0

Cinta Si Ustazah Bulat (Bab Empat)

            



BAB

EMPAT



           "Abang! Darah!...", jerit seorang wanita yang kelihatan terduduk di atas lantai yang mula dibasahi darah merah pekat.
            "Ya Allah! Yang!" tampak seorang lelaki bergegas menghampiri wanita tersebut.
            Eh! Kenapa perempuan tu muka dia serupa dengan aku? Jap... Itu aku lah. Ya Allah! Tembamnya aku!! Wait.. Wait.. Apa aku merepek ni? Itu pulak aku fikirkan sekarang. Jadi, kalau itu aku... Siapa pulak lelaki tu ek? Kenapa dia pegang aku macamtu? Suami aku kah? Kalau aku tengok betul-betul, tu lelaki yang sama yang muncul dalam mimpi-mimpi aku sebelum ni. Yang aku pasti lelaki tu bukanlah Abang Din. Aku tahu macammana rupa Abang Din dan sure dia bukan Abang Din. Setahu aku, Abang Din lebih pendek dan taklah secerah lelaki ni.
            Bila aku perhati lama-lama macam semakin jelas pulak bayangan lelaki ni. Tapi muka dia masih aku tak dapat nak tengok. Grrr... Cubalah dia palingkan muka dia ke sini sikit. Kalau dia pusing sini sikit boleh aku tengok siapakah gerangan lelaki yang dengan slumber jer letakkan aku kat pangkuan dia. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah mengizinkan mana-mana lelaki bukan ajnabi menyentuh aku termasuklah Abang Din yang dulunya aku ingatkan akan menjadi imam dalam hidupku. In Shaa Allah akanku pegang pada prinsip ini hinggalah aku berkahwin. Tapi ada ke yang nak kahwin dengan aku ni? Eh jap! Sempat pulak aku fikirkan benda lain time macam ni. Sepatutnya aku fokus dengan lelaki di hadapan aku ni. Kalau sekilas pandang macam pernah tengok jer bentuk badan dia tu. Keding semacam jer... Kejap! Keding? Kalau keding, bukankah dia tu...?
            Alamak! Dia tengah pusing ke arah ni lah. Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi... Kejap! Ni kena fokus betul-betul ni... Mana tau boleh cam lelaki tu... Nak jugak aku tau siapa yang panggil aku dengan nama timangan aku tu dan yang aku panggil Abang...
            Okay... Sikit ja bha lagi mau nampak muka kau atu... pusing bha sikit lagi... kasi nampak baru aku tau kau siapa... Sikit lagi please...  Dah nak nampak dah...
            Sekejap!! Itukan...!?
            BUKK!!
            Aduh! Apa pulak yang ketuk dahi aku ni? Arghh!! Sakit!... Huhuhu...
            Kring! Kring! Kringg!
            La Illah Ha Illallah! Jam loceng aku rupanya. Ni mesti jatuh dari atas laci ni... Huhuhu habis kemek aku punya dahi. Kan dah lebam dahi licin aku ni. Wahai jam loceng ajaib... Kenapa dikau mencederakan diriku yang tembam ini... Tak kesiankah kau dengan tuanmu yang comel ini... Nasib baik kau secomel pemilik dia. Kalau tak, dah lama aku Pile Driver kan kau hingga ke alam barzakh. Kau jangan pandang rendah dengan pemilik kau ni, ustazah-ustazah pun tau jugak aku dua tiga gerakan WWF. Haah! Ni pengaruh sepupu-sepupu aku yang kebanyakkannya lelaki lah ni termasuklah Abang Din. Ya! Abang Din adalah salah seorang dari sepupu lelaki aku dan ini menyebabkan aku sukar untuk menjauhkan diri daripadanya. Dah! Enough is enough! Cukuplah aku bercerita pasal diri nya yang kemetot tu. Tapi, aku sama jugak sekemetot dia... Ahh! Pedulikan semua itu... Tutup cerita pasal dia.
            Baik aku ingat balik apa yang aku mimpikan tadi. Apa pulak yang aku mimpikan tadi ek? Ah! Pasal lelaki tadi! Astaghfirullah! Macammana boleh lupa pulak ni. Huhuhu... ni mesti kes terhantuk tu tadi. Terus aku lupa siapa lelaki tu.
            Hurmm... Dah lah Wawa, bukan rezeki kau lah kot. Daripada aku terus buang masa ingat pasal seseorang yang entah wujud ke tak, baik aku cuci muka. Lagipun aku tengok waktu ni sempat lagi kalau nak solat sunat tahajud. Mata pun tak ngantuk dah sebab tidur awal semalam. Kalau macamtu, baik aku berjaga sampai nak turun ke sekolah nanti, adalah masa untuk aku buat bekal sandwich telur.
            Aku rasa baik aku buat lebih sebab sure Qaseh nak join melahap sekali. Dua bekas container cukup rasanya kot sebab kalau si Faid Keding nak pun ada lebih lagi. Eh? Kenapa pulak aku boleh terfikir nak beri dengan Faid. Tapi... Tak salah rasanya, atleast dapat jugak aku balas jasa dia tenangkan aku masa majlis Dinner haritu. Hikhik... Langkah kananlah kau harini Faid sebab dapat merasa air tangan tembam penuh kecomelan milik Chef Wawa... Auchaa~



