Isteriku dan . . . .


Baru sahaja sampai rumah dari sekolah..
kerja sebagai kaunselor ni bukan duduk di pejabat sahaja
aku kena pantau kesemua murid dalam sekolah nie
sebab kalau ada pelajar bermasalah dan berlaku apa-apa yang tak diingini
aku yang akan dipersalahkan sebab tidak ambil insiatif untuk membendungnya..
tapi aku percaya budak SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG ADRUCE (2) ni baik2 belaka
tengoklah muka2 diorang..
muka suci lagi comel jer...
yang comel lagi chubby depan tu Shariff Azryll ...
aku panggil dia 'Ayip' jer..
comel budak ni..aku suka sakat dia n borak dengan dia...
budak nie memang baik...
eh apa aku melalut nie..
ok sesampai jer aku di rumah...
aku terus ketuk pintu rumah aku dan jerit "Assalamualaikum! Saya datang nak jual karpet!"
beberapa saat lepas tu..ternampak kelibat seorang wanita sedang menyelak pintu yang bergrill dan dia kata " Waalaikumsalam... saya tak nak beli karpe.... Hubby!! Sayang ingatkan towkey karpet mana la yang sesat tadi nak jual karpet.... main-main pulak hubby nie... gigit kang!!"
"aik..apa main gigit nie... tak sayang suami ker...." balas aku sambil buat-buat muka merajuk..
"ala-ala....sayang sangat sampai masak pun melecur tangan, camner kerja tadi Bie..ok?" pujuk isteriku yang tersayang..
"laaa ni apasal pulak boleh melecur nie...nie mesti kelam kabut masak nie...kan dah sakit tangan isteri Bie yang tercinta nie... dah letak ubat tak?... nak Bie bawak pergi klinik tak?" ucapku sambil memegang tangan isteriku...

mau x risau tengok kalau tangan isteri melecur macam nie..kan dah spoil tangan yang putih melepak lagi cantik wahai isteri ku...
itu la tak hati-hati bila masak.... tau la isteri aku nie tukang masak hotel...tapi tukang masak pun manusia jugak... kalau terkena minyak panas sakit tu...
ngomel aku dalam hati..
tapi isteriku kata tak ape...sikit jer...
aku cepat-cepat pergi ke tandas dan buka kabinet ubat untuk amik minyak gamat..
nasib baik aku sempat rembat stok minyak gamat nie bila kami berdua melancong ke Pulau Langkawi bulan lepas..

lepas aku sapu minyak gamat kat tangan isteri aku...dia pun terus pergi kedapur untuk menyiapkan masakan yang dia masak tadi...
aku pulak duduk di sofa dan melonggarkan segala butang baju di bahagian leher dan tangan...
sambil-sambil tu aku menekan butang remote tv dan mencari rancangan yang menarik...
bosan sebab tak ada rancangan yang menarik minat aku..
aku mulai berniat nak sakat isteri aku...
hehehe mode menggatai dengan isteri bermula...
aku dengan senyap-senyap masuk dapur tanpa isteri aku sedar
lalu aku peluk pinggang isteri aku erat2
mau terkejut dia sampai sos untuk sweet sour fish tu tertuang dekat telur dadar yang dia masak hahaha...
bukan main dia membebel lepas tu ahahha..
aku pulak ketawa tak abis-abis...
tapi pelukan tu aku tetap tak lepaskan...
sebabnya aku suka peluk isteri aku...masa tu aku rasa dekat sangat dengan dia...
bagaikan aku boleh dengar denyutan jantung dia dan dengar segala isi hatinya...
mungkin dengan cara itu kami berdua berkomunikasi dan meluahkan rasa sayang antara kami berdua...tanpa perlu mengeluarkan sepatah kata pun...
"Bie... nanti bie sambung peluk ek...chayunk nak hidang makanan nie...Bie laparkan? kita makan sama-sama ek?" kata isteriku selepas beberapa saat kami berpelukan...
hari nie isteri aku masak special sikit...

Sweet sour fish

Telur dadar @ omelette with rice with * sweet sour sauce (secara tidak sengaja)

Italian Mixed Vegetables

ni gambar2 nya heheh










nampak biasa kan?
memang aku yang mintak dia kalau nak masak makanan untuk aku..
masak yang biasa-biasa jer... tak nak aku yang rupa 5 star hotel nie
sebab aku hanya nak rasa air tangan isteri...
tak perlu hiasan tu semua...
yang penting sedap dan ikhlas
dan yang paling penting penuh kasih sayang....

Lepas makan... aku g mandi n solat maghrib....
isteri aku pulak hari ni cuti dua2... cuti kerja dan cuti...ehemmm hahaha paham2 la kan
jadi aktiviti malam jumaat tidak dapat dilaksanakan malam ni hahahaha
apa aku cakap ni... PG 18 toi la aahahaha
dah abis selesaikan semua tu aku turun
sampai je bawah 
aku nampak isteri aku yang duduk di atas sofa sedang belek2 menu makanan untuk hotel diorang..
rajin pulak isteri aku nie ehehehe..
tu yang buat aku makin sayang hehehe
sampai jer dekat dia...aku terus kiss pipi isteri aku... dan dia kiss balik pipi aku... ehhehe
romantik kan kami dua hehehe
aku dah siapkan kerja yang perlu di sekolah pagi tadi
jadi malam nie aku rehat jer...
aku pun baring di pangkuan isteriku sambil menonton berita...
"Chayunk esok still cuti jer? "tanya aku sambil menatap mukanya..
"a'ah..napa bie? esok bie cuti jugak ker?" jawab isteriku..
aku pun jawab ya aku cuti and aku nak ajak dia pergi ronda2 dekat taman rama2
first dia cakap dia malas nak jalan...
lalu aku pun bukak muka kiut aku dan pujuk dia supaya setuju


dengan godaan dan sentuhan penuh kasih sayang tangkap cintun terus dia cair muahahha
jadi set esok kami dua nak g dating d taman rama-rama Tumbina Bintulu...

