Showing posts with label Bintang. Show all posts
Showing posts with label Bintang. Show all posts
0

CINTA kamu?


7 Pelangi - Ku Ukir Indah Namamu...
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

Kepada kamu yang pernah aku beri lagu INI aku faham pesananmu dan insyaallah jika memang ada jodoh kita


hehehe sori guys...terpaksa plak santapkan telinga korang dengan lagu ini untuk memulakan post aku hari ini...
ok terus terang post kali ni lebih kepada luahan perasaan... hahaha...pathetic btoi la jantan macam aku nak berjiwang di tengahari yang panas ni...
could you guys just bare with me hahaha...arap korang x bosan la mendengar luahan seorang insan bernama AWANG AZHAR BIN AWANG JAFFAR ni....

lagu ni banyak memberi makna pada aku hahaha...mungkin sebab lirik dia memang menusuk kalbu aku hahaha...
okay...BTW korang mesti ada seseorang yang korang sayang sangat2 sama ada orang tu sedari atau tidak...

hahaha kali ni aku dapat ilham dari pelbagai post orang d FACEBOOK la, TWITTER la n termasuk jugak BLOGGER ni...
macam2 post berkenaan dengan cinta hati diorang yang ada yang berbalas, ada yang dikecewakan dan ada jugak yang mengambil keputusan untuk menyembunyikannya


dengan kata lain menjadi secret admirer....

mesti korang semua ada kisah cinta tersendiri kan.... tak kira la cinta pandang pertama ke


bercinta dengan kawan lama ker


cinta dengan musuh


cinta tak berbalas


dan lain-lain lagi....

semua tu disebabkan satu perasaan bergelar CINTA...

aku sebagai manusia biasa memang x lari dari merasai perasaan ini...
tapi sampai sekarang aku x berapa faham dengan erti sebenar mencintai seseorang...
dan aku x rasa ia semudah mengatakan aku cintakan kamu...
ia lebih rumit dari itu tetapi dalam masa yang sama ia jugak sangat mudah...

sebabnya adalah... disebabkan cinta... orang sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan bahana kepada diri sendiri...
hal ini yang aku sangat tidak setuju....
bayangkan kalau cinta hati kita ni menyuruh kita membunuh diri untuk membuktikan cinta kita kepada dia
ADAKAH ANDA AKAN LAKUKANNYA?

persoalan sebenarnya bukan itu...yang menjadi persoalannya ada lah adakah orang itu benar2 mencintai kita? kerana jika dia ikhlas mencintai kita...dia tidak akan terfikir langsung untuk menyuruh kita lakukan sedemikian sebab dia tidak mahu orang yang dia cintai tercedera sedikit pun...

hahaha teringat pulak aku pernah tulis sajak pasal ni....
korang hayati k

Ku Serah Segalanya


by Azrieykha Faqeesh Darius on Tuesday, February 22, 2011 at 5:48pm ·

 Wahai Tuhan berikan malang kepadaku,
Agar Kau bisa berikan tuah kepadanya,
Ya Tuhan cederakanlah badan aku,
Agar Kau bisa lindungi tubuhnya,
Dan Tuhan murkailah aku,
Agar Kau bisa memberikannya keredhaanMu....

Akan ku telan segala perit,
Akan ku redah segala derita,
Akan ku tahan segala pilu,
Asalkan Ya Tuhan kesenangan Kau berikan,
Asalkan Ya Tuhan kegembiraan Kau sediakan,
Untuk si dia,
Kerana segalanya adalah untuk insan yang ku cintai....

Dengan itu,
Ambillah segalanya daripada aku,
Rampaslah setiap halusnya nafas aku,
Akan ku serahkan segalanya,
Tetapi,
Tatangilah si dia sepenuhnya,
Kerana semuanya sungguh bermakna,
Pabila bahagianya dia....

ahahah memang kalau anda sendiri sedang mencintai seseorang korang pun akan buat benda yang sama kan? seperti kata orang dulu2 cinta itu buta.....
tapi kalau nak lebih tepat...kita patut kata CINTA ITU MEMBUTAKAN

sebabnya cinta ni membuatkan kita tidak nampak arah jalan yang sepatutnya kita lalui....

maka...cintai lah berpada-pada....
ingatlah landasan yang betul.....

secondly pasal cinta yang x berbalas dan SECRET ADMIRER ni
aku pun pernah merasai benda yang sama...

memerhati sidia dari jauh dan sering bertanyakan soalan

ADAKAH DIA MENGINGATI AKU SEPERTI AKU MENGINGATINYA SELALU?

PERNAHKAH AKU TIBA DI LANDASAN RINDU DI HATINYA?

WUJUDKAH AKU DALAM DIRINYA?

hahaha yang memalukan sikit adalah bila kita STALK sidia..