                                                *                       *                       *                       *



            " Bro! Jadi tak kau mintak tolong aku ni? Kalau tak jadi, aku balik pejabat sekarang," rungut Faid sambil ligat tangannya bermain pen.
            "Bro? Bro? Huh! Tak boleh jadi ni... Ooo CHE EK GU Raqieyl! Hidup ke tak ni? Kau dengar tak aku tanya ni?" sergah Faid kerana geram melihat Raqieyl yang tidak mempedulikannya.
            " Ohpocot your grandmother! Oh Mother Father Gentleman! Oh Qaseh pujaan hati, aku Qasehkan kau wahai Qaseh! Eh Qaseh! Aku terima nikahnya Qaseh duhai my Bapak in law! Eh in law!" panjang latah Raqieyl seiring dengan gerak tangan yang kelam kabut sehinggakan dirinya termengah-mengah.
            "Hahaha! Melatah pulak housemate aku ni hahaha... Itulah termenung sangat hehehe," kata Faid sambil menutup mulutnya menahan ketawa kerana geli hati melihat telatah Raqieyl.
            " Cikgu Faid! Apalah cikgu ni! Kan dah pendek nafas Cikgu Raqieyl tu dibuat cikgu macamtu! Tak baik macamtu tau. Nanti pengsan pulak Cikgu Raqieyl tu disergah macamtu. Minta maaf dekat Cikgu Raqieyl tu," tegur Cikgu Cindy yang duduk di meja berhadapan dengan meja Raqieyl dalam bilik guru yang lenggang itu kerana ramai cikgu berada di kelas ataupun sedang minum di kantin.
            " Hehehe maaf cikgu! Sorry Raqieyl, aku tak tahu pulak yang teman serumah aku ni cepat melatah orangnya hehehe. Maafkan aku ek? Kesian kawan aku ni," ucap Faid yang masih berbaki gelaknya.
            Sejurus selepas itu, kelihatan kelibat Qaseh yang bergegas menuju ke arah tunangnya iaitu Raqieyl dengan muka yang resah melihat Raqieyl yang seperti kehilangan nafas.
            "Awak! Kenapa ni wak? Awak okay ke? Apa jadi ni? Awak... Awak jangan mati dulu wak... huhuhu siapa nak kahwin dengan saya kalau awak mati dulu... Huhuhu," Qaseh yang bimbang mula melalut dan turut menangis melihat keadaan tunangnya itu.
            " Pulak dah! Dia okay la Cikgu Qaseh, Cuma termengah-mengah lepas melatah je," jelas Faid yang rasa bersalah melihat Qaseh yang terduduk menangis di tengah-tengah laluan bilik guru.
            Tidak mempedulikan pujukan Faid, Qaseh terus menangis teresak-esak sehinggakan terduduk di atas lantai.
            " Qaseh!  Apesal ni? Siapa kacau kau? Ada yang cederakan kau ke?" Kelihatan Wawa yang terdengar raungan Qaseh bergegas mendapatkan sahabat karibnya itu dengan wajah yang gusar.
            " Takda apa-apa lah Ustazah Bulat ooi... Perkara kecil aje ni," jawab Faid untuk menerangkan keadaan sebenar kepada Wawa.
             "Awak! Ni mesti pasal awak kan?! Kalau sehari awak tak ganggu ketenteraman hidup orang tak boleh ke? Cukuplah awak kacau saya! Tapi jangan sekali-kali awak sentuh kawan saya! Sekali awak cuit walau secebis kulit pun dekat badan kawan saya, saya akan carik-carik isi dari badan awak yang memang tulang aje tu!" Keras amaran yang diberikan Wawa kepada Faid kerana telah menyebabkan sahabat sehidup sematinya itu menjatuhkan air mata daranya.
            " Erkk... Awak dah salah faham... Saya cuma nak pujuk..."
            " Ahh! Dasar lelaki! Memang penuh dengan alasan! Tak pernah nak mengaku kesalahan sendiri! Kalau dah salah tu salah jugak," Wawa tegas menempelak kata-kata Faid.
            Mendengar tuduhan keras daripada Wawa membuatkan Faid terus terdiam dan otot mukanya mengendur menunjukkan riak muka kecewa.
            " Sekali dah kau kacau sahabat aku memang tak mungkin aku akan maafkan kau Faid! Memang patut kau kena dengan aku time aku tengah bendera jepun ni. Buatlah muka merajuk macammana pun takkan aku pujuk kau," bentak Wawa sendirian dalam hatinya.
            Faid terus tidak berkata apa-apa dan apabila Faid melihat Wawa masih dengan amarahnya, Faid terus berputus asa untuk membela dirinya sendiri dan mengundur diri dari tempat itu.

