0

CINTA kamu?


7 Pelangi - Ku Ukir Indah Namamu...
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

Kepada kamu yang pernah aku beri lagu INI aku faham pesananmu dan insyaallah jika memang ada jodoh kita


hehehe sori guys...terpaksa plak santapkan telinga korang dengan lagu ini untuk memulakan post aku hari ini...
ok terus terang post kali ni lebih kepada luahan perasaan... hahaha...pathetic btoi la jantan macam aku nak berjiwang di tengahari yang panas ni...
could you guys just bare with me hahaha...arap korang x bosan la mendengar luahan seorang insan bernama AWANG AZHAR BIN AWANG JAFFAR ni....

lagu ni banyak memberi makna pada aku hahaha...mungkin sebab lirik dia memang menusuk kalbu aku hahaha...
okay...BTW korang mesti ada seseorang yang korang sayang sangat2 sama ada orang tu sedari atau tidak...

hahaha kali ni aku dapat ilham dari pelbagai post orang d FACEBOOK la, TWITTER la n termasuk jugak BLOGGER ni...
macam2 post berkenaan dengan cinta hati diorang yang ada yang berbalas, ada yang dikecewakan dan ada jugak yang mengambil keputusan untuk menyembunyikannya


dengan kata lain menjadi secret admirer....

mesti korang semua ada kisah cinta tersendiri kan.... tak kira la cinta pandang pertama ke


bercinta dengan kawan lama ker


cinta dengan musuh


cinta tak berbalas


dan lain-lain lagi....

semua tu disebabkan satu perasaan bergelar CINTA...

aku sebagai manusia biasa memang x lari dari merasai perasaan ini...
tapi sampai sekarang aku x berapa faham dengan erti sebenar mencintai seseorang...
dan aku x rasa ia semudah mengatakan aku cintakan kamu...
ia lebih rumit dari itu tetapi dalam masa yang sama ia jugak sangat mudah...

sebabnya adalah... disebabkan cinta... orang sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan bahana kepada diri sendiri...
hal ini yang aku sangat tidak setuju....
bayangkan kalau cinta hati kita ni menyuruh kita membunuh diri untuk membuktikan cinta kita kepada dia
ADAKAH ANDA AKAN LAKUKANNYA?

persoalan sebenarnya bukan itu...yang menjadi persoalannya ada lah adakah orang itu benar2 mencintai kita? kerana jika dia ikhlas mencintai kita...dia tidak akan terfikir langsung untuk menyuruh kita lakukan sedemikian sebab dia tidak mahu orang yang dia cintai tercedera sedikit pun...

hahaha teringat pulak aku pernah tulis sajak pasal ni....
korang hayati k

Ku Serah Segalanya


by Azrieykha Faqeesh Darius on Tuesday, February 22, 2011 at 5:48pm ·

 Wahai Tuhan berikan malang kepadaku,
Agar Kau bisa berikan tuah kepadanya,
Ya Tuhan cederakanlah badan aku,
Agar Kau bisa lindungi tubuhnya,
Dan Tuhan murkailah aku,
Agar Kau bisa memberikannya keredhaanMu....

Akan ku telan segala perit,
Akan ku redah segala derita,
Akan ku tahan segala pilu,
Asalkan Ya Tuhan kesenangan Kau berikan,
Asalkan Ya Tuhan kegembiraan Kau sediakan,
Untuk si dia,
Kerana segalanya adalah untuk insan yang ku cintai....

Dengan itu,
Ambillah segalanya daripada aku,
Rampaslah setiap halusnya nafas aku,
Akan ku serahkan segalanya,
Tetapi,
Tatangilah si dia sepenuhnya,
Kerana semuanya sungguh bermakna,
Pabila bahagianya dia....

ahahah memang kalau anda sendiri sedang mencintai seseorang korang pun akan buat benda yang sama kan? seperti kata orang dulu2 cinta itu buta.....
tapi kalau nak lebih tepat...kita patut kata CINTA ITU MEMBUTAKAN

sebabnya cinta ni membuatkan kita tidak nampak arah jalan yang sepatutnya kita lalui....

maka...cintai lah berpada-pada....
ingatlah landasan yang betul.....

secondly pasal cinta yang x berbalas dan SECRET ADMIRER ni
aku pun pernah merasai benda yang sama...

memerhati sidia dari jauh dan sering bertanyakan soalan

ADAKAH DIA MENGINGATI AKU SEPERTI AKU MENGINGATINYA SELALU?

