0

Rintis Cinta Part 3




"Hey Iyaz, aku ada soalan nak tanya ko ni" suara Uzi memecahkan kesunyian malam yang diterangi cahaya bulan (cehhh bermadah pulak hehehe)
"tanya la..sejak bila pulak ko nak tanya perlu mintak kebenaran hahaha" balas aku sambil menyandarkan diri di kerusi balkoni bilik aku...


si Uzi ni memang slalu lepak2 di rumah aku n aku dah anggap dia ni macam adik beradik aku dah sebab aku ni anak tunggal jadi x pernah merasa ada adik beradik...

" kenapa ek kau slalu panggil kak Ayuna tu Unnie? bukan tu bahasa korea ke? sah memang dah kena jangkitan virus KP24J la ko ni hahaha" soal Uzi bertubi-tubi..

" Virus KP24J? apa tu? penyakit baru ke? apa sindrom dia? datang dari haiwan mana pulak kali ni?" terus gelisah hati aku mendengar bahawa aku terkena jangkitan virus..."

"Virus ni bahaya tau.... mula2 ko akan rasa gelisah.... lepas tu badan kau akan mula berubah.... gerak badan kau pun kau susah nak kawal.... bukan tu jer... pandangan kau jugak akan mula berubah..... uuuuuuuuuuuuu...." jawab Uzi dengan nada yang menakutkan....

Aku pun apa lagi... terus tergugat hati lelaki aku mendengar simptom2 tu semua....

" Boleh bawak mati ke virus ni bro? huhuhu aku muda lagi... xnak mati.... nak kawin... nak waris... huhuhuh oh Tuhan selamatkanlah hambaMu ini...." terketar2 suara ku keluar... rasa nak nangis pun ada ni huhuhu...



"Hahaha ilek la bro... aku gurau je la... bukan virus betul la bro.... KP24J tu maksudnya KPOP 24 JAM.... hahaha jangan la nangis bro.... alalala x sangka plak besfren aku sensitip ek... sori2 bro hehehe jangan mare ek..." Jawab Uzi sambil gelak tak henti2...

"Pokemon punya digimon punya dragonball budak ni.... wacchhaaaaaaa!!" terus ku sekeh2 kepala si Uzi kerana geram dia mempermainkan aku.....


"ahahhaha... tula kau... kpop sangat hahaha... eh soalan aku blom terjawab pun... nape ko panggil dia Unnie? Kalau x salah aku la... kalau nak panggil kakak kalau laki panggil Noona kan? bukan Unnie tu untuk adik perempuan kpd kakak die ker? aku koonpiuuus ni.... atau kau salah panggil" sambung balik si Uzi bertanya kepada ku...

"Betul tu... kalau ikut sepatutnya aku memang panggil dia Noona.... tapi ada sebab aku panggil dia Unnie..." muka ku mulai serius ketika menjawa soalan Uzi...

"Ceciter... aku pun nak tau gak... cita la kat kawan baik a.k.a orang hencemmmm ni hahaha" sambil menghirup air nescafe si Uzi berkata begitu...

" Yang ni kau jangan cerita dengan orang lain ok.... setau aku... Unnie aku ni kacukan... bapak dia memang orang melayu... tapi mak dia berbangsa korea dari Namyangju, Korea....



tapi mak dia memang korea muslim... lepas parent dia kawen... mak dia tinggal di Malaysia n setahun lepas tu lahir la Unnie... tapi..." aku terhenti seketika..

"Tapi apa bro? cerita la sampai abis...." tertunggu2 Uzi menunggu cerita daripada aku...


"Ok2... malangnya... mak Unnie meninggal dunia disebabkan tuberculosis... masa tu umur Unnie 12 tahun.... Unnie x la sedih sangat sebab dia rela mak dia pergi sebab dia x sanggup tengok mak dia terseksa... huhuhu masa aku dapat tau dari Unnie... aku pun nyaris nangis tau...." aku berhenti seketika untuk mengambil nafas...

" tapi apa kaitan dengan soalan aku tadi tu?" tanya Uzi dengan muka tidak puas hatinya...