NO bukan stalk yang jenis obses tu 


tapi mengambil tahu perkembangan diri si dia...

hahaha... siap bukak wall FB dia tengah2 malam sebab nak tahu status dia or ada x orang kacau dia
 hahha mesti korang pernah buat macam tu kan..

ia x salah tapi berpada-pada k

jangan macam ni hahaha


or macamni


tapi bagi yang berdiam diri n x pernah luahkan rasa hati anda.... aku sarankan

BERITAHU YANG ANDA ADA PERASAAN DEKAT SI DIA!!

korang mungkin slalu beranggapan macammana kalau dia tolak or macammana kalau dia ketawakan aku... macammana itu macammana ini....

korang x beritahu lagi...macammana la korang tau jawapan dia...mana tau kan kalau dia pun ada perasaan yang sama.... x salah kalau korang berterus terang... kalau dia reject pun tak ape atleast korang dah berpuas ati sebab korang dah terus terang....

ok sebelum aku nak akhiri post kali ni.... ada dua thing aku nak share dgn korang

MUNGKIN
KAU AKAN MELUPAKAN AKU
MUNGKIN
KITA TIDAK AKAN BERTEMU
MUNGKIN
SERIBU KEMUNGKINAN YANG ADA

TAPI
TIDAK MUNGKIN
AKU TIDAK CINTA PADAMU
TIDAK MUNGKIN
AKU AKAN MELEPASKANMU
KERNA
SEKALI AKU MELUAHKAN AKU CINTA
SEGALANYA
MUNGKIN TERJADI . . .

Mungkin by AZAQUE HARDYAR

dan last skali pesanan bagi SI DIA yang mungkin mencintai aku tanpa aku sedari atau aku sedari atau aku sendiri yang mencintai si dia atau lain-lain lagi....

MUNGKIN AKU CINTAKAN KAU
MUNGKIN KAU JUGA SAMA
SAMA ADA AKU SEDARI ATAU TIDAK
MAAFKAN AKU JIKALAU CINTA ITU TAK DIBALAS SEKARANG
MUNGKIN BELUM TIBA MASANYA
TETAPI JIKA MEMANG TERTULIS CINTA KITA BERSUA
INSYAALLAH AKAN AKU GENGGAM CINTA ITU
SEPENUH JIWA AKU
ITU JANJI AKU
AKU BERHARAP KAU SANGGUP TUNGGU
DAN AKU JUGA SANGGUP TUNGGU
DIRI KAMU ITU
JIKA KAMU JODOH AKU
ITU PESAN BUAT KAMU
DAN DIRIKU
SEMOGA KITA BERSATU
SAMA ADA DI DUNIA INI
ATAU DI AKHIRAT SANA

Yang Ikhlas ingin mencintaimu

Awang Azhar Bin Awang Jaffar

Sampai disini saja coretan aku...hehehe selamat membaca...
senyum selalu
take care
assalamualaikum....




0

Kehilangan Bintang

Assalamualaikum

JATUHNYA BINTANG


Al-Kisah 1
Haha nak ketawa plak tgok blog xde org follow...dulu ada la...sorang tu yg follow dan dia la sebab aku ada blog nie...skarang dia dan aku dah x rapat macam dulu lagi dah hahaha pathetic toi la aku nie... xdala...aku sebenarnya terluka dengan kata2 dia last kami contact....dia kata aku macam...jadi sebab marah aku trus x contact dia lepastu...nak kata aku xmaafkan dia x la jugak tp...ada quotes mengatakan men forget but never forgive...rasanya situasi tu betul2 terjadi dekat aku..... maka dengan itu secara rasminya jatuh lagi satu bintang dalam hidup aku..........

Al-Kisah 2

KENAPA KAU BEGITU???
Nak cerita plak pasal satu gadis nie...kisah perkenalan kami sangatlah pelik.... kamu tahukan laman sosial facebook berfungsi sebagai medium untuk orang berkenalan... aku x pasti gak mcmner gadis nie leh jadi friend aku..... tapi cerita nie bermula apabila aku telah menulis sebuah sajak bertajuk selamat pagi dalam facebook aku dan aku tag2 la sapa2 yg bertuah dan dia la orangnyer.... kebetulan pulak sajak tu aku letak gambar orked yang aku amik....jadi dia komen la kirim salam dengan bunga tu ek...aku nie plak sorang yang benggong ckit n suka bgurau jadi aku cakap la kalo nak kirim bunga dkt rumah awak takut orang ingat saya antar rombongan meminang...teruslah memanjang crita sal meminang tu....trus cita bab kawin ...bila rasakan kami dah mendalam sangat cta tntg tu aku stop la komen....sejak dari tu dia slalu chat dkt aku....aku nie mesra ckit jadi balas2 la chat die tu... n pada satu saat dia ada ckp yg dia download pic aku sebab dia kata muka aku memberi ilham....aku masa tu terus cuak n kata tlg jgn buat mcmtu n aku trus x contact dia lagi utk beberapa bulan..... entah mcmmana leh tercontact balik pulak dgn dia skrg.... aku dapat tahu dia dah ada bf jadi aku lega la ckit....jadi adala brani ckit nak reply chat dia...tapi entah kenapa plak dia leh cakap yang dia masih sayang dekat aku...jadi aku pun marah la dia n cakap jangan tinggalkan orang yang cintakan kita untuk orang yang kita cinta kerna mungkin orang yang kita cinta akan tinggalkan kita untuk orang yang dia cintai..... n aku trus x contact n unfriend dia trus sebab aku x nak jd punca pgaduhan dia dgn bf dia tu...aku x nak orang curang sebab aku pernah merasai dicurangi sebelum nie jadi aku x nak orang rasa yang sama seperti aku....baik x aku ahahha...hampehhh....