PERNAHKAH AKU TIBA DI LANDASAN RINDU DI HATINYA?

WUJUDKAH AKU DALAM DIRINYA?

hahaha yang memalukan sikit adalah bila kita STALK sidia..

NO bukan stalk yang jenis obses tu 


tapi mengambil tahu perkembangan diri si dia...

hahaha... siap bukak wall FB dia tengah2 malam sebab nak tahu status dia or ada x orang kacau dia
 hahha mesti korang pernah buat macam tu kan..

ia x salah tapi berpada-pada k

jangan macam ni hahaha


or macamni


tapi bagi yang berdiam diri n x pernah luahkan rasa hati anda.... aku sarankan

BERITAHU YANG ANDA ADA PERASAAN DEKAT SI DIA!!

korang mungkin slalu beranggapan macammana kalau dia tolak or macammana kalau dia ketawakan aku... macammana itu macammana ini....

korang x beritahu lagi...macammana la korang tau jawapan dia...mana tau kan kalau dia pun ada perasaan yang sama.... x salah kalau korang berterus terang... kalau dia reject pun tak ape atleast korang dah berpuas ati sebab korang dah terus terang....

ok sebelum aku nak akhiri post kali ni.... ada dua thing aku nak share dgn korang

MUNGKIN
KAU AKAN MELUPAKAN AKU
MUNGKIN
KITA TIDAK AKAN BERTEMU
MUNGKIN
SERIBU KEMUNGKINAN YANG ADA

TAPI
TIDAK MUNGKIN
AKU TIDAK CINTA PADAMU
TIDAK MUNGKIN
AKU AKAN MELEPASKANMU
KERNA
SEKALI AKU MELUAHKAN AKU CINTA
SEGALANYA
MUNGKIN TERJADI . . .

Mungkin by AZAQUE HARDYAR

dan last skali pesanan bagi SI DIA yang mungkin mencintai aku tanpa aku sedari atau aku sedari atau aku sendiri yang mencintai si dia atau lain-lain lagi....

MUNGKIN AKU CINTAKAN KAU
MUNGKIN KAU JUGA SAMA
SAMA ADA AKU SEDARI ATAU TIDAK
MAAFKAN AKU JIKALAU CINTA ITU TAK DIBALAS SEKARANG
MUNGKIN BELUM TIBA MASANYA
TETAPI JIKA MEMANG TERTULIS CINTA KITA BERSUA
INSYAALLAH AKAN AKU GENGGAM CINTA ITU
SEPENUH JIWA AKU
ITU JANJI AKU
AKU BERHARAP KAU SANGGUP TUNGGU
DAN AKU JUGA SANGGUP TUNGGU
DIRI KAMU ITU
JIKA KAMU JODOH AKU
ITU PESAN BUAT KAMU
DAN DIRIKU
SEMOGA KITA BERSATU
SAMA ADA DI DUNIA INI
ATAU DI AKHIRAT SANA

Yang Ikhlas ingin mencintaimu

Awang Azhar Bin Awang Jaffar

Sampai disini saja coretan aku...hehehe selamat membaca...
senyum selalu
take care
assalamualaikum....




0

Kesederhanaan & Kesesuaian


apa khabar everyone...lama pulak rasanya aku x update blog nie...sampai ada pulak yg request aku update kan hahaha
ok demi anda semua...aku akan update blog aku kali ini dengan post yang ber tajuk
KESEDERHANAAN DAN KESESUAIAN

ahahaha agak panjangkan tajuknya harini...tapi aku pasti kamu semua boleh agak apa yang akan menjadi isi kepada post kali ini..

Maka dengan itu...diharap anda akan enjoy membaca post kali ini...

ok aku mulakan isi kandungan post kali ini dengan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...

untuk kali ini..aku mendapat idea untuk menulis tentang tajuk di atas semasa aku edang dalam perjalanan ke KUCHING menggunakan sebuah mesin ciptaan manusia iaitu.....


ahahaha kalo dengar awal macam canggih jer bunyi kan hahaha....

