Cinta Si Ustazah Bulat (Bab Dua)

BAB
DUA

"Ehhh!.. sorry-sorry, tak sengaja, awak okay? Sakit ke? Ada bocor mana-mana tak di perut awak tu? Ke awak tersembelit?"
Apa Ustazah Wawa merepek ni? Inilah akibatnya kalau aku tengah kalut aku. Dah la mamat depan ni kena siku, tak pasal-pasal kena serbu ayat pelik-pelik. Aduhai!! Ustazah Wawa malunya. Tapi siapa pulak gerangan lelaki yang di depan aku ini ek? Nak kata jemput anak pulang sekolah, kelas baru nak mula. Nak kata pekerja, pakai kemeja dengan seluar jeans tapi sibuk nak bawa beg fail. Atau dia ni penjual MLM hensem yang kak Dayang cakapkan tu? Rupa ada dan sah dalam beg tu penuh dengan produk yang dia nak jual tu. Ada hati nak menipu aku la ni. Walaupun dalam akaun bank aku agak bersarang sekarang ni. Tak boleh jadi ni! Aku takkan jadi mangsa yang seterusnya. Aku kena buat sesuatu untuk menyelamatkan diri aku.
“Hei.. Kamu ni penjual MLM kan? Tengok dari gaya saya suda tahu. Inda payahlah awak sibuk-sibuk mau promote produk MLM awak tu di sini. Sa indak sudi dan tak akan tertipu dengan kata-kata kamu. Baik kamu tinggalkan tempat ni sebelum sa sikukan kamu sekali lagi. Sa ada belajar Silat Gayung Mandi. Kamu jan main-main. Boleh makan guna hidung kamu sa gayungkan. Kalau berani datang tah!" Kali ini aku sudah sedia mengangkat buku rekod pengajaranku untuk dijadikan senjata kalau dia berani berbuat apa-apa.
“Aduh! Apa pulak makcik ni merepek. Tak cukup hidung kena rembat, salam tak diberi, datang-datang kena sembur bahasa alien pula. Apa masalahnya lagi ni?" kata lelaki itu sambil mengusap perutnya yang kempis itu.
"Buat inda faham pulak manusia ni.. Err.. Awak jangan macam-macam. Saya tahu pasal skim awak tu. Awak nak tipu duit saya kan? Tak takut Tuhan ke curi-curi duit orang ni? Tak tahu ke mencuri tu boleh dipotong tangan? Baik awak keluar dari sekolah ini sekarang dan cepat-cepat taubat nasuha." Setiap kata-kataku aku iringi dengan langkah menjauhkan diri daripada lelaki itu kerana apa-apa boleh dia lakukan jika aku dekat dengan dia.
"Pulak dah. Eh! Nak ke mana tu? Saya belum habis cakap lagi?" Lelaki itu
semakin menghampiri aku.
“Opstt! Stop! Sorry lah abang yang tak faham bahasa melayu baku, sila saya
ulang buat kali ke 150 juta kalinya, saya tak teringin langsung nak membeli produk abang. Jadi dengan rasa hormatnya saya mengizinkan cik abang untuk keluar dari kawasan sekolah ini sebelum saya betul-betul menjerit minta tolong dari pak guard untuk mengheret cik abang yang muka hensem ni. sekian terima kasih" Kali ini memang amaran terakhir sudah aku berikan kepada lelaki itu.
"Dah lebih dia ni? Produk apa pulak? Saya cuma nak tanya ni..." Lelaki itu
masih cuba untuk datang dekat sambil menunjukkan kertas yang tidak pasti isinya.
"Tolong! Tolong! Pak cik! Ada orang gila terlepas! Tolong! Dia nak apa-apakan
saya!" Jeritku tanpa memikirkan orang sekeliling.
“Ada apa ustazah?” Pak guard dengan muka cuak berkata dengan penuh
persoalan. 
“Ini. Tolong bawa keluar penjual ni.” Jariku ditujukan ke arah lelaki itu.
“Paakkk ciik.. Saayaa..” Matanya mencerlung ke arahku dengan usaha
meloloskan dirinya daripada Pak Guard yang besar itu. Puas!


