ILMU BLACK (Ilmu Neraka)


Bismillahhirrahmanirrahimm..
bertemu kembali kita ke dalam rancangan..
ch berangan nak jadi USTAZ AZHAR IDRUS pulak haha


walaupun nama sama AZHAR hahah tapi kami ni langsung xde tali persaudaraan kecuali saudara sesama ISLAM..

okay saudara2 dan saudari sekalian... mintak maap dahulu saya katakan kalau title post kali ni agak kasar heheh xde niat nak membawa menyakitkan mana2 pihak.. ada plak aku kena saman nanti ahhaa


Sebelum masuk lebih dalam... meh saya terangkan maksud title post saya kali ni... Ilmu Neraka yang saya maksudkan adalah Ilmu yang berkaler HITAM... pasti anda tau serba sedikit tentang ILMU HITAM kan?

kalau yang belum tahu lagi.. ni saya mengopi dan mengetehkannya (COPY-PASTE) dari yang berbahagia Encik WIKIPEDIA hehehe




Dalam budaya orang Melayu, ilmu hitam merujuk kepada ilmu ghaib yang digunakan bagi menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri. Ilmu hitam merangkumi yang diamalkan ada berkait rapat dengan jin atau makhluk halus.
Mengikut ulama, pengamalan ilmu yang tidak berlandaskan yang Maha Esa boleh membawa kepada syirik. Ini bererti sebarang bentuk sihir adalah dilarang muthlak.

nahh ni url dia sekali aku bagi ehhehe http://ms.wikipedia.org/wiki/Ilmu_hitam

Korang tertanya-tanya x nape aku leh tiba2 tulis post pasal benda ni...
(PASTI X TERTANYA PUN HAHAHHA)

Adakah aku sudah terkena ilmu hitam?

Adakah aku mengamalkan ilmu hitam?

atau

Adakah aku hitam? 


hahahah sori2 i cant stop myself from doing it hehehe

semua propaganda di atas tu salah hahaha xde kaitan sama sekali..

aku bercerita tentang ILMU HITAM ni sebab kebetulan semata-mata...

Cerita dia macamni... disuatu hari...aku tengah asyik2 reply coment dkt FB... tertulis plak pasal 
NASI KANGKANG

*PS JANGAN TIRU AKSI NI (ESPECIALLY LELAKI HAHAHA)

Malamtu plak aku tertonton cerita SANTAU KERAMAT la plak...


sebabkan benda2 camnilah buat saya teringat dengan kisah2 yang melibatkan amalan2 ilmu hitam seperti

SANTAU



Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluhkacaserbuk Ipohbisa besi, dan lain-lain.[3] Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darahpitampengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa

Hok ni antara ilmu hitam yang hot on the list zaman sekarang... ni slalunya dibuat oleh orang yang dengki dengan kita la... orang yang nak jatuhkan kita.. or orang yang saja nak TEST TRY TENGOK berapa LEVEL ilmu hitam yang dia miliki... 

tetapi 
HATI2LAH WAHAI PENGAMAL... ANDA BUKAN SAHAJA AKAN MENERIMA BALASAN ALLAH SWT DI AKHIRAT MALAH BALASAN DI DUNIA TIDAK KURANG SEKSANYA....

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka[perlu rujukan].

MINYAK PENGASIH @ MINYAK DAGU

Minyak Pengasih

sejenis bahan yang digunakan untuk "memikat" hati seseorang agar dapat menimbulkan rasa kasih kepadanya dan sanggup berbuat apa sahaja kerananya. 


Minyak Dagu

Minyak Dagu diambil dari tulang dagu wanita mengandung anak pertama yang mati dibunuh. Tulang dagu wanita itu tadi akan dilayurkan berserta dengan bacaan mentera tertentu oleh orang tertentu sahaja. Minyak ini juga dikenali sebagai Raja Segala Minyak kerana khasiatnya yang begitu bagus. Sesiapa yang terkena penangan Minyak Dagu ini (mangsa) bolehlah diibaratkan seperti patung hidup, dimana dia hanya mampu untuk menuruti kata orang yang telah mencalitkan minyak (pemangsa) itu kepada dirinya.

Ok bagi Minyak Dagu dan Minyak Pengasih ni.. dia ada fungsi yang agak sama iaitu mengawal seseorang luar dari kesedarannya... 
Hal ini slalu dilakukan oleh manusia durjana yang merasakan seseorang itu harus menjadi miliknya selamanya
mangsa ilmu ini selalunya akan tidak keruan sepanjang masa dan hanya memikirkan tentang si pemangsa...
setelah terkena.. mangsa akan menurut segala perintah dan menganggap pemangsa itulah segalanya bagi dirinya...

setau aku kalau dah di patahkan ilmu ni atau istilah 'Dimatikan' kemungkinan besar penunggu atau jin yang digunakan bagi ilmu ini akan berbalik kepada penggunanya dan akan memusnahkan hidup penggunanya...
'What goes around comes around'

