Cinta Si Ustazah Bulat (Bab Tiga)



BAB

TIGA


              “Bangun kelas! Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh, ustazah.”
              “Walaaikumsalam. Semua boleh duduk”
              “Syukran jazilan ya Ustazah Naezwa.” Paduan suara murid 3 Melati memulihkan semangatku untuk terus mengajar. Aku mengajar seperti sediakala.
              “ Ok kelas. Ingat tak apa yang ustazah ajar semalam?”
              “ Ingat!”
              “ Siapa boleh beritahu ustazah apa yang kita belajar semalam?”
              “Kita belajar cara ambil air sembahyang!” Abang Hazeeq terus menjawab persoalanku.
              “Bukan air sembahyanglah, wuduk.” Intan juga menyatakan pendapatnya. Abang Zaid menunjukkan riak muka tidak puas hati. Terhibur melihat gelagat mereka.
              “Hazeeq, Intan, air sembahyang dan wuduk tu benda yang sama. Wuduk merupakan perkataan yang berasal dari Negara Arab.” Perlahan-lahan aku menerangkan perkara sebenar.
              “Ok kelas. Hari ini kita akan sambung dengan tajuk ‘Akhlak Mulia Semua Orang Suka’.  Kamu semua boleh buka buku teks muka surat 96. Apa yang kamu semua tahu mengenai akhlak?”
              “Perkara yang baik, ustazah.” Sekali lagi Abang Hazeeq dengan bijak akalnya menjawab.
              “Bagus Hazeeq.  Akhlak ialah kelakuan atau tingkah laku yang baik. Budi perkerti yang elok. Sekarang ni ustazah minta kamu semua senaraikan tingkah laku naik yang pernah kamu semua lakukan dalam buku latihan. Kamu semua boleh mula sekarang.”
              Ketekunan murid 3 Melati mencerminkan keputusan peperiksaan mereka. Kelincahan mereka tidak menjadi penghalang kepada guru-guru sekolah. Melihat kelakuan Intan memarahi Abang Hazeeq kerana mengambil penselnya membuatkan arahan guru besar kembali menerjah gegendangku.
            ‘Apa? Pengacara majlis?’ Persolaan itu tidak terjawab dek akal tetapi aku anggukkan sahaja arahan itu. Trauma. Fobia. Zaman itu, membuka ruang perkataan-perkataan itu bertenggek di benakku. Ketika diberi amanah untuk menjadi pengacara majlis dalam majlis perhimpunan mingguan kerana jawatanku sebagai pengawas sekolah. Entah apa silapku..
            “Majlis mempersilakan Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.” Penuh keyakinan aku mengumumkannya. Tanpa disedari… Gdebukk… Wayar apakah ini? Kakiku? Tubuhku tersembam di hadapan Tuan Pengetua dan di khalayak pelajar sekolah dek wayar mikrofon yang berselirat di atas pentas pada masa itu. Malu bukan kepalang. Tergeleng-geleng aku teringatkan peristiwa itu.
            “Kringgg…” Deringan itu mematikan lamunanku. Astaghfirullah. Sudah habis masa. Ustazah Wawa  jangan kalut.
            “Ok kelas. Esok ustazah nak kamu hantar senarai tingkah laku yang ustazah minta tadi. Kamu semua boleh kemas barang dan beratur di luar kelas.”
            “Syukran jazilan ya Ustazah Naezwa.” Ucapan terima kasih dalam bahasa arab 3 Melati menandakan tamat sesi pembelajaran dan pengajaran aku untuk hari ini. Tidak menyangka peristiwa itu membuatkan aku ralit.
            Dalam diam, mata itu memerhatikannya…