            " Lebih baik tersalah memberikan kemaafan, daripada tersalah memberikan hukuman," terdengar kata akhir daripada Faid sebelum pergi meninggal mereka.
0

Kisah Kasih Part 1



Selamat kembali membaca blog yang sudah berkulat ni
hahaha
Sandi Bha! = Kesianlah

Apa khabar semuanya?
Aku harap korang bebaik semua..

Aku?
Alhamdulillah...
Masih diberikan nafas oleh Yang Maha Esa...



Ok... Kepada yang Muslim,
Sekarang ni dah masuk bulan Ramadhan
dan syukur atasNya memberikan kita kesempatan untuk bersama-sama memenuhi bulan yang mulia ini dengan ibadat kepada Nya...

Kepada yang Non-
Korang dijemput seikhlas ikhlasnya untuk bersama kami berpuasa hehehe
BEST tau berpuasa ni...
Bukan setakat korang leh berdiet jer,,

Ni antara List Kelebihan Berpuasa kepada Tubuh Badan


1. MENYAHTOKSINKAN BAHAN-BAHAN TOKSIN DALAM TUBUH BADAN
2. MEMBERSIHKAN TISU-TISU LEMAK YANG BERLEBIHAN
3. MEMPERBAIKI FUNGSI HORMONAL TUBUH BADAN
4. MEMBERI REHAT KEPADA SISTEM PENGHADAMAN

Okay.. tu je yang mampu aku list buat masa ni hehehe... tapi yang besnya jugak pasal berpuasa ramai-ramai ni tak kira muslim or non... kita leh sama2 mengharungi hari-hari berpuasa dan seterusnya berkongsi menyediakan hidangan berbuka puasa dan itu merupakan satu perasaan yang sangat memuaskan...
ini boleh merapatkan silaturahim antara kita semua.. hehehe
Cuba lah okay?