Al-Kisah 3

MY FIRST LOVE


Part 1
Bila dah masuk bab cintan cintun nie teringat plak dengan kisah cinta pertama aku...nak cita ke x ek...hahaha screw that...cta ja la ek...korang nak baca ke x tpulang la ek ehhehe.....
orang kata cinta pertama lah yang kita xleh nak lupakan dan kata2 itu tersangat la betoi... 100%....hal ini disebabkan..... aku masih ingat cinta pertama aku sampai skrg hahaha...tgok pic dia pun dah buat aku bgetar hati hahaha...tp yg pasti aku x da rasa cinta lagi la...sayang2 ckit tu mungkin la....oppppsss hahahha..
baik kita truskan dengan permulaan cerita aku dengan sidia yang bernama S bukan nama sebenar muahahha...
kami berkenalan sejak dari tingkatan 1 lagi...masa tu aku baru pindah ke sebuah skolah baru iaitu SMK Bandar Sarikei dari Sekolah menengah  pertama aku iaitu SMK Agama Sri Aman Saratok.... masa tu aku dikira the new boy jugak la...aku dimasukkan plak dalam kelas 1b..... dekat skolah tu kami ada kelas agama jadi disebabkan pelajar islam dalam satu kelas x banyak jadi kami gabung kelas dengan kelas 1a..dan itu lah bermula pertentangan mata antara kami berdua sebab dia lah pelajar islam kelas 1a tu ahahha.... kami slalu adakan kelas di surau jadi disebabkan slalu berjumpa kami smua pelajar kelas 1a n 1b tu kira rapat la... sebelum tu aku memang x da apa2 feeling dkat S nie sebab aku masa tu masih budak jugak jadi x tau la perkara2 ttg cintan cintun nie hahaha...darah muda la katakan... bila diingatkan balik dia pernah cakap dekat aku dia mula suka dkt aku time aku kacau dia dkt surau dulu masa aku sakat dia n dia kejar aku smpai ke luar surau....sblum tu dia jugak pernah kata dia ada gak usha 2 aku tapi masa tu aku x perasan pun dia hahaha...kejamnyer...... baiklah truskan ek.... sejak tu dia mula antar2 surat dkt aku...tapi aku buat derk jer...sampaikan dia pernah ajak aku couple masa tu...hahaha tapi aku reject dulu sbb aku x tau pun apa2 sal couple nie... sejak dari tu dia x pernah antar surat lagi dekat aku...jeng2 adakah ia berhenti disitu...oh tidak... ada sambungan lagi....jap ek

part2



baiklah..ni sambungan kisah aku tadi...nak rehatkan tangan jap tu la ada separate parts ahhaha mak ngai dah macam download muvie jer ahhaha...baiklah smbung lagi ek.... lepas dia x antar lagi surat dekat aku tu....beberapa minggu lepas tu aku perasan dia x de datang skolah lagi...jadi aku tanya la kawan2 dia..rupa2 nya dia ada masalah keluarga n dia terpaksa berpindah ke Limbang...aku pun terguris jgakla masa tu sebab x da lagi orang nak dikacau nie... sejak dari tu la aku mula fikir2kan ttg dia...ok x dia sana.... ada x org kacau dia..... sehingga tiba la satu saat bila kami dua kelas tadi di bawa ker dewan suarah sebab ada ekspo ke masa tu...x ingat plak...jadi masa tu aku borak la dengan kawan2 si S tu n tanya khabar dia... diorang cakap dia ok jer n diorang cakap yg si S tu ada jugak tanya sal aku disini...bangga nyer rasa ati...berbunga gitu....lepastu siap kawan2 dia ko dia lagi tu.... lepas kwn dia borak dgn dia ....kawan dia bg telefon tu dekat aku suruh aku ckp dgn dia...aku terkelu lidah la..tapi aku beranikan diri cakap dengan dia...aku tanya khabar dia...mcmmana sana..ok ker?... nape perlu pindah?....n soalan las tu dia nangis plak n dia cakap yg mak dia datang n dia terpaksa off kan phone.... sedih gak la x leh cakap lama dengan dia...ada la rasa sebak2 ckit.... i think i maybe loving you gurl..... entah la sbb aku x tau apa perasaan aku masa tu.....tuttttt.... penat lak tangan...nnti2 ada masa aku sambung crita ni ek hehehe...bye guys n gurls assalamualaikum.... smile alwayss