0

Coming Home Part 2






hehehe kalao baca dari tajuk post mesti dah tau kali ni aku post pasal apa ek? hehehe ye kali ni aku nak cita sal balik rumah

bila cita sal balik rumak aku mesti teringat dengan lagu ni


korang bukak la k..nice song...baru jer kuar (rasanyala hahha)

kali ni aku balik semestinya bertemankan roommate aku yang owsem iaitu mohd nur firdaus bin jaapar

ni pic dia
hensem x? hehehe

aku balik hari esok merangkap Hari Jumaat Penghulu kepada semua hari....
Guna Bas Freesia pkul 9.00 pagi

walaupun 'Flight' hari jumaat tapi aku dah siap packing ari rabu dah ahahha semangat la katakan...

walaupun begitu..nervous pun ada gak sebab 2 bulan dah x balik rumah ahhaha
apa la berubah rumah aku tu..
nak jumpa keluarga tercinta lagi hehehe

agak menggigil diriku ini

walaupun excited nak balik tapi ada satu lagi perasaan yang melanda diriku ini dalam keaadan begini iaitu sedih
nak tau kenapa aku sedih?

sebabnya nak meninggalkan IP selama 3 minggu
rindu pulak dengan gelagat rakan2 di Ip ni nanti...
ye la dah masuk 1 tahun dah aku study cnie..
kami semua dah macam rakan dah...
I love you all...

huhuhuh



hampir terjatuh jugakla air mata ku
tapi redahi jalan yang berliku liku liku hahahha

tapi x pe...next sem leh jumpa lagi kan..
insyaallah...
harapan aku korang janganlah lupakan aku ...
n don wori aku x kan lupakan korang jugak....

Banyak kenangan aku dapat sem nie...
dari pergi Gua Niah bersama2
Main badminton n pergi dinner
sambut birthday besar2 an..
macam2 la
 arap next sem akan lebih banyak kenangan kita dapat cipta
aku nervous gak sal satu benda next sem nie sebab aku dipilih menjadi ketua PRS
tapi insyaallah aku akan pikul tanggungjawab itu dengan sedaya upaya aku..

ok guys


meet u guys when i get back home

n thanks for reading... 
for all my IPG friends.. happy holiday n happy Gawai
Gayu Guru Gerai Nyamai..

Assalamualaikum...
2

Isteriku dan . . . .


Baru sahaja sampai rumah dari sekolah..
kerja sebagai kaunselor ni bukan duduk di pejabat sahaja
aku kena pantau kesemua murid dalam sekolah nie
sebab kalau ada pelajar bermasalah dan berlaku apa-apa yang tak diingini
aku yang akan dipersalahkan sebab tidak ambil insiatif untuk membendungnya..
tapi aku percaya budak SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG ADRUCE (2) ni baik2 belaka
tengoklah muka2 diorang..
muka suci lagi comel jer...
yang comel lagi chubby depan tu Shariff Azryll ...
aku panggil dia 'Ayip' jer..
comel budak ni..aku suka sakat dia n borak dengan dia...
budak nie memang baik...
eh apa aku melalut nie..
ok sesampai jer aku di rumah...
aku terus ketuk pintu rumah aku dan jerit "Assalamualaikum! Saya datang nak jual karpet!"
beberapa saat lepas tu..ternampak kelibat seorang wanita sedang menyelak pintu yang bergrill dan dia kata " Waalaikumsalam... saya tak nak beli karpe.... Hubby!! Sayang ingatkan towkey karpet mana la yang sesat tadi nak jual karpet.... main-main pulak hubby nie... gigit kang!!"
"aik..apa main gigit nie... tak sayang suami ker...." balas aku sambil buat-buat muka merajuk..
"ala-ala....sayang sangat sampai masak pun melecur tangan, camner kerja tadi Bie..ok?" pujuk isteriku yang tersayang..
"laaa ni apasal pulak boleh melecur nie...nie mesti kelam kabut masak nie...kan dah sakit tangan isteri Bie yang tercinta nie... dah letak ubat tak?... nak Bie bawak pergi klinik tak?" ucapku sambil memegang tangan isteriku...

mau x risau tengok kalau tangan isteri melecur macam nie..kan dah spoil tangan yang putih melepak lagi cantik wahai isteri ku...
itu la tak hati-hati bila masak.... tau la isteri aku nie tukang masak hotel...tapi tukang masak pun manusia jugak... kalau terkena minyak panas sakit tu...
ngomel aku dalam hati..
tapi isteriku kata tak ape...sikit jer...
aku cepat-cepat pergi ke tandas dan buka kabinet ubat untuk amik minyak gamat..
nasib baik aku sempat rembat stok minyak gamat nie bila kami berdua melancong ke Pulau Langkawi bulan lepas..

