Showing posts with label Isteri. Show all posts
Showing posts with label Isteri. Show all posts
0

It Girl


Apa khabar semua?
Sihat?
Kalau sihat alhamdulillah..
kalau kurang sihat... banyak2kan lah berehat okay?

Ni nak kata selamat malam xleh gak sebab dah lepas pkul 12....
nak kata pagi susah gak sebab still gelap ahhaha
DITENGAH2 agak2 nya hahaha


hehehe tapi berbanyak2 sori la tiba2 mengganggu korang yang mungkin dah tido skrang dengan post aku yang agak merepek malam ni ahahha...

entahla malam ni kenape aku rajin plak nak update... mungkin sebab nak procrastinate aktiviti mengemas barang kot hahaha


malasla nak kemas dulu tapi terpaksa kemas jugak sebab nak pindah blok asrama...



dari blok aku yang first2 masuk IPGKS dulu iaitu blok BELIAN @ Blok G ke Blok MERBAU @ Blok F...

huhuh sedihnya nak meninggalkan bilik G007 ni....  tapi apakan daya.... pihak pengurusan asrama dah bagi arahan rasmi untuk pindah.... terpaksala pindah jugak... huhuuhh sedihnyerrr...


tapi guys... n gurls.. bukan pasal pindah yang aku nak habaq kat korang kali ni...
tapi aku nak stoli moli sikit pasal IT GIRL...

hahaha... eehhh yang macam lagu Jason Derulo - It Girl tu.. hahaha


yang aku maksudkan dengan It Girl ni sebenarnya
tentang...

GADIS IDAMAN

ehehhe...
hahaha tetiba je kan crita pasal gadis idaman tengah2 malam cmni ahhaha
camne nak buat labu... dah tu je idea yang aku ada time2 cmni ahahha...
hantam sajalah labu


hehehe...

okay post kali ni x panjang sangat sebab aku hanya nak crita2 sal gadis idaman aku je... 
harap korang x ketawa ok? hehhee
sebab hal ni agak sensitip ckit heheh tapi kalau dah tau tu diam2 jer k hehehe... nanti DROP MY WATER FACE hahaha..




okay.. xnak buang masa lagi sebab mata pun dah ngantok..
kita terus kepada ciri2 gadis idaman aku ek heheh

PERSONALITI

CERIA


seseorang yang suka senyum... yang dapat menceriakan keadaan... tapi dia tidak melebih2 dan pandai memilih tempat dan ketika untuk membuat suasana gembira.. peramah dengan orang2 serta menghormati orang lain

MANJA

seseorang yang manja dengan orang yang betul2 rapat dengan dirinya.. tetapi bukan jenis yang memaksa namun hanya tingkah laku yang membuatkan orang ingin mendekatinya dan membelainya...

TEGAS


dia tegas dengan pendiriannya dan tidak mudah makan pujuk rayu serta tahu menjaga dirinya semasa bersama orang lain dan sentiasa sedia menegur dengan cara yang baik... namun akan bertimbang rasa dengan orang yang dia betul2 percaya (SUAMI & KELUARGA)

SUPPORTING

memahami keadaan orang lain dan tidak judge orang... sentiasa terbuka dengan pelbagai cadangan dan tidak segan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan...

BERGAYA


Seseorang yang pandai menggayakan dirinya mengikut kesesuaian keadaan dan dirinya... namun tidak melebih2... sentiasa sedap mata memandang... sentiasa menjaga penampilan tak kira dimana juga... namun sentiasa nampak simple... jenis yang hanya memakai bedak muka yang nipis dan lip balm namun tetap ayu..

AGAMA

mengambil berat hal agama... tau selok belok agama... tidak malu untuk menegur dalam bab agama... 
_______________________________________________________________________________

okay tu bab personaliti... sekarang masuk ke bab

FIZIKAL

MUKA & KULIT


seseorang yang berkulit cerah walaupun aku sendiri pun x cerah sangat... bibir yang sentiasa merah jambu..... kulit yang gebu hehehe... dan juga kulit yang sihat... kalau ada jerawat pun yang kecik2 jer hehhe...