NASI KANGKANG


ilmu nasi kangkang ini tergolong didalam kategori ilmu sihir. Ianya menggunakan bahan bahan buangan kotor dari tubuh badan seperti najis, darah haid, daki daki di badan dan sebagainya. Mantera yang digunakan pula ialah untuk menyeru makhluk halus / syaitan bagi menyempurnakan upacara sihir tersebut.


seperti yang aku dah tulis dekat atas tadi.. nasi kangkang ni SELALUnya diamalkan oleh wanita ek ahahha kalau laki yang guna aku pun x tau macammana kangkangan itu boleh terjadi ahhaha

si pemakan nasi kangkang ni akan tunduk dan ikut kata si pengangkang ni..
effect dia agak sama la dengan ilmu pengasih cuma dia lebih jijik la... errrr x de selera aku tengok kalau terjumpa benda plek2 dkt nasi...

contohnya rambut yang tidak sepatutnya hahahha

side effect benda ni sama macam benda2 yg jahat dan syirik... pasti makan tuannya...

TOYOL


Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.

Kelemahan

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam.
Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.
Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (??? ada sesiapa yang tahu, mungkin sekali ketam), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.Selain itu, ikan puyu yang dipelihara di dalam akuarium mampu dapat melalaikan toyol dan toyol akan tidak akan berhasrat mengambil wang dari mangsanya.
Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.

Hahahha pandai2 la korang baca ek ahhaha

Oklah.. xnak cerita banyak.. tulah antara ilmu-ilmu yang menggunakan perkhidmatan orang tengah iaitu SYAITAN nur rajim... @ Syaitan yang direjam...

Kepada sesiapa yang mengamalkan ilmu2 begini berhentilah ek... xbaik tau memukau, menyantau, ape2 la lagi ni untuk merosakkan hidup seseorang... memang kalau korang dapat lari dari balasan dunia tapi balasan akhirat berlipat kali gandanya seksa korang tau tak...



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.
( Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad )

Syirik bermaksud
        SYIRIK
·         MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
·         JENIS-JENIS SYIRIK :
1.         Syirik Jali
-    Maksud :
§         perlakuan syirik secara terang-terangan
-    Contoh :
§         menyembah patung dan berhala
§         menyembah bulan atau matahari
§         mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
-    Akibat :
§         rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat

2.         Syirik Khafi 
-    Maksud :
§         tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
-    Contoh :
§         riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
§         ujub (mengagumi diri sendiri),
§         takbur (membangga diri)
-    Akibat       :
§         dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
§         sukar menerima pandangan orang lain

3.       Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
·         Ia membatalkan iman seseorang
·         Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
·         Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
·         Mencemarkan kesucian agama Islam

4.       Cara mengelak perbuatan syirik
·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
·         Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

5.       Kesan syirik
·         Membatalkan iman
·         Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
·         Dimurkai Allah





maka disini terang2 sudah tertulis bahawa perbuatan2 ini semua wajib dijauhi... xpayahla nak guna2 benda cmni k.. kalau korang nak sesuatukan.. berusaha lah dengan titik peluh anda sendiri.. pasti anda akan berasa lebih kepuasannya dan insyaallah mendapat keredhaan dari Allah SWT... kalau suka seseorang tu... bagitau la.. xpayah nak guna ilmu pengikat kebenda ni... kalau dia dah x suka nak buat macammanakan... lepaskan la.. mungkin ada yang lebih baik untuk korang kat dunia ni....

Okey sebelum aku menutup post kali ni.. ini ada sikit tips dari akulah yang aku slalu amalkan sebelum tidur bagi melindung diri dari perbuatan orang ni..

BACA DOA 3 QUL

SURAH AL IKHLAS


BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM.

QUL HUWALLAAHU AHAD,
ALLAAHUS SAMAD,
LAM-YALID WALAM YUULAD,


WALAM YAQUL-LAHUU KU-FUWAN AHAD



SURAH AL-FALAQ



BISMILLAAHIR RAHMAANIIR RAHIIM,

QUL A-'UUZU BIRABBIL FALAQ.
MIN SYAR-RIMAA KHALAQ.
WAMINN SYAR-RI GHAA-SIQIN IZAA WAQAB.
WAMINN SYAR-RINN NAFFAA-TSAATI FIL 'UQAD.
WAMINN SYAR-RIHAA SIDIN IZAA HASAD.

SURAH  AN-NAS



Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem
Qul a'uudhi bi rabbin naas
Malikin naas
Ilaahin naas
Min sharril wawaasil khannas
Alladhee yuwaswisu fee suduurin naas
Minal Jinnati wa naas

iInsyaallah dengan izinNya maka terlindunglah kita dari ilmu2 ini.. amin..

okay sampai sini saja nukilan kali ni... jumpa di lain hari..

Assalamualaikum..

Annyeong






0 comments:

Post a Comment