0

Cinta Si Ustazah Bulat (Revised)




Assalamualaikum semua...
Ish..ishh.. Berkarat dah blog ni sebab lama dh x update...
Ni nak update pun sebab bosan...
Bosan bukan sebab xda kerja
Tapi bosan sbb banyak sangat kerja..
Korang pernah x rasa stress sangat sampaikan
Korang dah x rasa stress lagi dah hahaha
Itu la apa yang aku rasa sekarang..

Okay2 berbalik semula kepada isi utama
Post kali ni... 
Sebabkan bosan... Aku mula buat research balik pasal
Karakter novel
Cinta Si Ustazah Bulat
Dan hasil dari research tu... Terjumpa la
Beberapa individu yang dalam dunia sebenar yang
Seiras dengan apa yang aku imajinkan
Muka watak Wawa dan Faid dalam cerita ni...
Long strory short...
Ni hasil apa yang aku lukis
Untuk korang bayangkan cmne la muka
Wawa dan Faid ni
and yes.. i know how to draw
but not as good as i want..
BTW
Enjoy

Naezwa Ashyqin @ Wawa


Alfazid Fahmir @ Faid


Setakat itu saja apa yang aku boleh updatekan kali ni
busy sangat bila dah masuk Final Year ni
korang doa-doakan aku graduate dengan cemerlang ek
aku beredar dahulu
semoga berjumpa di lain masa
May Peace Be Upon You All
Ciao!

0

Cinta Si Ustazah Bulat (Bab Empat)

            



