0

Cinta Si Ustazah Bulat (Prolog)


Assalamualaikum



PROLOG

Ya Allah! Aku berlumuran dengan darah. Bahagian bawah badanku bagaikan tidak mahu bergerak mengikut kehendak aku lagi. Baju kurung putih yang menyarung badanku seperti bertukar warna dan menjadi semerah darahku.
Mata aku kabur-kabur melihat sekelilingku tetapi yang aku tahu aku sedang dikejarkan ke hospital.  Walaupun dalam keadaan separa sedar, aku masih boleh mendengar suamiku memanggil-manggil namaku sambil menggenggam erat tangan aku yang berisi itu. Tetapi apakan daya, suaraku bagaikan tersekat-sekat untuk membalas panggilannya
.
“Yang! Abang disini Yang… Istighfar ye Yang…. Insyaallah semuanya akan selamat. Abang sentiasa ada di sisi Yang… Abang janji Yang…. Abang janji! Abang… Aba….” Kata-kata suamiku terhenti apabila jururawat yang bertugas menghalang suamiku daripada masuk kedalam Wad Pembedahan namun bibir suamiku tetap bergerak dan aku mengerti apa yang ingin dia katakan padaku.

“Abang cintakan Yang sampai ke Jannah.”

Ya! Uhibbuka fil jannah! Aku pun turut mencintai dirinya dan sememangnya aku begitu menyayangi  lelaki itu yang bergelar suamiku dan ayah kepada anakku yang aku kandungi sekarang. Tetapi, akibat daripada kemalangan yang menimpa aku, aku tidak pasti sama ada kami terselamat ataupun ada antara kami yang terkorban. Namun, jika aku terlebih dahulu pergi meninggalkan bumi Allah SWT ini, biarlah zuriatku selamat kerana biarlah suamiku mempunyai sesuatu daripadaku dan biarlah suamiku mempunyai harapan untuk teruskan hidupnya tanpa diriku.
Sememangnya betul kata orang, disaat menghadapi detik dihujung nyawa segala memori semasa hidupmu bagaikan menerpa dihadapanmu. Pada saat dan ketika itu, setiap detik yang pernah berlaku dalam hidupku berlumba-lumba keluar daripada kotak ingatanku. Namun, terdapat satu memori yang begitu membawa makna dalam diriku iaitu saat perkenalan aku dengan suamiku. Sejujurnya, aku tidak menyangka bahawa dialah yang menjadi imamku namun aku bersyukur kepada-Nya kerana menjadikan dirinya insan yang penting dalam hidupku.

"Awak..Bila pertama kali saya lihat awak... Secara jujurnya saya tak pernah terfikir yang awak akan jadi begitu penting bagi saya.... "  

Cerita cinta kami walaupun bukanlah semegah cinta Adam dan Hawa atau cinta Rasulullah SAW dan isteri baginda namun aku bangga dengan cinta kami berdua dan aku tidak akan pernah terfikir untuk menukarkan cinta kami berdua dengan apa sahaja yang ada di bumi Allah SWT ini. 


0

Cinta Si Ustazah Bulat (Watak-Watak)

ASSALAMUALAIKUM


Watak Utama

Wawa

Nama penuh: Naezwa Ashyqin Binti Wang Rasheed
Gelaran: Wawa, Yang, Ustazah Bolat
Umur: 27 Tahun
Asal: Ranau, Sabah
Tarikh lahir: 15 November 1986
Pekerjaan: Guru Agama/ Ustazah
Kegemaran: Makanan manis
Sikap: Manja, tegas, ego, sensitif, optimistik, berpendirian teguh
Kata-kata yang tidak disukai: XXL, Gemuk, Debab, Tembam, Gempal
Motto @ Matlamat hidup: Hidup tanpa diredhai Allah, bukanlah hidup namanya

Faid

Nama penuh: Alfazid Fahmir Bin Alwazir Walid
Gelaran: Faid, Adik, Kaunselor Kerinting
Umur: 25 Tahun
Asal: Sibuyau, Sarawak
Tarikh lahir: 11 September 1988
Pekerjaan: Kaunselor Sekolah/ Penceramah
Kegemaran: Muzik, Fotografi
Sikap: Mesra, Nakal, Sensitif, Tenang
Kata-kata yang tidak disukai: Kerinting
Motto @ Matlamat hidup: Tanpa adanya senyuman, hari-harimu akan segelap-gelapnya hari