“Ada ke kata aku ni penjual MLM. Punya segak aku pakai baju baru. Nasib. Nasib. Tapi tak pe. Aku cuba sekali lagi. Ini akulah Faid.” Hampir separuh berbisik Faid menyedapkan hatinya.
  Hon kereta memberhentikan langkah Faid.
“Wahai pemuda, ada apa yan boleh saya bantu?” Tanya seorang lelaki yang separuh usia melalui tingkap Grand Livina miliknya.
“Maaf menggangu laluan tuan. Saya ingin berjumpa tuan Guru Besar. Saya..” Faid cuba menjelaskan statusnya di sekolah itu sambil menunjukkan surat lantikannya tetapi..
“Oh. Encik Fahmir. Mari. Mari. Naik kereta saya. Saya tunjukkan bilik guru besar.” Wow. Rezeki. Ceria wajahnya.
Perjalanan ke bilik guru besar membuka peluang Faid mengenal lelaki itu dan ternyata dialah insan yang bergelar Guru Besar. Hah, guru besar tau bukan guru yang besar. Suasana sekolah yang nyaman dipuput bayu dari belakang bukit membuatkan diri ini kurang terasa kerinduannya terhadap mama dan papa. Teringat pesanan mama dan papanya sebelum menjejakan kaki di sekolah ini.
“Papa nak adik kerja sungguh-sungguh. Jadi cikgu yang boleh jadi penghibur dan penenang kepada anak murid kamu. Lagi satu, kamu ini dah tua. Cari-carilah menantu untuk papa dan mama kamu ini.” Terbayang ukiran mekar dibibir mama dan papa.
‘InsyaAllah pa, ma. Adik cuba. Adik sayang mama dan papa.’
“Encik Fahmir. Encik Fahmir.”
“Eh, tuan. Maafkan saya.”
“Inilah bilik saya, Encik Fahmir. Kecil saja, tak besar mana.” Mataku menerawang kea rah sekeliling bilik itu. Susun atur perabot di situ tidak begitu padat. Orang kata ‘simple but perfect’. Masih memerhati bilik yang sederhana besar dan bola mata ini tertancap pada susuk tubuh yang tidak asing dengan lidah yang tidak bertulang. Aduhai, apalah dia buat di sini?
“Hah, ini Ustazah Naezwa Ashyiqin. Sebelum ini dialah guru bimbingan di sini. Ustazah Wawa banyak buat perubahan dalam sekolah ni.”
“Assalamualaikum.”
“ Walaikumussalam. Panjang umur kamu, Wawa. Ni saya kenalkan dengan kaunselor baru kita, Encik Fahmir.”
“Panggil saja Faid Apa khabar Ustazah?.” Barisan gigi yang putih dipamerkan pada wanita itu.
Aku hanya mengangguk. Faid? Kaunselor? Tidakk! Ustazah Wawa, mana kau nak letak muka kau ini.
“ Wawa, saya nak awak tunjukkan bilik bimbingan dan kaunseling kita pada Cikgu Fahmir. Awak, jangan pula buli cikgu baru ini.” Membuntang mataku mendengar kata gur besar.
“Baik, cikgu.” Hanya menurut.
“Memandangkan ramai guru baru yang mendaftar di sekolah kita pada kali ini , saya nak buat Makan Malam Perkenalan Staf Sekolah hujung minggu ini. Jadinya, saya nak Ustazah Wawa dan Cikgu Fahmir jadi pengerusi majlis pada malam tu. Saya harap tiada masalah daripada pihak kamu berdua.”
Oh! Tidak! Ustazah Wawa dan Cikgu Faid? Tak mungkin.
“Boleh saja, cikgu. Saya pun dah lama tak merasa menjadi pengerusi majlis.” Faid bersetuju. Aku tahu ada muslihat di sebalik persetujuannya itu. Bersedialah kau, FAID!!
“Rasanya, taka da apa-apa lagi. Boleh la uztazah Wawa tunjukkan bilik ya.” Aku dan Faid, Fahmir entah apa namanya meminta diri.
“Ustazah Wawa. Are you ok?” Pertanyaan Faid tiada jawapan
“Orang putih kata don’t jugde a book by it cover tapi kalau orang melayu kata cakap pandang-pandang kalau tak adaaa.. haaa!”
“Aahhh!” Terkejut bukan kepalang aku mendengar jerkahnya. Sengaja diperlakukan begitu. Tak guna kau, Faid. Kau ketawakan aku. Sabar Ustazah Wawa. Sabar..
            “ Hei, lama lagi ke nak sampai. Lenguh dah kaki ni.” Faid cuba mengajak Wawa berbual dengan cubaan mengaduhnya itu. Wawa masih membisu.
            “ Hello! Lama lagi ke?”
            “Dah sampai lah ini. Membebel mengalahkan perempuan.” Aku mendahului dirinya.
            “Awak tak nak jemput saya masuk ke?” Pertanyaannya yang membuatkan aku bertambah meluat.
            “ Ya Allah. Apa masalah awak ini? Masuk je la.”
            “Tak adalah. Nanti ada orang kata yang saya ini penjual insurans pula. Boleh masuk tak ni?”
            “Dipersilakan masuk Tuan Putera Raja. Maaflah, karpet merah yang ada tak sempat kering sebab hujan lebat. Dipersilakan” Mataku mencerlung ke arahnya tanda protes. Dia kelihatan tersenyum bahagia melihat dirinya diperlakukan begitu. Beg yang sarat dengan buku teori-teorinya dikeluarkan satu persatu persis lagak penjual buku berbaju biru bertali leher belang putih. Hai Ustazah Wawa, yang lebih-lebih kau perhati dia ni apa masalahnya. Hmm.
            Faid mula mengemas bilik yang tidak terlalu berselerak. Mungkin kerana sebelumnya sudah berpenghuni. Hanya mahu ditambah dekorasi ala komtemporari kegemaranya. Rak buku berwarna putih di campur warna keemasan sudah menarik minatnya untuk menyusun buku-bukunya. Tidak lupa pada pasangan sehidup semati, DSLR menemaninya sepanjang keberadaannya. Faid mulai mengambil beberapa keeping gambar biliknya untuk dihantar kepada mama dan papanya dalam kantung emel.
Semakin lama Faid berada di situ, merasakan tidak selesa berpakaian terlalu formal dan mengambil keputusan menanggalkan sleeve yang membaluti tubuh kedingnya. Terlupa ada mata lain memerhatikannya. Akal panjangnya menguasai diri untuk mengenakan pemilik mata itu. Semakin sengaja dia memperlahankan bukaan butang sleeve dengan penuh menggoda. Itu dia, ustazah Wawa sudah cuak dan mulai kalut perlakuannya. Melihat keadaan itu, Faid tidak tahan menahan geli hatinya melihat gelagat Ustazah Wawa. Terburai tawanya.
            Apa lagi kena pula dengan mamat ini? Mabuk ke gila? Ketawa rak ingat dunia. Ustazah Wawa, jangan gelabah. Tenang. Tarik nafas.
“Kenapa? Sekarang ingat saya ni perogol bersiri pulak ke? Saya ni waras lagilah
daripada buat kerja tak berfaedah tu. Awak ni tercegat kat sini, dah tergoda kat saya ke atau nak tolong saya kemas bilik ni sekali?" Faid menghabiskan ayatnya sambil menanggalkan bajunya diiringi sisa tawanya. Aku masih kaku.
"Ohh..  atau awak terlupa mana satu pintu keluar ya? Izinkan saya ye cik comel
yang fasih sangat bahasa baku, yang objek bersegi empat diperbuat daripada kayu itulah namanya pintu jadi dengan lafaz bismillah saya menjemput cik yang tersangat comel untuk meninggalkan perkarangan bilik ini ye. Sekian terima kasih" sambung Faid sambil buat gaya pelayan ditambahkan dengan senyum sinis.