BAB

EMPAT



           "Abang! Darah!...", jerit seorang wanita yang kelihatan terduduk di atas lantai yang mula dibasahi darah merah pekat.
            "Ya Allah! Yang!" tampak seorang lelaki bergegas menghampiri wanita tersebut.
            Eh! Kenapa perempuan tu muka dia serupa dengan aku? Jap... Itu aku lah. Ya Allah! Tembamnya aku!! Wait.. Wait.. Apa aku merepek ni? Itu pulak aku fikirkan sekarang. Jadi, kalau itu aku... Siapa pulak lelaki tu ek? Kenapa dia pegang aku macamtu? Suami aku kah? Kalau aku tengok betul-betul, tu lelaki yang sama yang muncul dalam mimpi-mimpi aku sebelum ni. Yang aku pasti lelaki tu bukanlah Abang Din. Aku tahu macammana rupa Abang Din dan sure dia bukan Abang Din. Setahu aku, Abang Din lebih pendek dan taklah secerah lelaki ni.
            Bila aku perhati lama-lama macam semakin jelas pulak bayangan lelaki ni. Tapi muka dia masih aku tak dapat nak tengok. Grrr... Cubalah dia palingkan muka dia ke sini sikit. Kalau dia pusing sini sikit boleh aku tengok siapakah gerangan lelaki yang dengan slumber jer letakkan aku kat pangkuan dia. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah mengizinkan mana-mana lelaki bukan ajnabi menyentuh aku termasuklah Abang Din yang dulunya aku ingatkan akan menjadi imam dalam hidupku. In Shaa Allah akanku pegang pada prinsip ini hinggalah aku berkahwin. Tapi ada ke yang nak kahwin dengan aku ni? Eh jap! Sempat pulak aku fikirkan benda lain time macam ni. Sepatutnya aku fokus dengan lelaki di hadapan aku ni. Kalau sekilas pandang macam pernah tengok jer bentuk badan dia tu. Keding semacam jer... Kejap! Keding? Kalau keding, bukankah dia tu...?
            Alamak! Dia tengah pusing ke arah ni lah. Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi... Kejap! Ni kena fokus betul-betul ni... Mana tau boleh cam lelaki tu... Nak jugak aku tau siapa yang panggil aku dengan nama timangan aku tu dan yang aku panggil Abang...
            Okay... Sikit ja bha lagi mau nampak muka kau atu... pusing bha sikit lagi... kasi nampak baru aku tau kau siapa... Sikit lagi please...  Dah nak nampak dah...
            Sekejap!! Itukan...!?
            BUKK!!
            Aduh! Apa pulak yang ketuk dahi aku ni? Arghh!! Sakit!... Huhuhu...
            Kring! Kring! Kringg!
            La Illah Ha Illallah! Jam loceng aku rupanya. Ni mesti jatuh dari atas laci ni... Huhuhu habis kemek aku punya dahi. Kan dah lebam dahi licin aku ni. Wahai jam loceng ajaib... Kenapa dikau mencederakan diriku yang tembam ini... Tak kesiankah kau dengan tuanmu yang comel ini... Nasib baik kau secomel pemilik dia. Kalau tak, dah lama aku Pile Driver kan kau hingga ke alam barzakh. Kau jangan pandang rendah dengan pemilik kau ni, ustazah-ustazah pun tau jugak aku dua tiga gerakan WWF. Haah! Ni pengaruh sepupu-sepupu aku yang kebanyakkannya lelaki lah ni termasuklah Abang Din. Ya! Abang Din adalah salah seorang dari sepupu lelaki aku dan ini menyebabkan aku sukar untuk menjauhkan diri daripadanya. Dah! Enough is enough! Cukuplah aku bercerita pasal diri nya yang kemetot tu. Tapi, aku sama jugak sekemetot dia... Ahh! Pedulikan semua itu... Tutup cerita pasal dia.
            Baik aku ingat balik apa yang aku mimpikan tadi. Apa pulak yang aku mimpikan tadi ek? Ah! Pasal lelaki tadi! Astaghfirullah! Macammana boleh lupa pulak ni. Huhuhu... ni mesti kes terhantuk tu tadi. Terus aku lupa siapa lelaki tu.
            Hurmm... Dah lah Wawa, bukan rezeki kau lah kot. Daripada aku terus buang masa ingat pasal seseorang yang entah wujud ke tak, baik aku cuci muka. Lagipun aku tengok waktu ni sempat lagi kalau nak solat sunat tahajud. Mata pun tak ngantuk dah sebab tidur awal semalam. Kalau macamtu, baik aku berjaga sampai nak turun ke sekolah nanti, adalah masa untuk aku buat bekal sandwich telur.
            Aku rasa baik aku buat lebih sebab sure Qaseh nak join melahap sekali. Dua bekas container cukup rasanya kot sebab kalau si Faid Keding nak pun ada lebih lagi. Eh? Kenapa pulak aku boleh terfikir nak beri dengan Faid. Tapi... Tak salah rasanya, atleast dapat jugak aku balas jasa dia tenangkan aku masa majlis Dinner haritu. Hikhik... Langkah kananlah kau harini Faid sebab dapat merasa air tangan tembam penuh kecomelan milik Chef Wawa... Auchaa~