Adehhh aku dah menyimpang dari topik sebenar hari ini ahhaha...
Sebenarnya aku arini nak bercurhat mengenai

KISAH KASIH

ni bukan kisah pasal orang bernama Kasih kay?
hahaha

okay... kali ni lebih kepada

MY LOVE STORY


Tangan ni menggatal pulak nak tulis pasal ni lepas baca post seseorang pasal benda ni ehhee... aku pun nak try la.. Ngee~

OKAY.... LET US START!!



1. FIRST LOVE ( 13 Tahun - 14 Tahun)


(* Aku buat dalam bentuk List je kay?)

QIN

  • Pertama sekali... aku pernah cerita pada korang pasal kisah cinta pertama aku dan Honestly memang sampai sekarang aku tak lupa... Kalau korang nak cerita yang lebih detail... korang boleh baca kat SINI
  • Aku mengenali dia semasa sekolah menengah di SMK Bandar Sarikei..
  • Mulanya aku belum ada perasaan Cintan Cintun dekat dia... Tapi aku suka kacau dia heheheh
  • Kiranya dia yang mula-mula ajak aku couple tapi aku tolak..
  • Tapi setelah dia berpindah ke Limbang... Rindu mula mendatang...
  • Lepas dia pindah balik ke sekolah kami... Kami pun mula Couple...
  • Kami guna gelaran ABANG dan BABY... dan sampai sekarang aku still aggp dia BABY sebab di pendek macam BAYI hehehe... 
  • Disebabkan masih muda jadi kami punya cerita date memang kebudak-budakkan hahaha
  • Main baling-baling surat, balik sekolah sama-sama dan date time rehat n awal pagi..
  • Dalam hubungan kami berdua.. Sampai 3 kali kami break sebelum kami berpisah betul-betul
  • Break 1 : Kantoi dengan family dia bila kami dua balik sekolah sama-sama... time tu hujan jadi kami kongsi payung ehehhe sweet sangat tapi family dia nampak sampai dia kena marah lepastu.. jadi terpaksa break sekejap tapi bila dh cool down sikit kami turn back hehehe
  • Break 2: Yang ni time birthday aku... halnya pun sama jugak... pasal family... memang frust habis time tu... dahla tu... ternampak pulak adegan mesra dia dengan salah seorang kawan kami... Perghh Pedis Mat! Sakit sangat... Sebab nak balas dendam.. aku balik dengan gurl lain dan secara kebetulannya kami terserempak.. Aku dengan si D dan dia dengan si T.... Dan keesokan harinya kami meluahkan perasaan yang kami dua-dua cemburu dan tak nak berpisah hahaha turn back balik...
  • Break 3: Yang time dia balik Limbang dan dia di suruh bertunang dengan cousin dia... Perghhh perasaan bagai disiat-siat... tapi alhamdulillah tak jadi sebab parents dia cakap dia masih muda... jadi balik lagi ahaha... dah macam troli disorong ditarik dah aku rasa
  • Kami berpisah sebenar-benarnya pada akhir tahun 2007... Time tu dapat mesej je daripada dia yang dia nak putus... dan tak ada apa2 yang aku boleh buat untuk pujuk dia time tu.... lepas tu kami langsung tak bertegur... ada pun sepatah 2 je... tapi aku still ingat kat dia...

