Misteri Sarah . . .


apa khabar semua...
Waah lama dah x update post dalam blog nie.... hahaha mana x nya... bila cuti sem...otak bahagian karangan pun dah cuti sekali hahaha....
sekarang jer entah nape tetibe rajin nak postkan something buat anda

Okay...topik kali ini....

Anda tahu maksud STALKER?
Anda ada STALKER?
Anda pernah DI 'STALK'?
Atau anda seorang STALKER?

Jeng Jeng Jeng..... hahaha

baiklah untuk memulakan topik kali ni... aku rasa lebih afdal aku terangkan maksud STALKER or PENGHENDAP ni....

Baiklah...ini aku quote dari laman sesawang WIKIPEDIA ek

stalker is someone who engages in stalking.

STALKING pulak bermaksud

Stalking is a term commonly used to refer to unwanted and obsessive attention by an individual or group to another person.

faham x?

tula maksudnyer STALKER hehehe....

korang tau tak kenape aku tiba2 ungkitkan hal stalker ni?

sebabnya...aku ni tanpa sebab yang musabab....
telah beberapa kali di STALK


seramnyer......

1st

Aku distalk di facebook ataupun muka buku sehinggakan gambar aku di sedut tanpa izin dan tenung untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi "Bak Katanya"



2nd

Dia ni pembaca blog ni gak... sori la bagi yang terasa ek... lepas dia baca blog ni... dia tanya dengan kenalan aku yang tau FB aku... lepastu dia selidik fb aku...
Aku di stalk sehinggakan nama2 sebelumni yg pernah aku gunakan di dunia siber pun dia tauu....
Seram ke x seram....
ni kes mengorek dan menggali tahap gaban ni



3rd

Kali ni memang tahap gempak la aku kena stalk hahaha...

Okay bayangkan bila kawan anda tiba2 menghantar mesej mengatakan bahawa ada rakannya yang hendak berkenalan dengan kamu... siap mintak no telefon lagi tu... N opcos aku sebab x kenal orang tu jadi aku x izinkanla kawan aku tu bagi no kat si dia....
Senang cerita si Sarah ni yang mintak.... aku x tau samada itu nama dia betol atau tidak...

and then aku dikejutkan pulak dengan kedatangan mesej

Bukan mesej yang klasik macam ni ek

Tapi yang moden macam ni

* Hahahha moden la sangat...

Mesej tu berbunyi...

"Hai, boleh berkenalan? Nama saya Sarah"

lepas tu mesej2 yang datang macam biasala berbunyi nak berkenalan...

tapi aku x layan sangat sebab aku x kenal orang tu... BTW i'm owned by somebody hahaha...

jadi mesej2 tu x muncul lagi di papar muka telefon bimbit aku...

Korang mesti ingat kes ni berhenti disini je kan...

tapi TIDAK SAMA SEKALI!!!....

entah macammana.... Si Sarah ni masuk dalam mimpi si Cousin aku bernama Nur Arika...

Aku memang rapat dengan ika ni... n kmi slalu bercontact...

Kalau korang nak tau kisahnya dengan detail...

ni link entry yang cousin aku postkan....


ok nak dimulakan cerita...
aku dgn cousin aku ni bru lepas balik dari majlis persandingan yang kami hadiri...

tengah hari tu kami dua berpakat nak belikan hadiah untuk pengantin jadi sebelum pergi membeli...
dia nak tidur sekejap...



lepas dia bangun tu dia tiba2 mesej aku

"awak kenal dengan Sarah x?"

and aku jawab la x n kenape dia tibe2 tanya..

then dia mesej lagi

"Bukan awak ke yg mesej saya suruh saya check blog sarah"

aku pun kebinggungan....

" Eh, sekejap... saya check inbox saya dulu...."

rupa2nya aku xda pun hantar apa2 mesej tentang si sarah tu...
cousin aku tu macam mengigau sekejap

dalam igauan dia tu aku hantar mesej dekat dia yang aku cemburukan kerja si sarah tu

tapi perkara yang mengejutkan sekali adalah...
dalam blog si sarah tu



ada tulis macam ni

"dear my crush, Mr. AA. awak, saya lama dah suka kat awak. huhu, macam mana saya nak cakap kat awak ek. saya tau awak baca blog saya. saya teringin sangat nak bersama awak. lama dah saya pendam perasaan nih. huhu. love you, Mr. AA"  
ni aku kopi jer dari blog cousin aku tu...

aku x tau la samada yang dia mention tu betul2 aku ka orang lain... jadi aku biarkan je....
tapi benda tu x berhenti kat situ jer...

TRAGEDI KEDUA

kali ni kes ni berlaku sebelum aku nak balik ke MIRI sebab baru abis cuti...

Sarah ni datang lagi dalam mimpi cousin aku ni masa dia sedang tidur diwaktu malam...

kali ni lagi extreme....

Si Sarah ni dengan berani nya mengepostkan entry macam ni

(to my dear crush, saya sayang awak sangat sangat. walaupun awak tak kenal saya, tapi saya kenal awak. saya simpan perasaan suci ni untuk awak sorang je. percayalah, saya cintakan awak. awak yang saya idamkan selama ni. saya percaya cinta yang saya pendam nanti akan terbalas oleh awak suatu hari kelak. love you, Mr.AA)

memang x de cover2 lagi dah... bukan tu jer... siap ada kaki nota lagi tu @ footnote... ia berbunyi

(saya tau ada orang yang baca blog saya ni, kenal dengan crush saya. tolong sampaikan apa yang awak baca ni kat crush saya. terima kasih. saya percaya awak baca luahan hati saya. semoga Allah memberkati awak. saya percayakan awak.)


Hok ni yang bikin seram tu hahaha...
bukan tu jer...

Si Sarah ni dalam mimpi tu siap bukak FB n send message FB dekat inbox FB cousin aku tu...


dan dia taip macam ni

sarah :TOLONG SAMPAIKAN AMANAH SAYA KAT AWAK. SAMPAIKAN APA YANG AWAK BACA KEPADA CRUSH SAYA. MR (full name Aku)


Ayarkkk kenapa sampai macamtu sekali ko nak kenal dengan aku SARAH!!!....

menakutkan tau x hahaha...

xpernah seumur hidup aku, aku di stalk macamtu skali hahaha...
sumpah aku x berani kalau ada betul2 cmtu ahahha...

dan FYI kawan aku sempat survey2 blog si SARAH tu dalam mimpinya...
walaupun mimpi hanya mainan tidur tapi.... semua ni terlalu kebetulan...

Blog si Sarah ni warnya BIRU GELAP
Orangnya chubby2 sikit...
Berkulit putih gebu dan chomel..
Suka pakai tudung bawal
Lastly orangnya jiwang...

Tu jer Description yang cousin aku ni bagi berdasarkan apa yang dia ingat dalam mimpi dia tu...

Siapakah engkau wahai Sarah?


Adakah engkau wujud?

Misteri Sarah ni memang menghantui diri aku...
Kepada rakan2 pembaca blog
Kalau anda mengenali si Sarah ni
or anda pernah terbaca blog si Sarah ni
Korang roger2 la aku ek...
KOMEN or MESEJ je aku...
or kalau SARAH sendiri yang baca
TAMPILKAN LAH DIRI ANDA....
jangan main masuk2 mimpi ni.... hahaha
bahaya tau x...
ni sampai kes masuk mimpi orang...
xlena tidor orang tau x hahaha

Kla... sampai ni jer entry kali ni...
selamat membaca
MAY PEACE BE UPON YOU..





0 comments:

Post a Comment