Grrr... geram betul aku dengan insan tak bertamadun sorang ni! Berani dia 
main-mainkan aku ek. Dah lah tiru cara aku cakap dengan dia pagi tadi. Huhuhu merah dah pipi tembam aku ni dibuat Faid. Daripada aku terus dimalukan lagi baik aku keluar sekarang. Tak apa, ada ubi ada batas, ada hari aku buat cheesy wedges terus aku kunyah sampai lumat. I Hate You Faid!!.
"Eh lupa pulak cik tembam!" terdengar Faid memanggil sekali lagi jadi aku terus
menghentikan langkahku dan kembali memandangnya.

"Apa Cik cik Tembam? Saya ada nama tau!" balasku dengan rasa geram yang
semakin menebal.
"Oww ada nama ek.? baiklah Cik Naezwa Ashyqin Binti Wang Rasheed yang chubby and cute . Assalamualaikum, selamat bertugas dan jangan lupa tutup pintu tu rapat-rapat. Thank you"  Ucap faid sambil dirinya senyum dan seterusnya dia kembali kepada tugasnya tadi.
Ustazah Wawa terus menujuk ke pintu utama dan meninggalkan lelaki ini.


Terpandang Faid yang sedang meneruskan kerja, terdetik perasaan dalam hati Wawa akan ketampanan wajah Faid. Ustazah Wawa! Cukup! Apa yang kau fikir ini. Kau dah tak ingat apa yang di buat kat kau? Ustazah Wawa perlu bertindak! Eh! Tapi... Macam mana dia boleh tahu nama penuh aku ek?... 

0 comments:

Post a Comment