1 more, Uzi x sama kelas dengan aku, di kelas 5 Seri n aku kelas 5 Anggun (ahahah aku sendiri pelik dengan nama2 kelas dekat skolah kami ni)

Hujan masih lebat tapi kami dua prlu balik ke kelas skrg sbb guru tgktn nak masuk dh...

" Bro, aku pecut je k... x dpt nak tggu dah... jumpa kau masa rehat k bro" kata Uzi sblum meredah hujan meninggalkan aku keseorangan di bus stop tu...

Alaa... mcmmana nak g kelas ni.... kalo aku redah mesti aku lencun ni... 



huhuh baru jer nak tunjuk rmbut baru aku dkt Unnie...

Entahlah sama ada takdir or dia terdengar jeritan isi hati aku...
satu kelibat yang memang aku tunggu2 mula kelihatan.. siap bawak payung lagi tu...


"Iyaz!! tengah buat ape dlm ujan sorang2 tu... tengah cari awek ker? " jerit Unnie smbil dtg ke arah aku.. (Iyaz tu nama aku, nama penuh aku Riyyan Ariaz Bin Jafriey Wan)

dengan tudung biru muda (tudung pengawas), blazer biru gelap bergaris putih



 kulit yang putih gebu, bibir merah jambu, mata hazelnya dan segala yg ada pada Unnie masa dan ketika itu membuatkan hati lelaki aku ni berdentum bagai dipanah kilat...

ya aku mengaku, aku ada hati dengan Unnie (Kakak) aku tu n korang jangan salah faham, dia bukan kakak kandung aku tapi dia kakak angkat aku di sekolah tu... kan dekat skolah budak2 skrg banyak yg mcm tu hehehe... aku sbgai seorang pelajar biasa x lari dari kejadian angkat mengangkat ni...

Kisah perkenalan aku dengan Unnie (Nama sebenarnya Ayuna Qieyn Binti Razaque) berlaku pada awal april tahun lepas..

Pada masa tu aku baru bpindah ke skolah tu sebab Ayah aku di beri jawatan pengurus bagi kawasan ni...

jadi aku terpaksa la berpindah ke sekolah baru...

Okay first day di sekolah baru... memang MALANG!! entah nape aku boleh terlupa pulak nak pakai neck tie


dan ditambah lagi aku lewat sampai.... angaiiii.... keluar je dari kereta aku terus diarahkan untuk berdiri di tepi gerbang sekolah oleh beberapa orang pengawas...

huhuuh terus nama aku kena tulis n terus dapat tiket percuma... 
kalo tiket percuma wayang x pe la jugak...
ni dapat tiket dimerit....

masuk2 jer skolah terus dicop jadi budak jahat.... huhuhuu...
disebabkan xnak dihukum aku terus explain yang aku ni budak baru cnie jadi aku belum tahu peraturan disini...

tapi semua buat muka macamni


huhuuh dieorang x caya cakap aku.... 
berkali2 dah aku explain kat diorang tapi diorang tetap x caya jugak...

"AAhh jangan nak berdolak dalih lagi, kalau dah salah tu mengaku jelah! xpayahlah kau nak jual muka poyo dengan alasan haprak mcmtu.." teriak seorang pengawas yang sedang menyandar
di pintu pagar sekolah...

eeehhh cantiknya bahasa dan adab...
rasa nak bagi hadiah je dekat dia sebab sopan dan lemah-lembut sangat!!!




tapi xpe...aku sabar je....

" Rafique, bukan itu caranya nak tegur orang... kita ada adab, bagaimana awak expect nak didik orang kalau bahasa yang kita guna x betul" sapa seorang gadis berpakaian pengawas dan gayanya seperti seorang ketua...

disebabkan suara dia datang dari belakang aku jadi aku pun toleh la kebelakang.... dan ketika saat itu, mata aku terbenam dalam pandangan dan keayuan wajahnya...


tanpa amaran... jantung aku terus berdetak dentum tali kecapi.... mak ngai... rasa baru lpas marathon 20 KM...

aku terus berdiri kaku tanpa ada sepatah perkataan pun keluar dari mulutku

lalu dia mendekati aku sambil membawa seutas tali leher dan terus memasangnya di leherku

" Adik, lain kali jangan lupa pakai tali leher tau... nanti x pasal2 kena marah lagi.... promise me ok?"  sungguh merdu bunyi suaranya ketika dia berkata-kata....

aku pada ketika itu masih lagi kaku dan diam seribu bahasa...

" Siap, kan hensem kalau pakai macamni slalu... kali ni kakak  lepaskan... tapi kalau masih jugak x buat... akak denda k... dahla... pergi kelas cepat... nnti lambat masuk kelas pertama plak nnti" katanya sebelum beredar meninggalkan kami...

itulah detik bagaimana aku boleh berjumpa dengan Unnie dan pertemuan pertama itulah membuatkan hati aku menggilakan kasihnya... Cinta Pandang Pertama la katakan...


"Iyaz, apa lagi Iyaz menungkan tu? Angau ek?" gurau Unnie sambil ketawa kecil.

Dalam hati aku mengiakan apa yg Unnie katakan dan hati aku menjerit bahawa Unnie lah yang aku cintakan sepenuh hati....

"Takde ape2 lah Unnie... jom balik... Iyaz dah setengah basah dah ni... meh Iyaz pegangkan payung ni" balasku sambil mengambil payung dari tangan Unnie...

"Jom, ensem adik Unnie ari ni.. rambut baru ek" katanya sambil mengusap rambutku dengan tangannya yang selembut sutera

aku tersipu malu dan membiarkan perlakuan Unnie... dan membalasnya dengan senyuman...

Kami berdua terus berjalan meredahi hujan dengan aku yang membawa rasa cinta yang mendalam terhadap dirinya...


Bersambung . . .