TINGGI

berketinggian agak rendah... hehehe xla pendek sangat tapi rendah la dari aku hehehe I LOVE GIRL WHO IS SHORTER THAN ME...

BADAN

hahaha hok ni yang malu sikit den nak cerita ni ahahha.. tapi apakan daya... dah memang minat macamtu... terima jela hehehe... jangan hairan dan pelik ek bila dah tau k...

badan yang agak tembam aka CHUBBY heheh... entah napa aku suka gadis2 yang agak tembam ni heheh... bukanla yang terlalu lebih... tapi yang comel bila dipandang tapi masih dianggap sihat dan tidak merbahayakan dirinya... 

_______________________________________________________________________________

MINAT

FOTOGRAFI


bukanlah seseorang yang gila bergambar tapi lebih kepada seseorang yang pandai menghargai peristiwa2 yang istimewa...

MUZIK




minat dengan muzik yang agak ringan dan tidak terlalu berat... kalau boleh sekurang2 nya pandai main satu alat muzik..

piano ke


gitar ke


kalau ada suara yang merdu tu kira bonus la ehhehe


MASAKAN


minat dalam bidang masakan n pandai memasak sebab aku ni memang suka makan hehhe... n yang penting mesti pandai masak

LAKSA SARAWAK

KETAM

SAYUR CAMPUR

NASI LEMAK

TOMYAM

sebab tu faveret aku heheh

PASTRY


tahu dan pandai buat kek dan makanan yg sewaktu dengannya hehhe sebab aku minat jugak makan manisan ni ehehe... tapi aku prefer yang manisnya x terlebih dan ada masam2 ckit hehehe jadi yang ini jadi pilihan first aku kalau dia nak buat untuk aku ehhehe

LEMON PIE


waahh sedapnyerrrr...

_______________________________________________________________________________

KERJAYA

CIKGU TADIKA


yang ni mungkin sebab aku pun insyaallah akan berkecimpung dalam bidang pendidikan... tapi bes jugak ada isteri cikgu.. lebih2 lagi cikgu tadika...  comel jer hehhe.. kalau x pun pensyarah... cuti sama2... hehehe senang ckit nak bawak melancong hehehe...

NURSE


yang ni walaupun cuti dieorang x menentu tapi aku teringin juga ada isteri nurse... especially nurse wad bersalin... tiap ari dapat tgok baby comel... aku suka nurse mungkin sbb aku smkin percaya dia dapat jaga aku semasa sihat dan sakit...

CHEF


yang ni korang faham2 lah ek sebabnya hahaha....
aku ni badan jer kurang berlemak tapi kuat makan jugak tau hahaha..

_______________________________________________________________________________

Okaylah.. sampai cnie jer curhat aku kali ni... mata pun dah ngantok dah... harap korang x bosan membaca post kali ni... ni sekadar perkongsian... KITA MANUSIA MERANCANG, ALLAH SWT YANG MENENTUKAN APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA...

jadi apa yang aku tulis kali ni bukan la buku wajib namun skadar panduan bagi diriku kerna JODOH DAN PERTEMUAN DI TANGAN ALLAH SWT.... aku sebagai manusia biasa hanya mampu berserah dan berusaha....
tapi korang doa2kan la aku dapat temui orang yang betul2 sesuai dengan diri aku ni hehehe... kalau ada iras2 dengan IT GIRL aku.. alhamdulillah syukur hehehhe anggap bonus la ehhehe...

anyway.. selamat membaca... kalau ada idea2 lain insyaallah akan dikongsi bersama... 
TAKE CARE
SMILE ALWAYS
SWEET DREAMS
ANNYEONG

<<MAY PEACE BE UPON YOU>>

ASSALAMUALAIKUM WBT
0

Perkahwinan Suatu Yang Suci . . .


wassup guys....
apa khabar semua?
lama dah aku x post something dekat papar muka blog aku yang biasa2 ni kan...
eh lupa pulak...
Dengan Ini Saya Memegang Mohor Saya Sendiri


mengumumkan bahawa kita dah masuk hari ke-7 PUASA
yeayyy... bangga nyya...