lepas aku sapu minyak gamat kat tangan isteri aku...dia pun terus pergi kedapur untuk menyiapkan masakan yang dia masak tadi...
aku pulak duduk di sofa dan melonggarkan segala butang baju di bahagian leher dan tangan...
sambil-sambil tu aku menekan butang remote tv dan mencari rancangan yang menarik...
bosan sebab tak ada rancangan yang menarik minat aku..
aku mulai berniat nak sakat isteri aku...
hehehe mode menggatai dengan isteri bermula...
aku dengan senyap-senyap masuk dapur tanpa isteri aku sedar
lalu aku peluk pinggang isteri aku erat2
mau terkejut dia sampai sos untuk sweet sour fish tu tertuang dekat telur dadar yang dia masak hahaha...
bukan main dia membebel lepas tu ahahha..
aku pulak ketawa tak abis-abis...
tapi pelukan tu aku tetap tak lepaskan...
sebabnya aku suka peluk isteri aku...masa tu aku rasa dekat sangat dengan dia...
bagaikan aku boleh dengar denyutan jantung dia dan dengar segala isi hatinya...
mungkin dengan cara itu kami berdua berkomunikasi dan meluahkan rasa sayang antara kami berdua...tanpa perlu mengeluarkan sepatah kata pun...
"Bie... nanti bie sambung peluk ek...chayunk nak hidang makanan nie...Bie laparkan? kita makan sama-sama ek?" kata isteriku selepas beberapa saat kami berpelukan...
hari nie isteri aku masak special sikit...

Sweet sour fish

Telur dadar @ omelette with rice with * sweet sour sauce (secara tidak sengaja)

Italian Mixed Vegetables

ni gambar2 nya heheh










nampak biasa kan?
memang aku yang mintak dia kalau nak masak makanan untuk aku..
masak yang biasa-biasa jer... tak nak aku yang rupa 5 star hotel nie
sebab aku hanya nak rasa air tangan isteri...
tak perlu hiasan tu semua...
yang penting sedap dan ikhlas
dan yang paling penting penuh kasih sayang....

Lepas makan... aku g mandi n solat maghrib....
isteri aku pulak hari ni cuti dua2... cuti kerja dan cuti...ehemmm hahaha paham2 la kan
jadi aktiviti malam jumaat tidak dapat dilaksanakan malam ni hahahaha
apa aku cakap ni... PG 18 toi la aahahaha
dah abis selesaikan semua tu aku turun
sampai je bawah 
aku nampak isteri aku yang duduk di atas sofa sedang belek2 menu makanan untuk hotel diorang..
rajin pulak isteri aku nie ehehehe..
tu yang buat aku makin sayang hehehe
sampai jer dekat dia...aku terus kiss pipi isteri aku... dan dia kiss balik pipi aku... ehhehe
romantik kan kami dua hehehe
aku dah siapkan kerja yang perlu di sekolah pagi tadi
jadi malam nie aku rehat jer...
aku pun baring di pangkuan isteriku sambil menonton berita...
"Chayunk esok still cuti jer? "tanya aku sambil menatap mukanya..
"a'ah..napa bie? esok bie cuti jugak ker?" jawab isteriku..
aku pun jawab ya aku cuti and aku nak ajak dia pergi ronda2 dekat taman rama2
first dia cakap dia malas nak jalan...
lalu aku pun bukak muka kiut aku dan pujuk dia supaya setuju


dengan godaan dan sentuhan penuh kasih sayang tangkap cintun terus dia cair muahahha
jadi set esok kami dua nak g dating d taman rama-rama Tumbina Bintulu...