"Jap la... nak sampai situ la cerita aku ni... kan mak dia orang korea jadi...walaupun mak dia fasih cakap melayu tapi dia still panggil anak dia Kakak tapi dalam bahasa korea la supaya anak dia x lupa akan darah koreanya tu... jadi mak dia slalu panggil anak dia Unnie.... lagipun Ayuna tu hampir dekat bunyinya dengan Unnie..." terang aku lagi...

"oooo.... lepas tu lepas tu?..." Uzi masih menanti...

" ok2 masa lepas aku mulai jadi adik angkat si Unnie ni... aku mula2 memang la panggil dia Kak Yuna... tapi lepas dapat tau Unnie ni ada darah korea tula aku mula berkecimpung mendalami bahasa korea a.k.a Hangul dan benda2 sewaktu dengannya... mula2 sekali aku ni bebal sikit jadi apa yg GOOGLE TRANSLATE 
tu tulis aku ikut je la... jadi first2 aku panggil dia Unnie la sebab masa tu x tau Unnie tu untuk adik perempuan kepada kakaknya....  masa aku panggil dia Unnie... dia nangis... aku pun cuak la... " sambungku sambil tunjuk macam mana muka cuak....


"Pulak dah... nape plak die nangis? " sekali lagi Uzi hairan...

" kak... nape ni kak? saya ada salah cakap ker? kalo ada sori la kak... jangan la nangis kak... sayu hati saya tengok akak nangis tau" kataku sambil duduk di sisi Unnie

"hurmmm x de pape la Iyaz.... cuma bila dengar Iyaz panggil akak Unnie... cara Iyaz panggil tu sama dengan cara arwah mak akak panggil akak dulu... entah nape bila dengar teringat pulak dengan arwah mak..." jawab Unnie sambil mengesat air mata di pipi gebunya...

"sorry la kak... Iyaz x tau yang panggilan tu boleh buat akak terkenang dekat arwah mak akak... Iyaz janji Iyaz x panggil akak cmtu lagi lepas ni" ücapku sambil mengangkat jari manis ku seolah2 berjanji..


"eehhh x pe Iyaz... akak lagi suka kalau Iyaz panggil akak dengan panggilan tu... sebab panggilan tu mengingatkan betapa sayangnya mak akak dengan akak sejak akak lahir lagi... jadi kalau boleh akak nak Iyaz panggil akak Unnie k?" ucap Unnie sambil melakarkan senyuman yang mencairkan hati aku...

" okay Unnie... dahla jangan nangis lagi k Unnie... my Unnie kan comel... kalo nangis nanti luntur je mekap Unnie ahahaha" kataku sambil mengesat sasi baki air mata di pipi Unnie...

"aik.. pandai2 jer budak ni ek... mana ada Unnie pakai mekap...nae dongsaeng... jum makan aiskrim... Unnie tiba2 teringin nak mam aiskrim... nanti Unnie belanja Iyaz..." terus Unnie menarik lengan baju ku membawa ku berdiri dari dudukku..

"dongsaeng? apa benda tu Unnie? lupa nak bawak kamus korea la arini Unnie...hehhe jadi x tau maksudnya" kata ku sambil mengikut jejak Unnie yang membawa ku ke arah koperasi...

"Dongsaeng tu maksudnya adik la Iyaz ku sayang...hehhe dah2 jum nanti abis pulak aiskrim dkt koperasi tu nanti...." senyuman Unnie yang sentiasa ceria tu membuatkan seluruh badan aku patuh kepada arahannya...


" Oooopp... dah2 la berjiwang tu Iyaz ooiii..." sikuan Uzi membuatkan aku terjaga daripada lamunan kasih aku tadi...


"hehehe apa salahnya... dahla... jum masuk...aku dah nak tido dah ni... aku nak mimpikan my Chaegya malam ni ehhehe..." kataku sambil membawa gelas air minumanku...

"CAIR GEYA? ape tu? brooo ape benda pulak CAIR GEYA tu?" tertanya-tanya lagi Uzi malam ni disebabkan aku hahaha...

