0

Just The Way You Are


Annyeong...
Selamat membaca post terbaru oleh Awang Azhar Bin Awang Jaffar...
okay kali ni kita mulakan dengan bismillah
sama cam kali2 yang lain jugak hehhe

next...
sila tadahkan telinga anda dengan lagu ini ehhehe



okay x?

baiklah... sebabnya saya santapkan kamu semua dengan lagu tersebut adalah kerana lagu itu merupakan antara lagu kegemaran aku dari first aku  dengar hinggalah sekarang...

dan lagu tu lah jugak kekadang ada yang bertuah sbb bpluang mendengar aku dengan suara sumbang menyanyikan lagi ini ahahha


sebenarnya lagu ni bukan ditujukan untuk wanita saja... lelaki boleh... tua (ehh agak kasar perkataan ni ahahha tukalah jadi golongan senior) heheh muda... yang berbadan agak besar (chubby)... kurang tinggi... semualah kiranya..

lagu ni adalah supaya seseorang itu menerima dirinya seadanya dan insyaallah dalam dunia Allah yang serba luas ini ada insan yang menyayangi anda tanpa memperdulikan bagaimana anda pada luarannya... yang penting dalaman dan hati hendaklah dijaga ek... bak kata Tyra Banks... "We don't like mean girls)

*ps ni je gambar yang dia pakai baju sopan ahhaha...

ok berbalik kepada tajuk just the way you are td... aku suka sangat tajuk ni n ayat ni boleh diucapkan kepada semua orang... sebabnya adalah... kebanyakan orang x tau nilai dan keistimewaan diri sendiri...
hal ni lah yang menyebabkan ramai remaja sekarang yg dewasa pun ada jugak yang mengalami depresi dan kemurungan


hal ini disebabkan mereka menganggap diri mereka tidak bernilai dan tiada sesuatu pun yang istimewa tentang diri mereka... ada yang siap kutuk diri sendiri.. (sori kalau terkasar sikit ek)..

Aku Gemuk!!
Aku Pendek!!
Aku x Cantik!!
Aku x Tampan!!

dan macam2 lagi...
Stop beating yourself up guys.... Allah telah mencipta kamu sesempurna ciptaan... dan tiada ciptaan Allah SWT yang tidak indah...

Hal ni salu belaku sebab

Activating Events (Perkara yang berlaku)

Ada orang kutuk korang sebab rupa bentuk fizikal anda

Belief System (Kepercayaan diri)

Anda merasakan diri anda tidak secantik/setampan orang lain dan tiada sesiapapun yang menghargai diri anda seadanya

Consequences (Akibat)

Anda murung, mula menjauhkan diri dari orang, mula menghukum diri sendiri dan tubuh anda

*ps sori la kalau korang x faham term2 yg aku guna tu ahhaha biasa la... sejak dah mula blaja subjek Bimbingan dan Kaunseling PBK3101 dan PBK3102... sejak kebelakangan ni aku selalu guna term2 yg telah dipelajari ahahha... alang2 dah blaja apa salahnya kongsi ilmu yang ada kan ehhehe.....


ok berbalik kepada apa yg telah aku mention tadi... disebabkan Activating Event iaitu dikutuk seseorang... belief system mereka mula terganggu dan mempercayai kritikan orang tersebut.... maka akibatnya akan merosak diri sendiri... tapi kalau yang belief system dia kuat alhmdulillah la.. teruskan mempercayai diri sendiri ok...

Antara consequences yang mungkin berlaku adalah:

1. Anda mula menguncikan diri dalam bilik
2. Sentiasa mengelak daripada bertemu dengan orang
3. Menghukum badan (cth: melukakan badan, makan pil pelangsing)
YANG NI HARAP ANDA JANGAN SESEKALI BUAT

4. MAKAN PIL PENENANG
5. MINUM ARAK
6. BUNUH DIRI!!!!!!

Aku harap sgt korang x buat yg last 3 tu... nyawa xde ganti tau... korang ingat korang buat tu dan korang sendiri je tanggung akibatnya? TIDAK!! keluarga anda dan orang yang sayang anda akan turut terima akibatnya tau tak....


Please la k...

Jadi untuk memastikan anda tidak jadi macam tu meh aku bagi tips untuk mengelakkan anda berasa bahawa anda tidak istimewa...