* * *

Hening. Tidak sehening jiwaku. Kipas angin yang ligat berputar tidak terasa.
Toblerone tiada enaknya. Aku masih menghadap laptop mencari video berkenaan pengacaraan majlis. Tu diaa. Heliza Helmi, Neelofa semuanya meletop-letop. Cantiknya. Aku? Apa ada? Come on, Ustazah Wawa.. Muka dah ada cuma badan.. hmmm. Ada? Confident je aku cakap aku ada muka. Memanglah ada muka tapi muka pun bulat semacam je. Dah macam tembikai susu dah bak kata Faid haritu.
            "Amboi, tiap hari order jus tembikai susu sampai pipi pun dah ambil bentuk buah tu dah. Hehehehe comel. " Bisik Faid sambil beredar dari kantin.
            Nasib baik ada Guru Besar duduk di meja tidak jauh dariku, kalau tidak dah melencun dah Faid tu aku simbah guna air minuman aku ni. Biar dia yang keding tu jadi bulat macam aku. Biar dia tahu kemanisan menjadi insan tembam ni. Grrr...  Dah... Sabar Wawa. Istighfar.
            Daripada aku meninggikan tekanan darah aku memikirkan pembuli tegar aku tu baik aku praktiskan apa yang aku belajar dari video ini supaya aku tak mengalami perkara yang sama di atas pentas nanti. Ya Allah, aku berharap benar aku tidak perlu menghadapi saat yang memalukan itu sekali lagi.
            Deringan lagu AdaMu yang memecah kesunyian dalam bilikku menandakan ada panggilan yang masuk ke dalam telefon bimbit Samsung Galaxy S III ku itu. Ah.. Nama ‘Qaseh Zaheerah’ yang terpapar di skrin telefonku. Kenapa pula sahabat aku yang seorang ni menelefon aku malam-malam ni. Aku terus menyambut panggilan tersebut.
            "Wawa!!”
            “Hmm. Apa hal?”
            “Hei lady, kau dah ready untuk esok?” Macam tahu-tahu je kawan aku seorang ni.
“Entahlah Qaseh. Aku tak tau nak jawab apa. Aku risau la.”
            “Apa yang nak dirisaukan. Kau kan dah berpengalaman. Ni hah, kau nak pakai baju apa malam tu?” Qaseh memang mengerti.
            “Aku rasa nak pakai jubah je. Tadi ada tengok di majalah, macam cantik je warna turquoise. Sesuai tak dengan aku?” Cuba menyatakan hasratku.
            “Hah, ok je. Kau tu cerah, sesuai je pakai warna apa. Dah tu jom shooping! Hihi.” Memang Qaseh aku seorang ni kaki shoping merangkap perunding imej aku.
            “Ok. Tunggu kat depan rumah. Aku jemput.”
            “Baik cik puan. Assalamualaikum.” Belum sempat aku menjawab salamnya sudah diletakkan telefonnya. Qaseh.. Qaseh..
            ‘Waalaikumusalam’. Hanya terjawab di hati. Kalau tak jawab berdosa kerana menjawab salam adalah suatu kewajipan. Perkara yang wajib perlulah dilakukan untuk mendapatkan pahala dan jika tidak dilakukan akan mendapat dosa. Nauzubillahiminzalik’…