Bangun pukul 6 pagi...
mandi n solat subuh...lepas tu terus bersiap untuk hari indah bersama isteri...
Kami terpaksa bertolak awal dari Miri sebab perjalanan ke Bintulu mengambil masa 2 jam....jadi kena la awal kalau nak sampai sebelum tengah hari....
pagi ni...isteriku masakkan Pancake a.k.a tumpik Oversea hahaha
minuman pulak of course my faveret 
chrysanthemum tea.... 
sayang dia ketat2...



sedap hingga menjilat jari hingga ke rambut hahaha...
bertuah dapat isteri pandai masak...ngeh2

lepas makan aku terus panas kan enjin kereta Naza Kia Sorento putihku


sementara menunggu isteri aku tu bersiap...
"Chayunk! dah ker? nanti akhir pulak kita berangkat.", jeritku dari bawah
beberapa minit lepas tu nampak isteriku memakai blouse putih dengan skirt labuh pink...
ayu sangat dia masa tu...
"cantik isteri Bie arini..." sambil mata ku tak lepas memandangnya...
"arini jer ke chayunk cantik? ari-ari lain camner pulak?" dia tanya sambil memasang tali keledar ( KESELAMATAN HARUS DIUTAMAKAN) 
"ari lain cantik jugak, tapi arini cantik extra with side dish" ucapku sambil belai pipinya...
adui haahah sempat pulak berjiwang...
lepas check semua dan pastikan semua dalam keadaan baik..
kami pun memulakan perjalanan

Setelah 3 jam 40 minit memandu..akhirnya sampai ke Taman Tumbina Bintulu


masuk2 jer terus parking n cari tempat untuk berehat.. sebab lenguh kaki memandu...
sebelum memulakan perjalanan masuk ke dalam taman... regangkan badan sebab kena berjalan pusing taman...bukan nyer kecik tu..besaq...
ok lepastu jangan lupa keluarkan Kamera DSLR Nikon 90D dari beg sebab nak amik gambar banyak2..tempat cantik kenalah kita capture every moment...
ni la jugak masa nak bergambar sakan dengan isteri ehhehe

perjalanan dimulakan dengan bacaan bismillah dan memimpin tangan isteri seerat-eratnya...sayang bini la katakan
"Bie nie macam la chayunk nak lari dari Bie" kata isteriku sambil dipimpin tangan
"bukan sebab tu my chayunk oooii... takut laki2 disini kacau chayunk Bie...u are mine and mine alone..hehehe" balasku pula...

first site yang dikunjungi adalah sangkar buaya ngeh2
tau takut isteri aku tengok buaya besar2..hehhe
bila buaya tu bergerak jer terus dia menjerit and peluk aku hahaha...
lucu tengoi gelagat isteri aku ni...


lepas tu kami menggelilingi taman rama-rama... cantik sangat tempat nie...dipenuhi dengan rama-rama perlbagai warna... sangat menenangkan jiwa..
kami berdua duduk di atas bangku n menikmati permandangan....sangat indah masa tu...


lepastu kami pergi mini zoo...

macam2 jenis haiwan kami jumpa haritu
kalau nak listkan naik jenuh tangan nak type hahaha
korang g la sendiri k
Today is the happiest day in my life....
i'm happy with my wife now and always
arap dapat lalui hari macamni dilain hari..

CAKKK!! hahaha ok guyss....sampai disini jer imaginasi aku membawa aku ke alam perkahwinan ahahha...
post kali ni hanya untuk meluahkan perasaan dan angan2 aku bila aku dah kahwin nanti...
mesti korang ingat aku nie gila nak kawin kan?
kalau korang rasa sama macam aku..mesti korang pun rasa nak kawin on the spot...
entah la...bila dipikirkan ya memang...aku memang masih muda untuk pikirkan hal macamni
tapi nak buat macammana kan
bila perasaan tu dah ada...
korang x leh nak halang...
tambah2 lagi aku ni baru lepas tengok full episode of VANILA COKLAT
crita tu sweet sangat dan tunjukkan bahawa kahwin muda tidak salah malah lagi bagus...
sebab perkahwinan ni bukan hanya berlandaskan S*KS tapi ia lebih dari itu...
perkahwinan adalah bermaksud dua insan yang saling bergantung pada satu sama lain dalam menebus kelemahan masing2 dalam menempuhi hidup...
aku terpesona mendengar ayat2 watak dalam vanila coklat ini iaitu AMIR ASYRAF
dia kata:

Tuhan itu Maha Adil, Dia memberi kamu kepadaku, Dan kamulah yang memegang semua kunci kepada kelemahan dan kelebihanku...

hahaha... aku terpikat tengok jalan ceritanya dan kalau boleh aku nak perkahwinan aku nanti seperti itu...
di mana isteriku adalah pelengkap bagi diriku yang tidak sempurna ini...

hahaha kepada yang baca ni sori la kalau imaginasi aku terlalu jauh ahhaha...sampai kawan aku sorang cakap aku ni suka berimaginasi ( MAKCIK TUA) hahahah....

ok sampai di sini saja post kali ini..maaf la kalau membosankan...
anyway enjoy n take care..
Assalamualaikum....

2 comments:

Eyna Ixora said...

jauh btul imaginasi kawan aku ni..
tp sweet la..hihi

AZaque HardyAR said...

ahahha saja ja tu..kebosanan la katakan

Post a Comment