Cinta Si Ustazah Bulat (Prolog)


Assalamualaikum



PROLOG

Ya Allah! Aku berlumuran dengan darah. Bahagian bawah badanku bagaikan tidak mahu bergerak mengikut kehendak aku lagi. Baju kurung putih yang menyarung badanku seperti bertukar warna dan menjadi semerah darahku.
Mata aku kabur-kabur melihat sekelilingku tetapi yang aku tahu aku sedang dikejarkan ke hospital.  Walaupun dalam keadaan separa sedar, aku masih boleh mendengar suamiku memanggil-manggil namaku sambil menggenggam erat tangan aku yang berisi itu. Tetapi apakan daya, suaraku bagaikan tersekat-sekat untuk membalas panggilannya
.
“Yang! Abang disini Yang… Istighfar ye Yang…. Insyaallah semuanya akan selamat. Abang sentiasa ada di sisi Yang… Abang janji Yang…. Abang janji! Abang… Aba….” Kata-kata suamiku terhenti apabila jururawat yang bertugas menghalang suamiku daripada masuk kedalam Wad Pembedahan namun bibir suamiku tetap bergerak dan aku mengerti apa yang ingin dia katakan padaku.

“Abang cintakan Yang sampai ke Jannah.”

Ya! Uhibbuka fil jannah! Aku pun turut mencintai dirinya dan sememangnya aku begitu menyayangi  lelaki itu yang bergelar suamiku dan ayah kepada anakku yang aku kandungi sekarang. Tetapi, akibat daripada kemalangan yang menimpa aku, aku tidak pasti sama ada kami terselamat ataupun ada antara kami yang terkorban. Namun, jika aku terlebih dahulu pergi meninggalkan bumi Allah SWT ini, biarlah zuriatku selamat kerana biarlah suamiku mempunyai sesuatu daripadaku dan biarlah suamiku mempunyai harapan untuk teruskan hidupnya tanpa diriku.
Sememangnya betul kata orang, disaat menghadapi detik dihujung nyawa segala memori semasa hidupmu bagaikan menerpa dihadapanmu. Pada saat dan ketika itu, setiap detik yang pernah berlaku dalam hidupku berlumba-lumba keluar daripada kotak ingatanku. Namun, terdapat satu memori yang begitu membawa makna dalam diriku iaitu saat perkenalan aku dengan suamiku. Sejujurnya, aku tidak menyangka bahawa dialah yang menjadi imamku namun aku bersyukur kepada-Nya kerana menjadikan dirinya insan yang penting dalam hidupku.

"Awak..Bila pertama kali saya lihat awak... Secara jujurnya saya tak pernah terfikir yang awak akan jadi begitu penting bagi saya.... "  

Cerita cinta kami walaupun bukanlah semegah cinta Adam dan Hawa atau cinta Rasulullah SAW dan isteri baginda namun aku bangga dengan cinta kami berdua dan aku tidak akan pernah terfikir untuk menukarkan cinta kami berdua dengan apa sahaja yang ada di bumi Allah SWT ini. 


0 comments:

Post a Comment