Kesederhanaan & Kesesuaian


apa khabar everyone...lama pulak rasanya aku x update blog nie...sampai ada pulak yg request aku update kan hahaha
ok demi anda semua...aku akan update blog aku kali ini dengan post yang ber tajuk
KESEDERHANAAN DAN KESESUAIAN

ahahaha agak panjangkan tajuknya harini...tapi aku pasti kamu semua boleh agak apa yang akan menjadi isi kepada post kali ini..

Maka dengan itu...diharap anda akan enjoy membaca post kali ini...

ok aku mulakan isi kandungan post kali ini dengan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...

untuk kali ini..aku mendapat idea untuk menulis tentang tajuk di atas semasa aku edang dalam perjalanan ke KUCHING menggunakan sebuah mesin ciptaan manusia iaitu.....


ahahaha kalo dengar awal macam canggih jer bunyi kan hahaha....

ok2..aku mulakan perjalanan pada pukul 3.00 petang dan dalam bas tu...macam2 benda aku alami...
first of all bas tu bersepah sangat.... kotor....dan apa2 lagi yang bersinonim dengannya...
bapak aku kata mungkin disebabkan bas ni baru sampai dari miri jadi...ramai yang gunakan....
tapi aku rasa tu tak menjadi alasan untuk bahagian pengurusan bas untuk membersihkan bas itu...mana x nya...dengan sampah bersepah....tong sampah penuh.... kerusi pulak berdebu....macammana la diorang nak harapkan penumpang selesa menggunakan perkhidmatan diorang....
tapi disebabkan dah beli tiket...aku naik jer la bas tu...terpaksala katakan....
tapi dalam perjalanan...aku ternampak sesuatu yang menyedarkan aku...
hal bas bersepah ni bukan salah pihak bas 100%
tetapi salah manusia yang x bertanggungjawab jugak...
sebab dalam bas tu...aku ternampak seorang lelaki
dia nak makan telur rebus jadi dia kupas la..
tapi yang mengganggu permandangannya adalah dia kupas dan buang kulit telur tu dekat lantai jer... 


lepas tu dia tolak pulak kulit2 tu dekat kerusi belakang dia.... aku geram sangat..
ada jugak rasa nak tegur tapi disebabkan aku belum dapat keberanian masa tu aku diam jer dan pendam dalam hati.... mesti korang ingat aku ni pengecut kan.... huhuhu
disebabkan orang tu nampak jauh lebih senior...aku x berani pulak nak tegur jadi aku tegur dalam ati jer la....

mesti korang hairankan....apa kaitan cerita ni dengan tajuk post aku.... kaitannya....kejadian tu membuatkan aku terfikir jenis manusia manakah yang aku suka....

okay aku akan terangkan dengan lebih lanjut step by step...

KESEDERHANAAN

sejujurnya aku kata...aku sukakan orang yang besederhana
sebabnya aku ni jugak jenis orang yang hidup sederhana
tidak kaya dan tidak juga tidak berkemampuan
Tidak terlalu pandai dan tidak terlalu kurang pandai
cukup2 makan jer hak3

ok back to the topic....
orang yang besederhana yang aku maksudkan adalah orang yang sederhana dalam segala benda...
contohnya dia tidak terlalu NEAT FREAK


tidak juga terlalu HOARDERS @ DISGUSTING


aku lebih sukakan orang yang simple n x terlalu strict dalam hal ni...cukuplah rumah tu selesa dan senang mata memandang... sebabnya aku jenis yang camtu....

aku x berapa sukakan orang yang terlalu STYLISH


dan tidak juga yang terlalu OUT OF FASHION


aku sukakan yang pakai simple and look nice... x jugak out of date...tapi sesuai dengan diri sendiri.....

next aku x harapkan jenis yang terlalu kaya


sampaikan terlalu boros dan membazir...

or terlalu berjimat cermat


sampaikan baju yang dah koyak rabak sampai nampak pusat pun still nak pakai sebab xnak bazir duit...baik aku simpan duit dalam bank dari aku beli baju..bukannya orang nak tengok...nak tengok diorang punya pasallah..duit aku..... pemikiran macamtu x baik...

sedangkan Rasulullah S.A.W amat besederhana dalam hidup beliau... jadi kita patut jadikan contoh... dan hiduplah besederhana...
OKAY?

ok..seterusnya adalah KESESUAIAN

maksud perkataan ini adalah kita sebagai manusia mesti pandai menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan..
sebagai contoh...
orang yang ikut kepala sendiri jer bila pergi majlis orang...

maksud adalah apabila seseorang tu tidak mengikut kesesuaian sesuatu majlis...

contohnya..memakai pakaian informal dalam majlis formal


memang fesyen adalah hak individu..tetapi please la... hormat majlis orang...kita ni dijemput...jadi sila hormat dan ikut peraturan majlis.... kalau kita hormat orang...orang hormat kita balik....

hipokrit bukan menjadi masalah disini tapi kita sebagai manusia yang ada adab mestilah menghormati orang lain kan?

rasanya tu je la yang mampu aku tulis untuk kali ini... maaf la kalau aku ada menyinggung perasaan korang ketika membaca...aku cuma meluahkan buah fikiran aku dan menegur apa yang tidak patut....
aku tegur bukan bermaksud aku ni sempurna sangat tapi ini sebagai garisan dan petunjuk kita semua untuk menjadi manusia yang lebih berjaya....
ngee~ harap anda semua seronok membaca 
dan tunggulah kalau ada idea lagi aku akan update blog ni dalam lain masa dan ketika...
take care
smile always
dan 
ASSALAMUALAIKUM





0 comments:

Post a Comment