Bangun pukul 6 pagi...
mandi n solat subuh...lepas tu terus bersiap untuk hari indah bersama isteri...
Kami terpaksa bertolak awal dari Miri sebab perjalanan ke Bintulu mengambil masa 2 jam....jadi kena la awal kalau nak sampai sebelum tengah hari....
pagi ni...isteriku masakkan Pancake a.k.a tumpik Oversea hahaha
minuman pulak of course my faveret 
chrysanthemum tea.... 
sayang dia ketat2...



sedap hingga menjilat jari hingga ke rambut hahaha...
bertuah dapat isteri pandai masak...ngeh2

lepas makan aku terus panas kan enjin kereta Naza Kia Sorento putihku


sementara menunggu isteri aku tu bersiap...
"Chayunk! dah ker? nanti akhir pulak kita berangkat.", jeritku dari bawah
beberapa minit lepas tu nampak isteriku memakai blouse putih dengan skirt labuh pink...
ayu sangat dia masa tu...
"cantik isteri Bie arini..." sambil mata ku tak lepas memandangnya...
"arini jer ke chayunk cantik? ari-ari lain camner pulak?" dia tanya sambil memasang tali keledar ( KESELAMATAN HARUS DIUTAMAKAN) 
"ari lain cantik jugak, tapi arini cantik extra with side dish" ucapku sambil belai pipinya...
adui haahah sempat pulak berjiwang...
lepas check semua dan pastikan semua dalam keadaan baik..
kami pun memulakan perjalanan

Setelah 3 jam 40 minit memandu..akhirnya sampai ke Taman Tumbina Bintulu


masuk2 jer terus parking n cari tempat untuk berehat.. sebab lenguh kaki memandu...
sebelum memulakan perjalanan masuk ke dalam taman... regangkan badan sebab kena berjalan pusing taman...bukan nyer kecik tu..besaq...
ok lepastu jangan lupa keluarkan Kamera DSLR Nikon 90D dari beg sebab nak amik gambar banyak2..tempat cantik kenalah kita capture every moment...
ni la jugak masa nak bergambar sakan dengan isteri ehhehe

perjalanan dimulakan dengan bacaan bismillah dan memimpin tangan isteri seerat-eratnya...sayang bini la katakan
"Bie nie macam la chayunk nak lari dari Bie" kata isteriku sambil dipimpin tangan
"bukan sebab tu my chayunk oooii... takut laki2 disini kacau chayunk Bie...u are mine and mine alone..hehehe" balasku pula...

first site yang dikunjungi adalah sangkar buaya ngeh2
tau takut isteri aku tengok buaya besar2..hehhe
bila buaya tu bergerak jer terus dia menjerit and peluk aku hahaha...
lucu tengoi gelagat isteri aku ni...


lepas tu kami menggelilingi taman rama-rama... cantik sangat tempat nie...dipenuhi dengan rama-rama perlbagai warna... sangat menenangkan jiwa..
kami berdua duduk di atas bangku n menikmati permandangan....sangat indah masa tu...


lepastu kami pergi mini zoo...

macam2 jenis haiwan kami jumpa haritu
kalau nak listkan naik jenuh tangan nak type hahaha
korang g la sendiri k
Today is the happiest day in my life....
i'm happy with my wife now and always
arap dapat lalui hari macamni dilain hari..

CAKKK!! hahaha ok guyss....sampai disini jer imaginasi aku membawa aku ke alam perkahwinan ahahha...
post kali ni hanya untuk meluahkan perasaan dan angan2 aku bila aku dah kahwin nanti...
mesti korang ingat aku nie gila nak kawin kan?
kalau korang rasa sama macam aku..mesti korang pun rasa nak kawin on the spot...
entah la...bila dipikirkan ya memang...aku memang masih muda untuk pikirkan hal macamni
tapi nak buat macammana kan
bila perasaan tu dah ada...
korang x leh nak halang...
tambah2 lagi aku ni baru lepas tengok full episode of VANILA COKLAT
crita tu sweet sangat dan tunjukkan bahawa kahwin muda tidak salah malah lagi bagus...
sebab perkahwinan ni bukan hanya berlandaskan S*KS tapi ia lebih dari itu...
perkahwinan adalah bermaksud dua insan yang saling bergantung pada satu sama lain dalam menebus kelemahan masing2 dalam menempuhi hidup...
aku terpesona mendengar ayat2 watak dalam vanila coklat ini iaitu AMIR ASYRAF
dia kata:

Tuhan itu Maha Adil, Dia memberi kamu kepadaku, Dan kamulah yang memegang semua kunci kepada kelemahan dan kelebihanku...

hahaha... aku terpikat tengok jalan ceritanya dan kalau boleh aku nak perkahwinan aku nanti seperti itu...
di mana isteriku adalah pelengkap bagi diriku yang tidak sempurna ini...

hahaha kepada yang baca ni sori la kalau imaginasi aku terlalu jauh ahhaha...sampai kawan aku sorang cakap aku ni suka berimaginasi ( MAKCIK TUA) hahahah....

