Just The Way You Are


Annyeong...
Selamat membaca post terbaru oleh Awang Azhar Bin Awang Jaffar...
okay kali ni kita mulakan dengan bismillah
sama cam kali2 yang lain jugak hehhe

next...
sila tadahkan telinga anda dengan lagu ini ehhehe



okay x?

baiklah... sebabnya saya santapkan kamu semua dengan lagu tersebut adalah kerana lagu itu merupakan antara lagu kegemaran aku dari first aku  dengar hinggalah sekarang...

dan lagu tu lah jugak kekadang ada yang bertuah sbb bpluang mendengar aku dengan suara sumbang menyanyikan lagi ini ahahha


sebenarnya lagu ni bukan ditujukan untuk wanita saja... lelaki boleh... tua (ehh agak kasar perkataan ni ahahha tukalah jadi golongan senior) heheh muda... yang berbadan agak besar (chubby)... kurang tinggi... semualah kiranya..

lagu ni adalah supaya seseorang itu menerima dirinya seadanya dan insyaallah dalam dunia Allah yang serba luas ini ada insan yang menyayangi anda tanpa memperdulikan bagaimana anda pada luarannya... yang penting dalaman dan hati hendaklah dijaga ek... bak kata Tyra Banks... "We don't like mean girls)

*ps ni je gambar yang dia pakai baju sopan ahhaha...

ok berbalik kepada tajuk just the way you are td... aku suka sangat tajuk ni n ayat ni boleh diucapkan kepada semua orang... sebabnya adalah... kebanyakan orang x tau nilai dan keistimewaan diri sendiri...
hal ni lah yang menyebabkan ramai remaja sekarang yg dewasa pun ada jugak yang mengalami depresi dan kemurungan


hal ini disebabkan mereka menganggap diri mereka tidak bernilai dan tiada sesuatu pun yang istimewa tentang diri mereka... ada yang siap kutuk diri sendiri.. (sori kalau terkasar sikit ek)..

Aku Gemuk!!
Aku Pendek!!
Aku x Cantik!!
Aku x Tampan!!

dan macam2 lagi...
Stop beating yourself up guys.... Allah telah mencipta kamu sesempurna ciptaan... dan tiada ciptaan Allah SWT yang tidak indah...

Hal ni salu belaku sebab

Activating Events (Perkara yang berlaku)

Ada orang kutuk korang sebab rupa bentuk fizikal anda

Belief System (Kepercayaan diri)

Anda merasakan diri anda tidak secantik/setampan orang lain dan tiada sesiapapun yang menghargai diri anda seadanya

Consequences (Akibat)

Anda murung, mula menjauhkan diri dari orang, mula menghukum diri sendiri dan tubuh anda

*ps sori la kalau korang x faham term2 yg aku guna tu ahhaha biasa la... sejak dah mula blaja subjek Bimbingan dan Kaunseling PBK3101 dan PBK3102... sejak kebelakangan ni aku selalu guna term2 yg telah dipelajari ahahha... alang2 dah blaja apa salahnya kongsi ilmu yang ada kan ehhehe.....


ok berbalik kepada apa yg telah aku mention tadi... disebabkan Activating Event iaitu dikutuk seseorang... belief system mereka mula terganggu dan mempercayai kritikan orang tersebut.... maka akibatnya akan merosak diri sendiri... tapi kalau yang belief system dia kuat alhmdulillah la.. teruskan mempercayai diri sendiri ok...

Antara consequences yang mungkin berlaku adalah:

1. Anda mula menguncikan diri dalam bilik
2. Sentiasa mengelak daripada bertemu dengan orang
3. Menghukum badan (cth: melukakan badan, makan pil pelangsing)
YANG NI HARAP ANDA JANGAN SESEKALI BUAT

4. MAKAN PIL PENENANG
5. MINUM ARAK
6. BUNUH DIRI!!!!!!

Aku harap sgt korang x buat yg last 3 tu... nyawa xde ganti tau... korang ingat korang buat tu dan korang sendiri je tanggung akibatnya? TIDAK!! keluarga anda dan orang yang sayang anda akan turut terima akibatnya tau tak....


Please la k...

Jadi untuk memastikan anda tidak jadi macam tu meh aku bagi tips untuk mengelakkan anda berasa bahawa anda tidak istimewa...

1. PERCAYA BAHAWA SETIAP CIPTAAN ALLAH SWT ADALAH INDAH DAN ANDA ADALAH SALAH SEORANG DARIPADANYA

2. TANAMKAN DALAM HATI RASA BERSYUKUR TERHADAP DIRI SENDIRI 

3. DEKATILAH ORANG YANG HORMATI DIRI ANDA DAN JAUHILAH DARI ORANG YANG SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK MENJATUHKAN ANDA


4. SENTIASA MUHASABAH DIRI DAN CARILAH DI MANA KEKUATAN DAN KELEBIHAN ANDA BERADA

5. BUKA HATI ANDA UNTUK MENERIMA ORANG YANG BERNIAT IKHLAS MENGENALI ANDA

6. SENTIASA PERCAYA BAHAWA SETIAP MAKHLUK DIJADIKAN BERPASANGAN DAN INSYAALLAH ANDA AKAN MENEMUI PASANGAN ANDA

7. JANGAN TAKUT AKAN KEKECEWAAN KERANA KEKECEWAAN AKAN MENGAJAR DIRI ANDA SUPAYA TABAH DAN SENTIASA BERSABAR

8. SENTIASA BERFIKIRAN TERBUKA 

9. PERCAYALAH BAHAWA ORANG YANG INGIN MENJATUHKAN ANDA SEBENARNYA CEMBURU MELIHAT ANDA BERADA DI ATAS MEREKA

10. SENTIASA CARI CARA UNTUK MERUBAH DIRI MENJADI YANG TERBAIK DALAM APA JUA ASPEK TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MENERIMA KELEMAHAN DIRI

Insyallah jika anda sudah mula merubah Belief System anda... anda akan mula melihat diri anda adalah sebuah anugerah yang dikurniakan tuhan.... bermula dari situ anda akan lihat keadaan sekeliling anda insyaallah akan berubah... amin.. 

Ingatlah bahawa pujian orang kepada anda adalah berkemungkinan besar benar2 belaka lebih2 lagi jika orang itu adalah orang yang menyayangi anda...

Jadi bila orang kata:

Awak cantiklah
Awak Comellah
Saya suka berkawan dengan awak
Awak baik
SAYA SAYANG AWAK

janganlah tolak mentah2 kata2 itu kerana besar kemungkinannya mereka benar2 bermaksud begitu..
Mungkin ada yang menanam tebu di bibir dan mulut manis


tetapi anda tidak akan rugi mengambil kata2 itu dan jadikan ia pembakar semangat anda supaya anda akan merasakan diri anda adalah berharga...

ARASSO?

okaylah jadi pembaca2 semua... sentiasa percaya akan diri sendiri... kerana diri anda begitu berharga hehehe... amik quote dr iklan loreal jap


eheheh jadi sampai disini sahaja penulisan aku...
diharap anda akan sentiasa ingat apa yang telah aku pesan
dan jika tersalah kata aku mintak ampun dan maaf
hamba hanya seorang manusia biasa hehehe

okay sebelum aku berundur diri... ni untuk peringatan aku dan semua orang heheh..
enjoy


thanks for reading..
Annyeong
Assalamualaikum..
May Peace Be Upon You....

0 comments:

Post a Comment