bagi yang x tahu... orang muslim dah seminggu menempuhi puasa di bulan ramadhan
Puasa dibulan ramadhan nie ada dalam rukun ISLAM ek...
jadi janganlah anda mengingkari suruhan Yang Maha Esa ek..




lagipun best sangat puasa...
rasa lebih bermakna hidup ni kerana masa ni la kita diduga dan kita membuktikan bahawa kita mampu menunaikan kewajipan kita....
Sapa setuju angkat tangan macam saya


ahahha

Okay guys and gurls... back to our topic for the day...

PERKAHWINAN



ari ni aku nak kongsikan pengalaman aku menghadiri beberapa majlis perkahwinan...

hahaha mesti korang dah naik jemukan baca aku tulis pasal kahwin kan
dah kemaruk sangat ke aku ni ahhaha



hahaha sori la... masa ni aku ada idea tentang ni jer hahha..
jangan risau ek... aku x kemaruk sangat sampai sanggup produce anak luar nikah or kawin free hehhe
masih waras lagi otak aku ni..
aku nak kahwin dengan cara yang betul dan memuaskan hati

dah kerja n ada semua yang patut barula aku kahwin...
jangan lupa datang k hahaha

okay... arini aku x banyaka tulis sebab idea cikit jer... jadi aku santapkan pandangan anda dengan pic jer ek..

enjoy...


ni masa 1st time aku menghadiri majlis persandingan di hotel... RH Hotel Sibu... sori la x da pic pengantin sebab gambar sekarang xda dlm lappy aku... chyosamidha




ni masa aku balik untuk cuti akhir sem 2 iaitu pada bulan 6
ni aku hadiri perkahwinan saudara kepada saudara aku ahhaha maksudnya saudara aku jugak..
rasanya la hahahah... nama dia kami panggil Kak Yot and pasangannya Along..
gambar tu masa akad nikah dieorang... tema masa tu adalah pink.. nguahahha


ni masa persandingan dieorang keesokan harinya di dewan serbaguna SK Abang Amin...
temanya adalah grey hahaha... 


ahahha ni tengah buat aksi untuk photoshoot album kahwin ahaha n aku masuk sekali hahah..
pelik kan gaya kmiorang..

okay skrang untuk pic masa pkahwinan anak buah aku hahaha... tuakan anak buah aku... korang nak tahu tak bahwa aku ni sbnrnya dah ada cucu ahahha...

ok dipendekkan cerita.. bapak aku lahir jauh jarak dari kakaknya sehinggakan anak kakak bapak aku sama umur dengan bapak aku... jadi korang faham2 sendiri lah ek ahhaha...

kali ini pun di RH Hotel...


saja nak promote lampu bling2 ahahha
Baiklah...mari kita mulakan ek...
Perkahwinan kali ni raja sehari nya ada dua dan kedua2 pengantin lelaki adalah anak buah aku...
Yang pertama adalah

En. Maslino dan Cik Nur Azila


dan En. Maslio dan pasangannya Cik Nurfahara



simple je kan pelamin diorang.. yang penting dah diijab kabulkan hahaha... tapi still smart...


ni gambar pengantin Maslio dan Nurfahara dengan Datuknya merangkap Bapak aku hahaha


ni saja2 jer hahaha...kmi duduk depan n dekat dengan pelamin sbb kami keluarga terdekat hahaha..



sebelum balik sempat lagi kami berposing di atas pelamin hahaha... yang berposing dengan aku tu bukan awek aku ek... tu adalah Dayang Noor Afiza Binti Awang Jaffar iaitu kakak aku hahaha..


ni abang aku Awang Hafiz Bin Awang Jaffar dan Bakal Isterinya Safarina Binti Haji Saibi...


foto bersama famili terdekat nguahahha



dekat depan pintu dewan persandingan pun sempat berposing gak korang ni ahahha

baiklah...sampai disitu sahaja nukilan aku untuk hari ini... harap anda enjoy baca... kalo ada apa2 nak kongsi anda dipersilakan mengomen hahaha....

Baiklah sebelum saya tutup entry kali ini... 
santaplah mata anda dengan pic comel anak buah baru aku bernama Arry (tak tau ejaan betul ahah)
comelkan dia...



handphone aku jugak jadi mangsa budak kiut ni ahahha




Hahaha Arry buat muka kiut hahaha... enjoy n jangan lupa senyum macam Arry k...
May Peace Be Upon You....
0

CINTA kamu?


7 Pelangi - Ku Ukir Indah Namamu...
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

Kepada kamu yang pernah aku beri lagu INI aku faham pesananmu dan insyaallah jika memang ada jodoh kita


hehehe sori guys...terpaksa plak santapkan telinga korang dengan lagu ini untuk memulakan post aku hari ini...
ok terus terang post kali ni lebih kepada luahan perasaan... hahaha...pathetic btoi la jantan macam aku nak berjiwang di tengahari yang panas ni...
could you guys just bare with me hahaha...arap korang x bosan la mendengar luahan seorang insan bernama AWANG AZHAR BIN AWANG JAFFAR ni....

lagu ni banyak memberi makna pada aku hahaha...mungkin sebab lirik dia memang menusuk kalbu aku hahaha...
okay...BTW korang mesti ada seseorang yang korang sayang sangat2 sama ada orang tu sedari atau tidak...

hahaha kali ni aku dapat ilham dari pelbagai post orang d FACEBOOK la, TWITTER la n termasuk jugak BLOGGER ni...
macam2 post berkenaan dengan cinta hati diorang yang ada yang berbalas, ada yang dikecewakan dan ada jugak yang mengambil keputusan untuk menyembunyikannya


dengan kata lain menjadi secret admirer....

mesti korang semua ada kisah cinta tersendiri kan.... tak kira la cinta pandang pertama ke


bercinta dengan kawan lama ker


cinta dengan musuh


cinta tak berbalas


dan lain-lain lagi....

semua tu disebabkan satu perasaan bergelar CINTA...

aku sebagai manusia biasa memang x lari dari merasai perasaan ini...
tapi sampai sekarang aku x berapa faham dengan erti sebenar mencintai seseorang...
dan aku x rasa ia semudah mengatakan aku cintakan kamu...
ia lebih rumit dari itu tetapi dalam masa yang sama ia jugak sangat mudah...

sebabnya adalah... disebabkan cinta... orang sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan bahana kepada diri sendiri...
hal ini yang aku sangat tidak setuju....
bayangkan kalau cinta hati kita ni menyuruh kita membunuh diri untuk membuktikan cinta kita kepada dia
ADAKAH ANDA AKAN LAKUKANNYA?

persoalan sebenarnya bukan itu...yang menjadi persoalannya ada lah adakah orang itu benar2 mencintai kita? kerana jika dia ikhlas mencintai kita...dia tidak akan terfikir langsung untuk menyuruh kita lakukan sedemikian sebab dia tidak mahu orang yang dia cintai tercedera sedikit pun...

hahaha teringat pulak aku pernah tulis sajak pasal ni....
korang hayati k

Ku Serah Segalanya


by Azrieykha Faqeesh Darius on Tuesday, February 22, 2011 at 5:48pm ·

 Wahai Tuhan berikan malang kepadaku,
Agar Kau bisa berikan tuah kepadanya,
Ya Tuhan cederakanlah badan aku,
Agar Kau bisa lindungi tubuhnya,
Dan Tuhan murkailah aku,
Agar Kau bisa memberikannya keredhaanMu....

Akan ku telan segala perit,
Akan ku redah segala derita,
Akan ku tahan segala pilu,
Asalkan Ya Tuhan kesenangan Kau berikan,
Asalkan Ya Tuhan kegembiraan Kau sediakan,
Untuk si dia,
Kerana segalanya adalah untuk insan yang ku cintai....