                                                *                       *                       *                       *



            " Bro! Jadi tak kau mintak tolong aku ni? Kalau tak jadi, aku balik pejabat sekarang," rungut Faid sambil ligat tangannya bermain pen.
            "Bro? Bro? Huh! Tak boleh jadi ni... Ooo CHE EK GU Raqieyl! Hidup ke tak ni? Kau dengar tak aku tanya ni?" sergah Faid kerana geram melihat Raqieyl yang tidak mempedulikannya.
            " Ohpocot your grandmother! Oh Mother Father Gentleman! Oh Qaseh pujaan hati, aku Qasehkan kau wahai Qaseh! Eh Qaseh! Aku terima nikahnya Qaseh duhai my Bapak in law! Eh in law!" panjang latah Raqieyl seiring dengan gerak tangan yang kelam kabut sehinggakan dirinya termengah-mengah.
            "Hahaha! Melatah pulak housemate aku ni hahaha... Itulah termenung sangat hehehe," kata Faid sambil menutup mulutnya menahan ketawa kerana geli hati melihat telatah Raqieyl.
            " Cikgu Faid! Apalah cikgu ni! Kan dah pendek nafas Cikgu Raqieyl tu dibuat cikgu macamtu! Tak baik macamtu tau. Nanti pengsan pulak Cikgu Raqieyl tu disergah macamtu. Minta maaf dekat Cikgu Raqieyl tu," tegur Cikgu Cindy yang duduk di meja berhadapan dengan meja Raqieyl dalam bilik guru yang lenggang itu kerana ramai cikgu berada di kelas ataupun sedang minum di kantin.
            " Hehehe maaf cikgu! Sorry Raqieyl, aku tak tahu pulak yang teman serumah aku ni cepat melatah orangnya hehehe. Maafkan aku ek? Kesian kawan aku ni," ucap Faid yang masih berbaki gelaknya.
            Sejurus selepas itu, kelihatan kelibat Qaseh yang bergegas menuju ke arah tunangnya iaitu Raqieyl dengan muka yang resah melihat Raqieyl yang seperti kehilangan nafas.
            "Awak! Kenapa ni wak? Awak okay ke? Apa jadi ni? Awak... Awak jangan mati dulu wak... huhuhu siapa nak kahwin dengan saya kalau awak mati dulu... Huhuhu," Qaseh yang bimbang mula melalut dan turut menangis melihat keadaan tunangnya itu.
            " Pulak dah! Dia okay la Cikgu Qaseh, Cuma termengah-mengah lepas melatah je," jelas Faid yang rasa bersalah melihat Qaseh yang terduduk menangis di tengah-tengah laluan bilik guru.
            Tidak mempedulikan pujukan Faid, Qaseh terus menangis teresak-esak sehinggakan terduduk di atas lantai.
            " Qaseh!  Apesal ni? Siapa kacau kau? Ada yang cederakan kau ke?" Kelihatan Wawa yang terdengar raungan Qaseh bergegas mendapatkan sahabat karibnya itu dengan wajah yang gusar.
            " Takda apa-apa lah Ustazah Bulat ooi... Perkara kecil aje ni," jawab Faid untuk menerangkan keadaan sebenar kepada Wawa.
             "Awak! Ni mesti pasal awak kan?! Kalau sehari awak tak ganggu ketenteraman hidup orang tak boleh ke? Cukuplah awak kacau saya! Tapi jangan sekali-kali awak sentuh kawan saya! Sekali awak cuit walau secebis kulit pun dekat badan kawan saya, saya akan carik-carik isi dari badan awak yang memang tulang aje tu!" Keras amaran yang diberikan Wawa kepada Faid kerana telah menyebabkan sahabat sehidup sematinya itu menjatuhkan air mata daranya.
            " Erkk... Awak dah salah faham... Saya cuma nak pujuk..."
            " Ahh! Dasar lelaki! Memang penuh dengan alasan! Tak pernah nak mengaku kesalahan sendiri! Kalau dah salah tu salah jugak," Wawa tegas menempelak kata-kata Faid.
            Mendengar tuduhan keras daripada Wawa membuatkan Faid terus terdiam dan otot mukanya mengendur menunjukkan riak muka kecewa.
            " Sekali dah kau kacau sahabat aku memang tak mungkin aku akan maafkan kau Faid! Memang patut kau kena dengan aku time aku tengah bendera jepun ni. Buatlah muka merajuk macammana pun takkan aku pujuk kau," bentak Wawa sendirian dalam hatinya.
            Faid terus tidak berkata apa-apa dan apabila Faid melihat Wawa masih dengan amarahnya, Faid terus berputus asa untuk membela dirinya sendiri dan mengundur diri dari tempat itu.

            " Lebih baik tersalah memberikan kemaafan, daripada tersalah memberikan hukuman," terdengar kata akhir daripada Faid sebelum pergi meninggal mereka.