* * *

            “Mana pula cik puan seorang ni?” Faid meneliti jam Rolex pemberian papanya sempena hari lahirnya yang ke-20. Sekejap-sekejap pandang kiri. Sekejap-sekejap pandang kanan. Resah Faid menanti pasangan pengacaranya pada malam ini walhal ramai tetamu yang sudah hadir termasuk Qaseh dan teman lelakinya.
            ‘Faid, sabar Faid. Tak lari pun dia tu sebab dia mana boleh lari.’ Tersenyum Faid dengan monolognya.
            ‘Hah, itu pun dia.’ Matanya tidak berkelip melihat penampilan Ustazah Wawa pada malam itu. Dilihatnya Ustazah Wawa dan sekejap-sekejap melihat dirinya. Hairan tapi buat slumber seperti tiada apa yang berlaku.
            "Mak datin yang sangat terhormat, lain kali boleh datang lagi lewat? Kalau boleh tunggu orang dah kemas-kemas baru datang, Barulah gempak, betul indak Datin?" Kata tanpa memandang wajahnya sambil menyerahkan skrip pengacaraan yang sudah ditanda giliran pengacaraannya.
            ‘Rajin juga kaunselor murai ni, siap dah bahagikan tugas. Eh, sekarang bukan
masa untuk puji dia. Mama! Papa! Anak kamu gementar sangat bha ani.. Ya Allah ya Tuhanku, kau tenanglah hati hambaMu yang bergoncang macam dibuat Milk Shake ni Ya Allah.. Huhuhuhu tolong! Kalau aku pengsan sini siapa yang mampu heret aku ni? Nak harapkan kaunselor keding depan aku ni, aku takut aku pulak yang membawa dia. Oppss, Astaghfirullah, Wawa! tak baik fikir macam tu.’ Ngomel aku tanpa disedari diri diperhatikan. Malunya Ustazah Wawa.
            "Assalamualaikum! Anybody there? Takkan lah hensem sangat saya sampai
 awak kelu lidah tak terkata kot. Dahlah pakai sepasang pulak dengan saya malam ni.. Awak ada hati dekat saya ek Ustazah chubby?" Tangan Faid yang melambai-lambai di hadapan mukaku yang menyebabkan aku tersedar dari monologku.
            ‘Alamak! Harap dia tak dengar apa aku cakap tadi. Ehh, yelah! Sepasang pula aku dengan manusia seorang ni, tapi hensem juga dia malam ini.’ ucapku dalam hati aku yang masih gelisah ini.
            "Hello? Tertinggal lidah dekat rumah ke ni?" Tanya Faid lagi yang menghalang
perjalanan masukku ke dewan majlis.
            "Hurm. Tak ada apa-apa. Dahlah. Jom masuk." Suaraku hanya senada kerana aku tiada semangat mahu bertelingkah dengan dirinya ketika ini. Aku melangkah longlai dengan jubah moden Turqouis menutupi tubuhku dipadankan dengan selendang merah jambu. Kalau diikutkan aku, tak mahu pakai jubah yang dipilih Qaseh ini. Terlalu ‘canggih’ dengan hiasan labuci di kiri dan kanan lengan baju untuk diriku yang comel ini.
            “Eh, menonong je dia tinggal aku? Kita penat tunggu dia, kena tinggal pula. Aduhai perempuan.” Faid membebel sambil membetulkan blazer Turquoisenya dan padanan long sleeve merah jambunya terus melangkah masuk ke dewan utama.
Dewan Seri Warisan tersergam indah dengan hiasan mawar sangat mengagumkan aku. Seisi dewan kelihatan gembira bergelak ketawa hanya aku diselubungi gentar dan cuba mengawal degupan jantung aku yang sepantas motorsikal mat rempit berkain pelikat yang lari daripada JPJ. Laju tuhh.
            15 minit  lagi majlis akan bermula namun aku masih tidak menjumpai keberanian
 aku untuk naik ke pentas. Kalau dekat kelas atau bercakap dengan teman sekerja aku, bukan main petah bercakap hinggakan bertih jagung pun kalah bunyinya. Qaseh yang duduk di sebelahku tidak henti-henti menggenggam tanganku cuba menenangkan aku, namun tidak berhasil.  Faid pula slumber je, siap bergelak sakan dengan teman lelaki si Qaseh iaitu Cikgu Raqil merangkap cikgu Pendidikan Jasmani. Dahla tu siap tuang air penuh segelas depan-depan aku. Aku yang tengah takut ni pulak yang nak terkucil tengok.
Datang pihak protokol memberitahu kami supaya bersedia di atas pentas. Alamak! Semakin kuat pula vibrate jantung aku ni sebab gementar sangat. Huhuhuh, macam mana ni?
            Faid menghampiri aku dan memberi aku segelas air suam. Aku pula menyambut
gelas itu dengan muka kehairanan.