1. PERCAYA BAHAWA SETIAP CIPTAAN ALLAH SWT ADALAH INDAH DAN ANDA ADALAH SALAH SEORANG DARIPADANYA

2. TANAMKAN DALAM HATI RASA BERSYUKUR TERHADAP DIRI SENDIRI 

3. DEKATILAH ORANG YANG HORMATI DIRI ANDA DAN JAUHILAH DARI ORANG YANG SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK MENJATUHKAN ANDA


4. SENTIASA MUHASABAH DIRI DAN CARILAH DI MANA KEKUATAN DAN KELEBIHAN ANDA BERADA

5. BUKA HATI ANDA UNTUK MENERIMA ORANG YANG BERNIAT IKHLAS MENGENALI ANDA

6. SENTIASA PERCAYA BAHAWA SETIAP MAKHLUK DIJADIKAN BERPASANGAN DAN INSYAALLAH ANDA AKAN MENEMUI PASANGAN ANDA

7. JANGAN TAKUT AKAN KEKECEWAAN KERANA KEKECEWAAN AKAN MENGAJAR DIRI ANDA SUPAYA TABAH DAN SENTIASA BERSABAR

8. SENTIASA BERFIKIRAN TERBUKA 

9. PERCAYALAH BAHAWA ORANG YANG INGIN MENJATUHKAN ANDA SEBENARNYA CEMBURU MELIHAT ANDA BERADA DI ATAS MEREKA

10. SENTIASA CARI CARA UNTUK MERUBAH DIRI MENJADI YANG TERBAIK DALAM APA JUA ASPEK TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MENERIMA KELEMAHAN DIRI

Insyallah jika anda sudah mula merubah Belief System anda... anda akan mula melihat diri anda adalah sebuah anugerah yang dikurniakan tuhan.... bermula dari situ anda akan lihat keadaan sekeliling anda insyaallah akan berubah... amin.. 

Ingatlah bahawa pujian orang kepada anda adalah berkemungkinan besar benar2 belaka lebih2 lagi jika orang itu adalah orang yang menyayangi anda...

Jadi bila orang kata:

Awak cantiklah
Awak Comellah
Saya suka berkawan dengan awak
Awak baik
SAYA SAYANG AWAK

janganlah tolak mentah2 kata2 itu kerana besar kemungkinannya mereka benar2 bermaksud begitu..
Mungkin ada yang menanam tebu di bibir dan mulut manis


tetapi anda tidak akan rugi mengambil kata2 itu dan jadikan ia pembakar semangat anda supaya anda akan merasakan diri anda adalah berharga...

ARASSO?

okaylah jadi pembaca2 semua... sentiasa percaya akan diri sendiri... kerana diri anda begitu berharga hehehe... amik quote dr iklan loreal jap


eheheh jadi sampai disini sahaja penulisan aku...
diharap anda akan sentiasa ingat apa yang telah aku pesan
dan jika tersalah kata aku mintak ampun dan maaf
hamba hanya seorang manusia biasa hehehe

okay sebelum aku berundur diri... ni untuk peringatan aku dan semua orang heheh..
enjoy


thanks for reading..
Annyeong
Assalamualaikum..
May Peace Be Upon You....
3

Jelajah KUCHING


Annyeong...
hahaha mesti korang ingat mamat ni korea wannabe kan?
macam pandai jer cakap korea...
huhuh bukan itu niat di hati
niat sebenar nak blajar bahasa2 lain.. bukan kah ada kata2 bhwa practice make perfect...
jadi walaupun x pandai.. tapi dengan latihan insyaallah semua akan berjalan lancar...
oleh itu... maafkan saya sebab terpaksa mencemari mata anda sekali lagi dengan bahasa rojak saya...
so bear with me you all...
myanhaeyo..
sorry...






yahh.. hahaha semua jenis ada hahha..

ok

back to the topic at hand..

lama dah aku tak update benda alah ni...
sori la...
sorry lagi hahaha



bukannya apa... material dia ada..
tapi entah sejak cuti ni..malas pulak jari ni nah menaip
hahhaa
entah tiba2 pulak arini rajin pulak...

anyway..
mari kita tinjau aktiviti aku selama berada di 

KUCHING, SARAWAK

selama

6
Hari
5
Malam

bersama

KELUARGA!!

takdelah gempak sangat tempat percutian aku kali ni tapi kira okla.. ada jugak kuar rumah n menikmati ciptaan Allah SWT

Tapi lupa plak nak cakap..
Kuching ni dah ibarat rumah kedua aku dah ahahha
sebab kami memang ada rumah kedua dekat Kuching
jadi paham2 je lah ek ahahha..

kali ni aku stoli2 guna pic macam biasa jer k...
jenuh dah tangan ni nak menaip hahaha...