ok2..aku mulakan perjalanan pada pukul 3.00 petang dan dalam bas tu...macam2 benda aku alami...
first of all bas tu bersepah sangat.... kotor....dan apa2 lagi yang bersinonim dengannya...
bapak aku kata mungkin disebabkan bas ni baru sampai dari miri jadi...ramai yang gunakan....
tapi aku rasa tu tak menjadi alasan untuk bahagian pengurusan bas untuk membersihkan bas itu...mana x nya...dengan sampah bersepah....tong sampah penuh.... kerusi pulak berdebu....macammana la diorang nak harapkan penumpang selesa menggunakan perkhidmatan diorang....
tapi disebabkan dah beli tiket...aku naik jer la bas tu...terpaksala katakan....
tapi dalam perjalanan...aku ternampak sesuatu yang menyedarkan aku...
hal bas bersepah ni bukan salah pihak bas 100%
tetapi salah manusia yang x bertanggungjawab jugak...
sebab dalam bas tu...aku ternampak seorang lelaki
dia nak makan telur rebus jadi dia kupas la..
tapi yang mengganggu permandangannya adalah dia kupas dan buang kulit telur tu dekat lantai jer... 


lepas tu dia tolak pulak kulit2 tu dekat kerusi belakang dia.... aku geram sangat..
ada jugak rasa nak tegur tapi disebabkan aku belum dapat keberanian masa tu aku diam jer dan pendam dalam hati.... mesti korang ingat aku ni pengecut kan.... huhuhu
disebabkan orang tu nampak jauh lebih senior...aku x berani pulak nak tegur jadi aku tegur dalam ati jer la....

mesti korang hairankan....apa kaitan cerita ni dengan tajuk post aku.... kaitannya....kejadian tu membuatkan aku terfikir jenis manusia manakah yang aku suka....

okay aku akan terangkan dengan lebih lanjut step by step...

KESEDERHANAAN

sejujurnya aku kata...aku sukakan orang yang besederhana
sebabnya aku ni jugak jenis orang yang hidup sederhana
tidak kaya dan tidak juga tidak berkemampuan
Tidak terlalu pandai dan tidak terlalu kurang pandai
cukup2 makan jer hak3

ok back to the topic....
orang yang besederhana yang aku maksudkan adalah orang yang sederhana dalam segala benda...
contohnya dia tidak terlalu NEAT FREAK


tidak juga terlalu HOARDERS @ DISGUSTING


aku lebih sukakan orang yang simple n x terlalu strict dalam hal ni...cukuplah rumah tu selesa dan senang mata memandang... sebabnya aku jenis yang camtu....

aku x berapa sukakan orang yang terlalu STYLISH


dan tidak juga yang terlalu OUT OF FASHION


aku sukakan yang pakai simple and look nice... x jugak out of date...tapi sesuai dengan diri sendiri.....

next aku x harapkan jenis yang terlalu kaya


sampaikan terlalu boros dan membazir...

or terlalu berjimat cermat


sampaikan baju yang dah koyak rabak sampai nampak pusat pun still nak pakai sebab xnak bazir duit...baik aku simpan duit dalam bank dari aku beli baju..bukannya orang nak tengok...nak tengok diorang punya pasallah..duit aku..... pemikiran macamtu x baik...

sedangkan Rasulullah S.A.W amat besederhana dalam hidup beliau... jadi kita patut jadikan contoh... dan hiduplah besederhana...
OKAY?

ok..seterusnya adalah KESESUAIAN

maksud perkataan ini adalah kita sebagai manusia mesti pandai menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan..
sebagai contoh...
orang yang ikut kepala sendiri jer bila pergi majlis orang...

maksud adalah apabila seseorang tu tidak mengikut kesesuaian sesuatu majlis...

contohnya..memakai pakaian informal dalam majlis formal


memang fesyen adalah hak individu..tetapi please la... hormat majlis orang...kita ni dijemput...jadi sila hormat dan ikut peraturan majlis.... kalau kita hormat orang...orang hormat kita balik....

hipokrit bukan menjadi masalah disini tapi kita sebagai manusia yang ada adab mestilah menghormati orang lain kan?

rasanya tu je la yang mampu aku tulis untuk kali ini... maaf la kalau aku ada menyinggung perasaan korang ketika membaca...aku cuma meluahkan buah fikiran aku dan menegur apa yang tidak patut....
aku tegur bukan bermaksud aku ni sempurna sangat tapi ini sebagai garisan dan petunjuk kita semua untuk menjadi manusia yang lebih berjaya....
ngee~ harap anda semua seronok membaca 
dan tunggulah kalau ada idea lagi aku akan update blog ni dalam lain masa dan ketika...
take care
smile always
dan 
ASSALAMUALAIKUM