Translation Cinta Si Ustazah Bulat




Bismillahhirahmanirrahim..
Pertama sekali...
Alhamdulillah, bagi yang membaca dan mengikuti novel pendek Cinta Si Ustazah Bulat ni saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi meluangkan masa anda.

Kedua...
Bagi pengetahuan anda, sekarang penulisan bab yang seterusnya sedang dalam proses dan harap anda bersabar jika terlewat kerana terdapat beberapa perkara yang tak dapat dielakkan tetapi jangan risau kerana penulisannya akan diteruskan walau apapun yang berlaku insyaallah..

Seterusnya, post kali ini masih berkenaan dengan novel CSUB ini dan disini saya sediakan terjemahan beberapa istilah ataupun perkataan yang digunakan dalam novel ini bagi sesiapa yang kurang memahaminya... Buat pengetahuan anda, perkataan dan istilah ini berasal daripada bahasa-bahasa seperti bahasa arab, bahasa brunei dan bahasa melayu sabah harian... Diharap terjemahan ini membantu anda menghayati penulisan ini dengan lebih baik...

Uhibbuka Fil Jannah = Aku mencintaimu
hingga ke Jannah
 (Daripada perempuan kepada lelaki)

Inda = Tidak

Bahapa = Sedang buat apa

Iskul = Sekolah

Teda = Tiada

Capat = Cepat

Sa = Saya

Tah = Lah

Jan = Jangan

Ani = Ini

Atu = Itu

Baiklah, itulah antara istilah yang telah digunakan dalam beberapa bab CSUB... Kemungkinan besar ada beberapa perkataan dan istilah lain yang akan digunakan pada masa akan datang... Jangan lupa komen jika ada sebarang kemusykilan okay? Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan selamat membaca..

Assalamualaikum...


0 comments:

Post a Comment