Watak Sampingan

Abang Din

Nama penuh: Awang Syafiqqudin Bin Awang Mursyidin
Gelaran: Abang Din, Awang, Abang
Umur: 30 Tahun
Asal: Kampung Air, Brunei
Tarikh lahir: 28 Februari 1983
Pekerjaan: Pilot
Kegemaran: Wawa, barang import, kereta mewah
Sikap: Ego, penting diri, penyayang
Kata-kata yang tidak disukai: Pendek, Tak Layak
Motto @ Matlamat hidup: What I want, I Will fight it to the death.



Nur

Nama penuh: Nur Raqilah Binti Qiam Lee
Gelaran: Nur, Aqilah, Baby
Umur: 24 Tahun
Asal: Pasir Emas, Kelantan
Tarikh lahir: 6 Jun 1989
Pekerjaan: Guru Pelatih Semester Akhir
Kegemaran: Fesyen, lelaki hensem, kahwin, Faid
Sikap: Manja, degil, mengambil berat
Kata-kata yang tidak disukai: Tidak laku, Gemuk, Wawa
Motto @ Matlamat hidup: Cantik dipandang orang, cantik jodoh mendatang

0

Cinta Si Ustazah Bulat (Sinopsis)

ASSALAMUALAIKUM


Sinopsis

          Wawa, seorang guru agama yang berbadan comel menjalani hari-hari nya mengajar di Sekolah Kebangsaan Abang Isma 2 dengan ceria ditakdirkan berjumpa dengan seorang lelaki yang disalah anggap sebagai "Penjual MLM Hensem" (Faid). Namun setelah diketahui identiti sebenar Faid iaitu seorang Kaunselor baru yang akan bertugas di sekolah itu, Wawa berasakan dirinya begitu malu dan dia tidak sanggup bertentang mata dan bertegur sapa dengan Faid.

              Namun kerana tersilap kata, daripada malu terus bertukar menjadi pertikaman lidah antara Faid dan Wawa. Kedua-dua mereka tidak mahu mengalah dalam perdebatan setiap kali mereka berdua berjumpa. Akan tetapi, dalam Wawa bersikap ego dalam setiap perbualan antara mereka berdua, Wawa sering mendambai lelaki itu dan sentiasa melihat Faid sebagai bakal imamnya kerana sering terpikat dengan personaliti lelaki itu. Apa yang Wawa tidak ketahui bahawa Faid telah mengenali dirinya sejak dahulu lagi dan Faid turut menyimpan rahsia yang sangat penting dalam hatinya.

               Tetapi, ketika rindu dan cinta sudah jelas di mata Wawa terhadap Faid, "Cinta Tergantung" iaitu Abang Din yang pernah mengisi hatinya namun telah membiarkan dirinya terpinga-pinga tanpa kata putus kembali menagih semula cintanya. Wawa yang tidak dapat lari daripada Abang Din yang juga sepupu dan anak angkat kesayangan keluarga Wawa berasa serba salah dan akhirnya mereka dikehendaki berjumpa di rumah nenek mereka di Brunei. Faid yang mendapat tahu tentang keberangkatan Wawa ke Brunei diberitahu bahawa Wawa kembali untuk disatukan dengan Abang Din mula gusar kerana dirinya turut mencintai Si Ustazah Bulat itu sepenuh hatinya.

Apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Wawa?

Adakah Faid atau Abang Din menjadi pilihan?

Apakah yang bakal Faid lakukan untuk membuktikan cintanya kepada Wawa?

Naezwa Ashyqin (Wawa) -
"Awak..Bila pertama kali saya lihat awak... Secara jujurnya saya tak pernah terfikir yang awak akan jadi begitu penting bagi saya...."

Alfazid Fahmir (Faid) -
"Bulat-bulat pun, hati AKU tetap cukup ruangnya untuk KAU"

Awang Syafiquddin (Abang Din) -
"Bila Abang mahukan Yang menjadi milik Abang, Abang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan Yang"