"ahahha cari la sendiri... tu hukuman untuk kau sebab kau main2 kan aku tadi nguahahhaha... Unnie... I'm coming ehhehe..." ucapku dalam hati sambil meninggal Uzi termanggu keseorangan..

...
...
...
...
...


"She's Mine!" 

Bersambung...

0

Cherrita Awang & Dayang


wassup guyss n gurlss... lama x jumpa.... 
apa habaq u alls.....
ahhaha baru ada semangat nak update blog nie
kalo ikutkan banyak nak update sbnrnya tp
dsebabkan masalah teknikal...
ni je yang aku dapat update...
so bear with me guys ahhaha

ok kali ini aku nak cechite chite sal family aku hehehe
kali ni aku nak terangkan secara detail pasal keluarga yang aku thayunkkkk hehehe

ok firstly... this is my family guys and gurls....

*Dari kiri
barisan kedua- Awang Syukri Bin Awang Jaffar (anak ke-4), Awang Azhar Bin Awang Jaffar (anak ke-5), Awang Faizal Bin Awang Jaffar (anak ke-1)& Noraida Binti Idris (isteri anak ke-1), Dayang Noor Afiza Binti Awang Jaffar (anak ke-2) dan Awang Hafiz Bin Awang Jaffar (anak ke-3)
Barisan pertama- Awang Jaffar Bin Awang Suhaili (ayah) dan Jiah Binti Ajis (ibu)

hahaha itulah isi keluarga aku buat masa ni.... 
maybe akan ada pertambahan dalam masa yang terdekat ni... insyaallah..
tapi yang pasti aku punya lama lagi ahahha... nak abiskan study dulu la katakan... hahaha...

ok let me introduce to you guys one by one of my family members..

first of all...

MY FATHER

AWANG JAFFAR BIN AWANG SUHAILI


hheheh hensemkan ayah aku hehehe... tengokla anak dia hahaha...
hahaha perasan betoila aku ni...

ok a little bit of information about my father....

- Berasal dari Kampung Saai, Daro
- Berbangsa melanau (kalo ikut keturunan melayu brunei)
- Anak bongsu daripada dua adik beradik
- Bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam di Lembaga Lada Malaysia
- Suka bermain badminton
-Seorang yang supporting dan mesra
-Boleh bertutur dalam bahasa iban
- Suka senyum hehehe
- Sayang ayahhhh (hahaha sempat pulak aku ni)

okay, seterusnya adalah

MY MOTHER

JIAH BINTI AJIS


okay.. now about my mother

- Berasal daripada Kampung Paloh, Mukah
- berbangsa melanau (asli ek hehehe)
- bekerja sebagai Dental Nurse
- Bakal bersara dua tahun lagi (rasanya la hahaha)
- Anak ke 3 daripada 4 adik beradik
- Seorang yang rajin
- Mengambil berat tentang keperluan anak-anak
- Sayang Ibu jugakkk (Menyempat sekali lagi ahhaha)

hahaha itu serba sedikit about my parents okay.... nguahahha

sekarang kita beralih pulak kepada adik beradik yang ku sayangi...
cewaahhh bodek sikit... dapat la mintak sponsor beli laptop asus yang aku nak tu ehehhe

ANAK SULUNG DAN ISTERINYA

AWANG FAIZAL BIN AWANG JAFFAR 
&
 NORAIDA BINTI IDRIS


mula-mula meh crita pasal abang long dulu...

- Anak pertama
- Bersekolah rendah di SKAHM
- Bersekolah menengah di Kuching (tak tau nama hahaha)
- Menyambung diploma di Politeknik Kuching (ambil account management rasanya)
- Sekarang bekerja di Bernas Corporation di Kuching
- Status : sudah berkahwin (hahaha state the obvious)
- Umur 30-an
- Seorang yang mesra
- Seorang yang 'happening'
- Suka buli adik dia yang comel ni a.k.a AWANG AZHAR (hahahaha)
- Seorang yang manja dengan isteri dia hehehe (shhhhh)

sekarang isteri dia pulak... ni x tau banyak jadi aku cerita apa yang aku tau jer ok