Okay kita mulakan dengan pic no 1... nila perumahan di mana rumah kedua ku berada..
kalau mata tajam dpt la baca signboard tu kalo x nmpak hahah pergi check mata anda haha..
xdela... kat signboard tu tertulis Taman Sourabaya Indah, Lorong 8G kalo x salah hehehe..
tempat ni ok... kalo nak pergi bandar pun x la jaoh sgt... nak kata tengah bandar x jugak... terletak cantik je kawasan die ehhehe... promote2
kebetulan pulak rumah cousin aku sederet dengan rumah kami kat cni tapi die beli rumah ni awal lg... die tinggal dengan isteri dan anak die lelaki seorang tapi aku baru dapat tau yang die dah dapat cahaya mata baru... babyboy,,,, comey gilerr.... congrats cuzzy..


 kalo korang nak tau... rumah aku terletak disebalik dinding rumah pink tu ahahha... terlupa plak nak amik pic umah..
rumah biasa jer pun.. kaler putih... keadaan ok2 jer... belum di renovate sebab belum ada fulus yg mncukupi... tapi selesa la untuk family kami...
ni time malam lepas sampai tu... kakak aku tetiba nak bawak kami ke Kuching riverside... nak tengok budak2 main api yg terbang2 tu ahahha aku pun x tauk namanya... tapi cantik kalau ramai yg main... tpi malangnya malam tu hujan... tu la yg makan jagung rebus yg panas2 dimalam yg sejuk ahhaha... aku la jadi mangsa membeli dalam hujan.. 
ni la permandangan kat reverside tu malam2 yg hujan... boleh tahan la cantik gak... kalo nak bawak isteri dating malam2 bmesra2 dekat cni ok gak... ISTERI okay... bukan AWEK.. nanti entah apa2 tah korang buat gelap2 hahaha... bukan nak tuduh tp... bhati2 la sblum terjadi apa2 k ehhehe... mencegah lebih baik dr merawat... KAN???

di pagi keesokannya pulak kami mengukur jalan di jalan Masjid India heheh... ni antara tempat tumpuan ramai bila melancong ke Kuching... sini banyak juak kain... rempah... barang2 keperluan yg dikira murah jugak la... kawasan pun cantik sebab dekat dengan riverside...
waa nostalgik betul la tengok acuan ni ehhee... buat sesapa yg x tau... ni la acuan untuk KUIH CAP.... hahaha kalo x tau google2 kan k hehehe... kuih ni senang je nak buat asalkan tau bancuhan dia... lepas bancuh... masukkan acuan ni dalam bancuhan anda dan angkat berhati2 supaya bancuhan tidak tumpah... lepastu gorengkan dalam minyak yg panas heheh... nanti dia timbul dan bila siap.. ianya cantik dan sedap pulak tu... rindu nak makan... ehhehe
kan betul aku cakap tempat ni memang berbaloi untuk dikunjungi... siap leh nampak bangunan PWTC pulak tu.... heheh bangunan ni dah jadi lambang kebanggaan di Kuching tau.. ehhehe megah gitu...
sepanjang jalan ni dipenuhi dengan kedai yang menjual pelbagai barangan... ehhehe especially kalo nak beli kain nak buat baju raya or baju kurung.... banyak pilihannya...
hak ni pulak bangunan kompleks perlancongan.. hahaha sebenarnya aku pun x tau bangunan ni wujud hahah... disebabkan kaki aku gatal aritu nak jalan2... terjumpa la bangunan ni heheh
nak bgtau fungsi bangunan ni...masalahnya aku pun x tau hahah... yg pasti bangunan ni dah ada sejak zaman pemerintahan kerajaan brooke lg... nampak x design die ala2 zaman kolonial... waaa sejak belajar falsafah pendidikan ni tau pulak guna perkataan kolonial ahhaha..
walaupun bangunan ni agak lengang dan kosong... (terdengar denggungan lagu KOSONG oleh Najwa Latif) ahahha.... tapi tetap cantik dan dijaga rapi.. monumen bersejarah la katakan...
yang besnya jalan masjid india ni.. die sgt dekat dengan pembandaran tapi still mengekalkan bangunan2 zaman kolonial... even balai polis kat cni pun masih dalam bangunan lama tapi sangat unik... kalau x caya korang leh googlekan heheh
setelah penat berjalan.. masa untuk melahap... korang nampak pau putih tu... pau tu banyak perisa tau... sedap lagi tu... harga pun berpatutan... halal pulak tu.... memang berbaloi la beli
kalo nak makan biar beradab heheh... duduk la time makan dan minum ek ehehhe.. kita kan rakyat malaysia yang penuh dengan sopan santunnya...
hok ni yang buat aku geli hati sikit hahaha... bukan main besaq air yang bapak aku beli ahhaha haus la katakan...
ni plak bukti bahawa indian mosque lane ni memang telah ada sejak dulu lagi... sejak awal abad ke -17...
sangat menakjubkan senibina tempat ni kan?
the next day nya adalah hari yang ditunggu2... perkahwinan antara lelaki dan perempuan... adam dan hawa... ladies and gentlemen hahaha.. memang la... nak buang tebiat ke laki dengan laki kawin or pompuan dengan pompuan... x mendatangkan faedah langsung.. melawan hukum alam betul la.... ahahaha...
sepanjang jalan digunakan untuk meraikan dua mempelam ni hehehe... siap rumah jiran termasukla rumah kami digunakan... tolong menolong antara jiran tetangga la katakan ahhaa
yang ni anak buah aku yang second termuda ahahah... yang ni anak kepada kakak cousin yang tinggal satu perumahan kami tu... nama si comel ni Ari... hehehe kerintingkan rmbut die.. macam Hafiz daa
ni la pasangan pengantin yang diraikan... yg lelaki tu la anak jiran kami.. merangkap anak buah kepada makcik aku... kami panggil di EE...hahha sama macam panggilan abg aku sorang tu... yang sebelah pengantin laki tu la jiran kami merangkap adik beradik kepada makcik iaitu ister kepada pakcik aku yang merupakan abang kepada mak aku ahhaha.. mesti korang konpius kan ahhaha... faham2 kanla ek
ni la khidmat catering yang telah diupah oleh keluarga pengantin untuk menyediakan lauk pauk untuk dijamah oleh tetamu.. nama catering dieorang adalah HAWA CATERING SERVICES... kebanyakan pekerja dieorang adalah budak2 skolah menengah ahaha.. tengok baju pun baju sekolah ahahha... boleh tahan rajin la jugak... cekap la jugak hahaha...

malam lepas majlis tu walaupun penat sempat pulak jalan2 dekat boulevard... yang ni pic akak aku bersama kereta kegemaran kami berdua... KIA SPORTAGE.... mak ngai... smart gile kreta ni.... aku minat kereta2 cmni.. lebih2 lagi KIA SORENTO berwarna putih... memang tu kereta idaman aku.....

yang ni berlaku sehari sebelum kami berangkat pulang... kami ke kebun ngah yang die telah usahakan selama setahun... alhamdulillah menjadi hasil tanaman die... besar kan buah2 cempedak di luar pagar tu ehhehe... wangi pulak tu...
ni la belakang pondok yang telah dibina oleh Ngah aku a.k.a Haji Kenit Bin Ajis a.k.a Abang kepada mak aku ehhehe

welcome to my crib... hahahaha... siap ada ayun lagi...tapi bukan untuk muatan lebih dari 60KG k ahhaha... cantik jugak pondok buatan tangan ni kan ahhaa... ni kalau ikutkan boleh ditarafkan sebagai Rumah banglo dah ahahah... bukan pondok lagi ahhaha... tapi pondok ni x berdinding ek.. kecuali tandas la... hahah nak cari maut ke tandas x berdinding ahahha.. habis pecah rahsia...

ayun ni mampu menampung berat aku yang kian bertambah sepanjang cuti ni ahhaa.. las aku cek berat aku 52 KG ahhaha... ok la tu

Last but not least.... 
MARI MAKAN DURIAN!!! hahahaha

ok sampai tu je la coretan masa2 aku di kuching... sebenarnya banyak tempat yang aku pergi semasa di kuching tapi tak berkesempatan nak amik pic... aku sempat gak pergi ke Serikin.. tempat membeli belah barangan yang murah2 tapi kualiti pun agak.... faham2 lah ek hahaha... serikin ni dekat dengan sempadan kalimantan jadi anda leh tau sendiri sapa yg berjual kat sana hahaha... tapi ok la tempat tu.. banyak pilihan dan harga pun boleh runding... kalu perempuan mesti datang sawan shopping kat situ ahaha... kalu laki mesti dtg cari jersey murah dan barang2 lain ahaha... 

Oklah guys... time tu rest hahah.. kalau ikutkan tadi nak siapkan ISL (Independence Self Learning) untuk BK3102 (Teori2 Bimbingan dan Kaunseling)... tapi ahhaha terbawak pulak mencoret dekat cni... haha... anyway... jumpa lagi dihari yang akan datang... insyaallah...

Annyeong... Aloha... dan May Peace Be Upon You... see you guys again...