ok sampai di sini saja post kali ini..maaf la kalau membosankan...
anyway enjoy n take care..
Assalamualaikum....
0

Imej Kaunselor


apa khabar semua...
lama dah x post
sebabnya minggu lepas adalah minggu yang busy buat kami semua
dah macam ni dah kami minggu lepas
cuba nak siapkan segala assignment, portfolio n amali




dan bila kami dapat tahu assignment BMK kami kena reject setelah sehari suntuk x tidur kami cuba siapkan
dan kami perlu baiki n hantar keesokan harinya...
aku rasa macam ni



tensiot habisshhh...tp alhamdulillah..
kami mampu menyiapkannya jugak...

Tapi guys and gurls..aku hari ni bukan nak cerita pasal kerja n assignment..tapi
aku nak ceritakan pasal IMEJ KAUNSELOR
hahah mentang2 la aku ni bakal Kaunselor Muda (insyaallah)
terus nak crita pasal imej kaunselor hehehe

aku tiba2 dapat idea nak tulis pasal nie disebabkan kami petang tadi ditegur oleh pensyarah sebab kami pakai pakaian informal untk ke kelas gantian pagi tadi
kena hentam habis kami..
n kami siap di halau keluar n disuruh tukar baju dalam masa 5 minit ke pakaian formal

macam ni kami berkejaran ke asrama

hahaha tapi alhamdulillah sempat jugak tukar
lepas tu sampai kelas
dia terus cakapla kami sebagai kaunselor perlu jaga imej sebab FIRST IMPRESSION tu penting dalam profesion kami sebagai kaunselor
barulah klien hormat kami hehehe
kira cmtu la

ok now aku nak tunjuk imej2 yg perlu ada bagi seorang kaunselor..
enjoy the pic k

Firstly untuk Kaunselor Lelaki


disyorkan memakai long sleeve, necktie n sluar slack
kalo nak nampak smart boleh jugak pakai blazer

long sleeve shirt yang berwarna cerah n menarik untuk menyerlahkan personaliti yang menarik

pemilihan warna dan jenis necktie @ tali leher juga penting 
untuk menunjukkan bahawa kaunselor pun mampu dan pandai bergaya hehehe


cara pemakaian necktie juga penting supaya nampak kemas..full button k
ni jugak elemen penting dalam pemakaian kaunselor kerana tanpa seluar
hanya tinggal seluar peribadi jer hahahah
kalo nak rasa korporat ckit..leh pakai blazer nie hahaha...nampak smart...

Ok..sekarang untuk Kaunselor Wanita pulak

mula2 untuk MUSLIMAH


macam ni sangat sesuai untuk muslimah yang menjadi kaunselor
nampak ayu dan mengikut syariat..

yang ni pun ok jugak kalau yg nak pakai blazer..

ok bagi muslimah.... apa yang paling penting adalah
TUDUNG ataupun SHAWL



tudung @ shawl biarlah menutup aurat dan mengikut syariat...bergaya-bergaya jugak tapi biar tidak langgar hukum agama...
warna yg dipilih hendaklah menarik dan bersesuaian dengan peredaran..
sapa kata muslimah x leh bergaya ikut masa... pakaian cmni cantik sesangat...
sejuk mata memandang




baju kurung jugak penting dan perlulah bersesuaian..


ini contoh jenis yang labuh @ jubah yang boleh digunakan...menutup aurat...

Ok ini bagi yang Non-muslim



pemakaian long sleeve shirt adalah digalakkan..
ni contoh kalau yg pakai seluar



bagi yang pakai skirt biarlah melepasi lutut supaya nampak sopan dan tidak menjolok mata

*p.s: yang penting anda selesa dengan penampilan anda dan apa yang saya tunjuk ni adalah sebagai penanda aras dan hanya sebahagian daripada pemakaian yang sesuai dan terpulang kepada anda sendiri untuk menilainya...

DAN YANG PENTING SEKALI BAGI SEORANG KAUNSELOR ADALAH

SIFAT PERAMAH

BERSIKAP TERBUKA

BOLEH DIPERCAYAI

MAMPU MENYIMPAN RAHSIA

BERTANGGUNGJAWAB

CERIA

MURAH DENGAN SENYUMAN

DAN

...
...
...
...
..
..
..
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ENJOY!!

hehehe setakat nie jer post kali...
selamat membaca...
Assalamualaikum....