- Berbangsa Melayu
- Anak bongsu daripada 3 adik beradik
- Kedua-dua orang kakaknya perempuan
- Berasal dari Sibu (I think)
- Bekerja di Sarikei (syarikat swasta under Sarawak Energy Berhad)
- Seorang yang berfesyen (boleh la tapi x la melebih sangat)
- Seorang yang mesra
- Lupa pulak ... diorang laki bini ni kaki on9 hahaha... jangen marehh ek my brother n sister in law hehehe..

sekarang pulak my one and only blood sister

DAYANG NOOR AFIZA BINTI AWANG JAFFAR


- Lahir sepuluh tahun awal daripada aku hehehe
- Graduan UIAM
- Graduan KPLI IPG di Melaka
- Seorang cikgu pendidikan khas di SKAHM, Sarikei
- Status : tidak diketahui ahhaha
yang pasti belum kahwin
- Baik hati dan supporting
bodeknyerrr hahahha
- pandai melukis
- ada bisnes sambilan buat coklat n kek cheese hehehe

seterusnya...

anak ke 3

AWANG HAFIZ BIN AWANG JAFFAR


- Umur 26 tahun
- Graduan UITM
- Sekarang bekerja sebagai Pegawai Agama Islam di Balai Polis Bintangor
- Status: DOUBLE heheheh
- Seorang yang hampir sama dengan perangai aku ehhehe
- Manja, mesra dan supporting
- Minat Superbike dan Photography
dia ni la orang first dalam family yg membeli DSLR
- Ada bisnes sampingan iaitu mengambil gambar kahwin

Yang seterusnya, lahir setahun selepas yang ke 3

AWANG SYUKRI BIN AWANG JAFFAR


- Bekas pelajar SMKA Igan
- Graduan IKBN Miri
- Suka bersukan
- Pandai bermain futsal
- Pandai membaiki kenderaan
- Sekarang bekerja sebagai Senior Mechanic di Perodua
- Status: Tidak diketahui
- seorang yang tegas tapi baik hati
- suka pakai baju berjenama (Billabong, quicksilver dan levis)
okay last but not least...

anak bongsu

lahir 1993

kelahiran bulan september

hari yang ke sepuluh

iaitu

...
...
...


YOURS TRULY

AWANG AZHAR BIN AWANG JAFFAR


biar lebih sikit pic aku... mesti korang rindu aku kan hehehe


ni pic aku dengan mak angkat aku... a.k.a kakak sulung kepada ibu aku...

ABOUT ME

- Bekas pelajar SKAMIS
- Bekas pelajar SMKBS
- Pernah bekerja sebagai waiter di 1Malaysia Cafe



- Sekarang menyambungkan pelajaran di INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
(doakan aku sentiasa berjaya dan menjadi guru yang cemerlang ok?)
- minat photography
- minat melukis
- memerlukan laptop baru
hahaha tu pun nak bagitau
- minat tengok RUNNING MAN


ahahha lawak doe show ni...

- Status: DOUBLE hahaha

tu je la rasanya yang korang patut tahu ahhaha...
kalo ada nak tahu lebih lanjut... contact me at ***-*******
hahaha

ok semua... ni je la nukilan aku buat masani... mana x nya... esok dah nak antar 3 assignment
mataiiiiii






*EH... HAMPIR2 LUPA NAK BAGITAU... SEMUA GAMBAR YANG DITUNJUKKAN KALI NI SEMUA DI AMBIL MENGGUNAKAN
KAMERA DSLR
" NIKON "
HEHEHE....
KAMI KELUARGA NIKON
* SATU LAGI UNTUK PEMBACA YANG MENGGUNAKAN LINE IPG...
KORANG HANYA BOLEH VIEW PIC NI SELEPAS PUKUL 5 PETANG
DAN SABTU AHAD JER...
SEBAB NI LINK DARI FB JADI FAHAM2 LAH EK HEHEHE


hahaha thats all ladies and gentlemen... have a nice
smile alwayss...
assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh