Kisah Kasih Part 1



Selamat kembali membaca blog yang sudah berkulat ni
hahaha
Sandi Bha! = Kesianlah

Apa khabar semuanya?
Aku harap korang bebaik semua..

Aku?
Alhamdulillah...
Masih diberikan nafas oleh Yang Maha Esa...



Ok... Kepada yang Muslim,
Sekarang ni dah masuk bulan Ramadhan
dan syukur atasNya memberikan kita kesempatan untuk bersama-sama memenuhi bulan yang mulia ini dengan ibadat kepada Nya...

Kepada yang Non-
Korang dijemput seikhlas ikhlasnya untuk bersama kami berpuasa hehehe
BEST tau berpuasa ni...
Bukan setakat korang leh berdiet jer,,

Ni antara List Kelebihan Berpuasa kepada Tubuh Badan


1. MENYAHTOKSINKAN BAHAN-BAHAN TOKSIN DALAM TUBUH BADAN
2. MEMBERSIHKAN TISU-TISU LEMAK YANG BERLEBIHAN
3. MEMPERBAIKI FUNGSI HORMONAL TUBUH BADAN
4. MEMBERI REHAT KEPADA SISTEM PENGHADAMAN

Okay.. tu je yang mampu aku list buat masa ni hehehe... tapi yang besnya jugak pasal berpuasa ramai-ramai ni tak kira muslim or non... kita leh sama2 mengharungi hari-hari berpuasa dan seterusnya berkongsi menyediakan hidangan berbuka puasa dan itu merupakan satu perasaan yang sangat memuaskan...
ini boleh merapatkan silaturahim antara kita semua.. hehehe
Cuba lah okay?

Adehhh aku dah menyimpang dari topik sebenar hari ini ahhaha...
Sebenarnya aku arini nak bercurhat mengenai

KISAH KASIH

ni bukan kisah pasal orang bernama Kasih kay?
hahaha

okay... kali ni lebih kepada

MY LOVE STORY


Tangan ni menggatal pulak nak tulis pasal ni lepas baca post seseorang pasal benda ni ehhee... aku pun nak try la.. Ngee~

OKAY.... LET US START!!



1. FIRST LOVE ( 13 Tahun - 14 Tahun)


(* Aku buat dalam bentuk List je kay?)

QIN

  • Pertama sekali... aku pernah cerita pada korang pasal kisah cinta pertama aku dan Honestly memang sampai sekarang aku tak lupa... Kalau korang nak cerita yang lebih detail... korang boleh baca kat SINI
  • Aku mengenali dia semasa sekolah menengah di SMK Bandar Sarikei..
  • Mulanya aku belum ada perasaan Cintan Cintun dekat dia... Tapi aku suka kacau dia heheheh
  • Kiranya dia yang mula-mula ajak aku couple tapi aku tolak..
  • Tapi setelah dia berpindah ke Limbang... Rindu mula mendatang...
  • Lepas dia pindah balik ke sekolah kami... Kami pun mula Couple...
  • Kami guna gelaran ABANG dan BABY... dan sampai sekarang aku still aggp dia BABY sebab di pendek macam BAYI hehehe... 
  • Disebabkan masih muda jadi kami punya cerita date memang kebudak-budakkan hahaha
  • Main baling-baling surat, balik sekolah sama-sama dan date time rehat n awal pagi..
  • Dalam hubungan kami berdua.. Sampai 3 kali kami break sebelum kami berpisah betul-betul
  • Break 1 : Kantoi dengan family dia bila kami dua balik sekolah sama-sama... time tu hujan jadi kami kongsi payung ehehhe sweet sangat tapi family dia nampak sampai dia kena marah lepastu.. jadi terpaksa break sekejap tapi bila dh cool down sikit kami turn back hehehe
  • Break 2: Yang ni time birthday aku... halnya pun sama jugak... pasal family... memang frust habis time tu... dahla tu... ternampak pulak adegan mesra dia dengan salah seorang kawan kami... Perghh Pedis Mat! Sakit sangat... Sebab nak balas dendam.. aku balik dengan gurl lain dan secara kebetulannya kami terserempak.. Aku dengan si D dan dia dengan si T.... Dan keesokan harinya kami meluahkan perasaan yang kami dua-dua cemburu dan tak nak berpisah hahaha turn back balik...
  • Break 3: Yang time dia balik Limbang dan dia di suruh bertunang dengan cousin dia... Perghhh perasaan bagai disiat-siat... tapi alhamdulillah tak jadi sebab parents dia cakap dia masih muda... jadi balik lagi ahaha... dah macam troli disorong ditarik dah aku rasa
  • Kami berpisah sebenar-benarnya pada akhir tahun 2007... Time tu dapat mesej je daripada dia yang dia nak putus... dan tak ada apa2 yang aku boleh buat untuk pujuk dia time tu.... lepas tu kami langsung tak bertegur... ada pun sepatah 2 je... tapi aku still ingat kat dia...