Dengan itu,
Ambillah segalanya daripada aku,
Rampaslah setiap halusnya nafas aku,
Akan ku serahkan segalanya,
Tetapi,
Tatangilah si dia sepenuhnya,
Kerana semuanya sungguh bermakna,
Pabila bahagianya dia....

ahahah memang kalau anda sendiri sedang mencintai seseorang korang pun akan buat benda yang sama kan? seperti kata orang dulu2 cinta itu buta.....
tapi kalau nak lebih tepat...kita patut kata CINTA ITU MEMBUTAKAN

sebabnya cinta ni membuatkan kita tidak nampak arah jalan yang sepatutnya kita lalui....

maka...cintai lah berpada-pada....
ingatlah landasan yang betul.....

secondly pasal cinta yang x berbalas dan SECRET ADMIRER ni
aku pun pernah merasai benda yang sama...

memerhati sidia dari jauh dan sering bertanyakan soalan

ADAKAH DIA MENGINGATI AKU SEPERTI AKU MENGINGATINYA SELALU?

PERNAHKAH AKU TIBA DI LANDASAN RINDU DI HATINYA?

WUJUDKAH AKU DALAM DIRINYA?

hahaha yang memalukan sikit adalah bila kita STALK sidia..

NO bukan stalk yang jenis obses tu 


tapi mengambil tahu perkembangan diri si dia...

hahaha... siap bukak wall FB dia tengah2 malam sebab nak tahu status dia or ada x orang kacau dia
 hahha mesti korang pernah buat macam tu kan..

ia x salah tapi berpada-pada k

jangan macam ni hahaha


or macamni


tapi bagi yang berdiam diri n x pernah luahkan rasa hati anda.... aku sarankan

BERITAHU YANG ANDA ADA PERASAAN DEKAT SI DIA!!

korang mungkin slalu beranggapan macammana kalau dia tolak or macammana kalau dia ketawakan aku... macammana itu macammana ini....

korang x beritahu lagi...macammana la korang tau jawapan dia...mana tau kan kalau dia pun ada perasaan yang sama.... x salah kalau korang berterus terang... kalau dia reject pun tak ape atleast korang dah berpuas ati sebab korang dah terus terang....

ok sebelum aku nak akhiri post kali ni.... ada dua thing aku nak share dgn korang

MUNGKIN
KAU AKAN MELUPAKAN AKU
MUNGKIN
KITA TIDAK AKAN BERTEMU
MUNGKIN
SERIBU KEMUNGKINAN YANG ADA

TAPI
TIDAK MUNGKIN
AKU TIDAK CINTA PADAMU
TIDAK MUNGKIN
AKU AKAN MELEPASKANMU
KERNA
SEKALI AKU MELUAHKAN AKU CINTA
SEGALANYA
MUNGKIN TERJADI . . .

Mungkin by AZAQUE HARDYAR

dan last skali pesanan bagi SI DIA yang mungkin mencintai aku tanpa aku sedari atau aku sedari atau aku sendiri yang mencintai si dia atau lain-lain lagi....

MUNGKIN AKU CINTAKAN KAU
MUNGKIN KAU JUGA SAMA
SAMA ADA AKU SEDARI ATAU TIDAK
MAAFKAN AKU JIKALAU CINTA ITU TAK DIBALAS SEKARANG
MUNGKIN BELUM TIBA MASANYA
TETAPI JIKA MEMANG TERTULIS CINTA KITA BERSUA
INSYAALLAH AKAN AKU GENGGAM CINTA ITU
SEPENUH JIWA AKU
ITU JANJI AKU
AKU BERHARAP KAU SANGGUP TUNGGU
DAN AKU JUGA SANGGUP TUNGGU
DIRI KAMU ITU
JIKA KAMU JODOH AKU
ITU PESAN BUAT KAMU
DAN DIRIKU
SEMOGA KITA BERSATU
SAMA ADA DI DUNIA INI
ATAU DI AKHIRAT SANA

Yang Ikhlas ingin mencintaimu

Awang Azhar Bin Awang Jaffar

Sampai disini saja coretan aku...hehehe selamat membaca...
senyum selalu
take care
assalamualaikum....