2400


Good morning all.... hehehe kepada yang belum bangun tu...yo wake up guys....it's already 9 o'clock.... cehhh aku nak kata orang aku sendiri baru bangun gak hahaha....penat la katakan.....tapi bangun2...terus mengadap laptop hahaha..... baik x perangai tu? hehehe ikut2 kan ek hehehe....

Baiklah....kali ni nak crita pasal 2400.... Nak tau apa maksud nombor ni? bukan nombor ekor ek...jadi jangan gatal2 nak tulis n hantar pergi kedai 4D hhahahha...haremmmmmm.....

Baiklah...skarang aku nak terangkan maksud 2400 ni...maksud nombor ni adalah jarak bagi amali pendidikan jasmani kami sebagai guru pelatih di IPG ni iaitu sepanjang 2400m / 2.4km kami kena lari bawah masa 12 minit kalau nak dapat markah penuh... kalo nak tau dengan lebih lanjut tekan Link di bawah ni:


hehe jadi nak dimulakan cerita pada tarik 10/04/2012 iaitu semalam kelas kami iaitu pendidikan bimbingan telah memulakan ujian amali kami bersama2 pengajian bahasa cina... ujian ini bermula pada pukul 8.15 pagi....
Masalahnya pada haritu..boleh pulak aku saki perut hahaha...memang soiii toi hahaha....tapi xpe...aku tetap teruskan......
Setelah lecturer kami iaitu Puan Sharifah suruh budak bimbingan warm up and mulakan dahulu dan budak bc jaga masa kami...
jadi lepas warming up...puan sharifah mula la bagi taklimat....bla...bla...bla
jam dah pukul 9 pagi...dan matahari pun mulai naik tinggi..panas tuuuuuu
Masa nak mulakan larian tu..aku kasi tukar aku punya seluar...dan aku pakai sluar camni.....


Hal ini disebabkan untuk mengurangkan rintangan angin hehehe..... lepastu aku kasi pasang aku punya earphone yang disambung kepada handphone Nokia 5800 Xpress Music aku dan mulakan mainan lagunya yang bermula dengan lagu Club Can't Handle Me...
Tapi dengan tidak sengaja aku terlupa nak setkan earphone dkt setting Hp aku jadi bila lagu dimainkan..ia termain dengan volume yang besar dkt hp aku bukan earphone jadi orang ingat tu signal bermula jadi smua mula berlari hahaha....terpaksa la mula semula hehehe..sori semua....
Kali kedua dilepaskan kami pun bermula.... kebanyakan dari kami pecut pada permulaannya jadi aku pun terbawa2 memecut hahaha...macam ni rupa kami kalau x salah hehehe


pada awalnya memang banyak yang cepat...tapi yang menjadi cabarannya adalah pusingan kedua....iaitu 1.2 km terakhir..sebab masa ni la kecergasan di uji...
aku bila nak mula pusingan kedua aku dah mula penat....nafas pun dah x teratur....dan disebabkan matahari dah naik...cuaca pun panas masa tu dan banyak tenaga dibazirkan.....
Bila suku lagi nak sampai garisan penamat...tenaga aku mulai kehabisan..dah pucat dah muka aku masa tu...
rasa nak pengsan pun ada..macam ni agaknya muka aku masa tu


ahahaha agak2 nya cmtu la hahaha
disebabkan penat dan perut aku mulai sakit sbb kejang mungkin...aku mulai berjalan dari flat staff IPG....dah jalan tu...aku dipotong pulak oleh rakan aku iaitu Frederixcson.....dan sesampai jer aku dekat pondok alatan di tepi gelanggang futsal..aku ternampak Ahmad Fahmi mulai mengejar heheh...jadi apa lagi...aku menggunakan segala kudrat yang ada lalu memecut sekuat hati.... macam watson nyambek derrr hahaha

hahaha hasil pecutan daya terakhir tu..aku mencatat masa 12 minit 33 saat untuk larian 2.4km aku hehehe...bangga la jugak sebab dulu 1st lari 2.4km buat pertama kali aku dpt catat masa 24 min jer hahaha...disebabkan aku berlatih walaupun x slalu...alhamdulillah ada peningkatan....
Dengan itu berakhirlah ujian kecergasan bagi larian 2.4 km.....ada ujian kecergasan untuk bahagian lain lagi lepas ni..... looking forward to it dan nak dapat markah yang baik untuk semuanya....doakan k? hehehe
tu je untuk kali ni...assalamualaikum...n a very good day to you all.....


0 comments:

Post a Comment