2. ADIK ANGKAT (15- 17 TAHUN)



Yang Ni ada DUA

STEP



  • Seperti yang korang lihat gambar di atas... kisah kami berdua ni berlaku semasa aku mula menjadi seorang pengawas... dia jugak seorang pengawas tapi dia satu tahun muda daripada aku...
  • Disebabkan kami berdua pengawas jadi kami selalu berjumpa dan disebabkan aku single time tu aku kacau2 la dia.. kacau biasa2 jer... lepas tu minta no telefon
  • First time aku contact dia adalah time pertandingan permainan tradisional...
  • Setelah lama berkontek = ber 'contact', aku dapat tahu dia dah ada boyfriend n boyfie dia muslim... aku tak kisah sangat sebab aku tak la nak jadikan dia gf aku or apa... jus nk cari teman berchat jerr....
  • Tapi semakin lama kami berhubung semakin rapat kami berdua jadi aku buat keputusan untuk jadikan dia adik angkat aku..
  • Disebabkan dia ada mix Melanau jadi aku senang nak berkomunikasi dengan dia.. tapi muka dia ni lebih kepada chinese...
  • Rapat punya rapat... Kami selalu balik sama... bertugas sama-sama waktu pagi dan rehat jadi orang ingat kami dua ni couple hehehe... aku tak kisah sangat sebab time tu single kan jadi ape la kisahnye...
  • Yang membuatkan perkara jadi peliknya adalah...
  • Waktu tu time balik sekolah... jadi macam biasa... aku tunggu dia dkt laluan keluar dari blok kelas dia... sampai2 je dia aku trus amik buku dia n tlg dia bwk... lepas tu kami jalan sama... smua geng dia kata sweetnya kmi dua hehehe...
  • Otw ke gate skolah.. kmi jalan dtepi laluan kereta.. selalunya slamat dkt situ... tapi entah apa malangnya aku... ada kreta cikgu yang tayarnya terkena kaki aku.. sakit tu...
  • Disebabkan tak nak aku kena skali lagi... dia rapatkan badan dia dkt aku.. lepas tu dia peluk lengan aku.. aku pun terkelu membisu sebab terkejutkan.. xpernah dibuat kerja cmtu... kami dua mcm tu smpai la stesen bas... Nak ditambahkan perisa... kebetulan ex aku ternampak kmi dua macamtu.. terus dia buat muka macam ni



  • Kesian gak tengok ex aku cmtu.. xda niat sbnrnya nk tnjuk cmtu dpan dia.. kbtulan...
  • Yang tu belum ganas lagi.. yang sorry la kalau ada yang kurang selesa n anggap aku lain lepas ni... benda dh terjadi.. aku xleh nak buat apa gak...
  • cerita dia macam ni... ni time aku bertugas dengan si Step ni... kami berdua ditugaskan menjaga kawasan sekolah yang tertentu semasa waktu awal pagi dan waktu rehat dan kes ni berlaku time waktu rehat... kami berdua masa tu blok pentadbiran jadi kami mengambil keputusan untuk berada di tangga blok pentadbiran...
  • time dah nak abis masa rehat... aku berdiri sebelah dia.. menyandar d tangga tepi dia n tangan aku aku sandarkan dkt besi tangga dan tapak tangan dalam keadaan macam ni

  • Mungkin posisi tangan aku time tu membawa maksud lain aku pun x pasti tapi....
  • time tu.. Step dengan tidak semena-menanya letak tangan dia atas tangan aku dan terus buat macamni

  • Sekali lagi aku terkedu lidah membisu...
  • sejak daritu kami semakin rapat sehinggakan boyfie dia marah dkt aku... salah aku jugak kot...Disebabkan rasa bersalah.. aku mula menjauhkan diri daripada Step n katakan bahawa aku hanya abang angkat... jadi aku tak boleh buat dia macamtu... Biarlah dia dengan boyfie dia...
  • tapi kami still contact walaupun stahun sekali... 
Oakylah... buat masa ni setakat ni ajer aku cerita k.. otak beku dah ni...
Lepas ni update lagi ek... 
Sekali lagi aku mintak maaf jika ada yang kurang selesa or terasa dengan post aku kali ni...
benda ni sudah terjadi pada masa dahulu kala dalam hidup aku.. jadi aku dah xleh buat ape dah...
harap korang maafkan lah ek...

okay berjumpa lagi nanti...

ASSALAMUALAIKUM
May peace be with you always...






0 comments:

Post a Comment