2. ADIK ANGKAT (15- 17 TAHUN)



Yang Ni ada DUA

STEP



  • Seperti yang korang lihat gambar di atas... kisah kami berdua ni berlaku semasa aku mula menjadi seorang pengawas... dia jugak seorang pengawas tapi dia satu tahun muda daripada aku...
  • Disebabkan kami berdua pengawas jadi kami selalu berjumpa dan disebabkan aku single time tu aku kacau2 la dia.. kacau biasa2 jer... lepas tu minta no telefon
  • First time aku contact dia adalah time pertandingan permainan tradisional...
  • Setelah lama berkontek = ber 'contact', aku dapat tahu dia dah ada boyfriend n boyfie dia muslim... aku tak kisah sangat sebab aku tak la nak jadikan dia gf aku or apa... jus nk cari teman berchat jerr....
  • Tapi semakin lama kami berhubung semakin rapat kami berdua jadi aku buat keputusan untuk jadikan dia adik angkat aku..
  • Disebabkan dia ada mix Melanau jadi aku senang nak berkomunikasi dengan dia.. tapi muka dia ni lebih kepada chinese...
  • Rapat punya rapat... Kami selalu balik sama... bertugas sama-sama waktu pagi dan rehat jadi orang ingat kami dua ni couple hehehe... aku tak kisah sangat sebab time tu single kan jadi ape la kisahnye...
  • Yang membuatkan perkara jadi peliknya adalah...
  • Waktu tu time balik sekolah... jadi macam biasa... aku tunggu dia dkt laluan keluar dari blok kelas dia... sampai2 je dia aku trus amik buku dia n tlg dia bwk... lepas tu kami jalan sama... smua geng dia kata sweetnya kmi dua hehehe...
  • Otw ke gate skolah.. kmi jalan dtepi laluan kereta.. selalunya slamat dkt situ... tapi entah apa malangnya aku... ada kreta cikgu yang tayarnya terkena kaki aku.. sakit tu...
  • Disebabkan tak nak aku kena skali lagi... dia rapatkan badan dia dkt aku.. lepas tu dia peluk lengan aku.. aku pun terkelu membisu sebab terkejutkan.. xpernah dibuat kerja cmtu... kami dua mcm tu smpai la stesen bas... Nak ditambahkan perisa... kebetulan ex aku ternampak kmi dua macamtu.. terus dia buat muka macam ni



  • Kesian gak tengok ex aku cmtu.. xda niat sbnrnya nk tnjuk cmtu dpan dia.. kbtulan...
  • Yang tu belum ganas lagi.. yang sorry la kalau ada yang kurang selesa n anggap aku lain lepas ni... benda dh terjadi.. aku xleh nak buat apa gak...
  • cerita dia macam ni... ni time aku bertugas dengan si Step ni... kami berdua ditugaskan menjaga kawasan sekolah yang tertentu semasa waktu awal pagi dan waktu rehat dan kes ni berlaku time waktu rehat... kami berdua masa tu blok pentadbiran jadi kami mengambil keputusan untuk berada di tangga blok pentadbiran...
  • time dah nak abis masa rehat... aku berdiri sebelah dia.. menyandar d tangga tepi dia n tangan aku aku sandarkan dkt besi tangga dan tapak tangan dalam keadaan macam ni

  • Mungkin posisi tangan aku time tu membawa maksud lain aku pun x pasti tapi....
  • time tu.. Step dengan tidak semena-menanya letak tangan dia atas tangan aku dan terus buat macamni

  • Sekali lagi aku terkedu lidah membisu...
  • sejak daritu kami semakin rapat sehinggakan boyfie dia marah dkt aku... salah aku jugak kot...Disebabkan rasa bersalah.. aku mula menjauhkan diri daripada Step n katakan bahawa aku hanya abang angkat... jadi aku tak boleh buat dia macamtu... Biarlah dia dengan boyfie dia...
  • tapi kami still contact walaupun stahun sekali... 
Oakylah... buat masa ni setakat ni ajer aku cerita k.. otak beku dah ni...
Lepas ni update lagi ek... 
Sekali lagi aku mintak maaf jika ada yang kurang selesa or terasa dengan post aku kali ni...
benda ni sudah terjadi pada masa dahulu kala dalam hidup aku.. jadi aku dah xleh buat ape dah...
harap korang maafkan lah ek...

okay berjumpa lagi nanti...

ASSALAMUALAIKUM
May peace be with you always...






0

Kesian Photographer


Selamat sejahtera semua...
Sorry sbb menghilang selama ni heheh.. Rindu x?