            " Baca Al-fatihah, Selawat 3 kali, lepas tu minum air ni. Nanti hilanglah gementar
 tu. Saya tunggu awak atas pentas." Sungguh perbuatan Faid nampak remeh namun tetap membuatkan aku terkesima.
            Aku mula menurut seperti yang diarahkan Faid dan terus meneguk air itu.
Walaupun rasa gementar itu tidak hilang namun aku rasakan semangat dan keberanian aku mulai kembali.
            Faid memulakan pengacaraannya seperti dalam skrip. Tetapi pandai-pandai
pulak dia tokok tambah skrip itu dan sempat pulak menyindir aku. Macam cupcake lah dia cakap aku ni, tak sedar dia tu pakai sedondon dengan aku. Tapi.. korang rasa kami berdua serasi tak bila pakai sedondon ni? Aik? Apa aku merepek ni.
            " Sebelum kita meneruskan majlis kita pada malam ini, saya perasan teman saya
malam ini terpegun dengan ketampanan saya sehinggakan dia tak terkata. Nanti saya beri autograf untuk Mak cik lepas majlis ni tamat ek? Hahaha." Terdengar ramai yang ketawa bersama Faid yang membuatkan aku geram sehinggakan aku buang rasa gementarku dan mula bercakap.
            " Hello Pakcik, kalau setakat autograf awak, jual tepi jalan duitnya nak beli Choki-
Choki sebatang pun tak cukup. Daripada minta autograf awak, baik saya mintak daripada Cikgu Faezah yang akan menyajikan kita dengan persembahan nyanyian lagu Pelangi Senja. Dengan segala hormatnya mempersilakan." Ucapku dengan penuh semangat. Tepukan para hadirin bergema di seluruh dewan.
            Ketika kembali ke bahagian tepi pentas, bibir aku tidak berhenti menguntumkan senyuman kerana bangga dengan diri aku yang telah menjumpai semangatku. Bila aku terpandang Faid, kelihatan dirinya turut tersenyum.
            Apakah makna senyuman itu? Memerli atau geli hati? Ahh.. Lantak lah. Apa yang penting rasa gugup aku dah hilang. Keyakinan bertambah untuk meneruskan majlis. Gandingan aku dan Faid mendapat sokongan daripada hadirin yang hadir. Walaupun seperti cerita ‘beauty and the beast’ versi lelaki tetapi kami tetap serasi. Cewaahh. Ustazah Wawa pandai bermadah..
            “Di sini ada satu pengumuman. Sepanjang minggu hadapan, latihan sukan sekolah akan berlangsung dari jam 3 hingga 5 petang dan pada hari Jumaat merupakan Hari Penutupan Sukan. Diharapkan para guru dapat bersedia menjalani minggu sukan pada minggu hadapan.” Maklumat yang Faid umumkan dibalas keluahan daripada hadirin.
            “Kalau ada sumur di ladang,
            bolehlah kita menumpang mandi,
            kalau ada umur yang panjang, 
            bolehlah kita berjumpa lagi.
Segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak kami harap dimaafkan. Sekian daripada saya Naezwa Ashyiqin..”
            “Dan saya Alfazid Fahmir..”
            “Wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.” Paduan suara kami mendapat sambutan hadirin. Perasaanku kembali lega. Tetapi suara itu kembali menerjah gegendangku..
            "Merdu rupanya suara, ingat tadi tak nak cakap sebab takut suara sumbang," Ucap Faid sambil mengukir senyuman mengejeknya.
            Geramnya aku dengan Faid, tak henti-henti menyakat aku. Tanganku bagaikan ingin mencekik Faid tetapi aku menghentikan niatku kerana terfikir bahawa jikalau tiada Faid yang membantu mengurangkan gementar dan bersama diriku di atas pentas pasti aku akan kelu sepanjang majlis. Begitu aku berterima kasih kepada Faid dan tanpa aku sedari, mata aku mengekori Faid yang masuk kedalam keretanya. Ketika Faid mula mengundurkan keretanya dan hendak meninggalkan perkarangan hotel, pandangan kami bertaut dan Faid menghadiahkan senyuman yang amat manis di mataku. Jantungku bagai hilang satu degupan. Adakah ini yang dikatakan …? Tidak. Tidak. Aku menafikan tetapi masih bersisa persoalan. Syukur kupanjatkan kepada Yang Maha Esa atas kurnian-Nya dan peluang yang diberikan untuk menjalani malam yang sangat bermakna kepadaku. Dalam diam aku kagum dengan kau, Alfazid Fahmir.

0 comments:

Post a Comment