Cehh hahaha

Okay ni datang pun nak kongsikan benda yang remeh jer pun...

Kalau korang dah baca tajuk di atas
tu la yang kita akan bincangkan harini...

Kesian Photographer...

Untuk makluman ni yang dimaksudkan dengan Photographer ek


atau dalam erti kata lainnya Jurugambar...

Jurugambar yang saya maksudkan di sini tuan tuan dan puan puan bukanlah sekadar jurugambar perkahwinan sahaja malah untuk semua jenis majlis tak kira formal atau tidak formal...

Yang menjadi isu di sini.. cehhh isu pulak dah...
yang gak menyedihkan adalah layanan, respon serta kerjasama diberikan kepada pihak yang bernama 'Photographer' ini...

untuk memperjelaskan lagi mengenai apa yang ingin saya sampaikan...
Izinkan saya memberikan beberapa contoh..

Contoh 1



Situasi: 

Seorang jurugambar yang telah dipertanggungjawabkan untuk mendokumentasikan atau merekod atau mengambil gambar bagi sebuah kursus atau taklimat dilabel sebagai penyibuk dan tidak tahu duduk diam serta diarahkan untuk duduk dan berhenti mengambil gambar...

Penjelasan:

Dah nama tugas dia untuk merekod setiap aktiviti yang dijalankan dalam kursus tu... janganlah korang nak salahkan dia sebab selalu ambil gambar... dia hanya jalankan tanggungjawab dia...

Jalan Penyelesaian:

1. Biarkan dia menjalankan tugas yang dia telah dipertanggungjawabkan dan beri kerjasama...
2. Jika anda rasa terganggu sila minta secara baik kepada jurugambar itu untuk mengubah kedudukan beliau supaya anda lebih selesa...

Contoh 2

Situasi:

Jurugambar rasmi untuk sebuah majlis perkahwinan dihalang oleh tetamu yang berebut ingin bergambar atau mengambil gambar pengantin sehingga terlepas momen bahagia mempelai...



Penjelasan:

Jurugambar rasmi perlukan ruang dan kemuudahan dalam mengambil gambar momen penting mempelai sebaik yang mungkin supaya kedua mempelai berpuas hati dan dapat menghayati semula detik itu...

Jalan Penyelesaian:

1. Jurugamber perlulah berkomunikasi dengan dan ketua majlis atau ketua rumah supaya menasihati tetamu untuk memberi ruang kepada jrurugambar
2. Memaklumkan kepada juruacara majlis keperluan ruang dan kerjasama daripada tetamu kepada jurugambar

Contoh 3

Situasi:

Disebabkan jurugambar dan salah seorang daripada ahli dalam aktiviti yang dijalankan mempunyai ketidakselesaan antara mereka... si ahli tu tadi setiap kali si jurugambar mengambil gambar ke arah dia.. dia berpaling atau tutup muka...



Penjelasan:

Si jurugambar nak ambil gambar untuk proses dokumentasi dan ini semua adalah tugas bukan peribadi jadi bersikap profesional sikit.. kalau x semua gmbar pun nk tnjuk muka atleast untuk gambar kumpulan jangan la nk sembunyi... ni dah menyusahkan jurugambar nak mencari....

Jalan Penyelesaian:

1. Bersikap profesional
2. beri kerjasama antara satu sama lain
3. Selesaikan hal peribadi di luar aktiviti bukan semasa aktiviti supaya kelancaran aktiviti terjamin


Jadi tu la antara situasi2 yang selalu terjadi kepada insan yang bergelar photographer ni tak kiralah dekat apa-apa majlis pun...

Bukanlah nak suruh korang tabik hormat kat diorang tapi paling kurang pun hormati lah satu sama lain dan hormatilah tugas dia kerana itu telah menjadi tanggungjawab dia.

Selain itu, sama-samalah kita majukan industri fotografi
K?



Lastly









AND

MAY

PEACE

BE

UPON

YOU !!