0

It Girl


Apa khabar semua?
Sihat?
Kalau sihat alhamdulillah..
kalau kurang sihat... banyak2kan lah berehat okay?

Ni nak kata selamat malam xleh gak sebab dah lepas pkul 12....
nak kata pagi susah gak sebab still gelap ahhaha
DITENGAH2 agak2 nya hahaha


hehehe tapi berbanyak2 sori la tiba2 mengganggu korang yang mungkin dah tido skrang dengan post aku yang agak merepek malam ni ahahha...

entahla malam ni kenape aku rajin plak nak update... mungkin sebab nak procrastinate aktiviti mengemas barang kot hahaha


malasla nak kemas dulu tapi terpaksa kemas jugak sebab nak pindah blok asrama...



dari blok aku yang first2 masuk IPGKS dulu iaitu blok BELIAN @ Blok G ke Blok MERBAU @ Blok F...

huhuh sedihnya nak meninggalkan bilik G007 ni....  tapi apakan daya.... pihak pengurusan asrama dah bagi arahan rasmi untuk pindah.... terpaksala pindah jugak... huhuuhh sedihnyerrr...


tapi guys... n gurls.. bukan pasal pindah yang aku nak habaq kat korang kali ni...
tapi aku nak stoli moli sikit pasal IT GIRL...

hahaha... eehhh yang macam lagu Jason Derulo - It Girl tu.. hahaha


yang aku maksudkan dengan It Girl ni sebenarnya
tentang...

GADIS IDAMAN

ehehhe...
hahaha tetiba je kan crita pasal gadis idaman tengah2 malam cmni ahhaha
camne nak buat labu... dah tu je idea yang aku ada time2 cmni ahahha...
hantam sajalah labu


hehehe...

okay post kali ni x panjang sangat sebab aku hanya nak crita2 sal gadis idaman aku je... 
harap korang x ketawa ok? hehhee
sebab hal ni agak sensitip ckit heheh tapi kalau dah tau tu diam2 jer k hehehe... nanti DROP MY WATER FACE hahaha..




okay.. xnak buang masa lagi sebab mata pun dah ngantok..
kita terus kepada ciri2 gadis idaman aku ek heheh

PERSONALITI

CERIA


seseorang yang suka senyum... yang dapat menceriakan keadaan... tapi dia tidak melebih2 dan pandai memilih tempat dan ketika untuk membuat suasana gembira.. peramah dengan orang2 serta menghormati orang lain

MANJA

seseorang yang manja dengan orang yang betul2 rapat dengan dirinya.. tetapi bukan jenis yang memaksa namun hanya tingkah laku yang membuatkan orang ingin mendekatinya dan membelainya...

TEGAS


dia tegas dengan pendiriannya dan tidak mudah makan pujuk rayu serta tahu menjaga dirinya semasa bersama orang lain dan sentiasa sedia menegur dengan cara yang baik... namun akan bertimbang rasa dengan orang yang dia betul2 percaya (SUAMI & KELUARGA)

SUPPORTING

memahami keadaan orang lain dan tidak judge orang... sentiasa terbuka dengan pelbagai cadangan dan tidak segan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan...

BERGAYA


Seseorang yang pandai menggayakan dirinya mengikut kesesuaian keadaan dan dirinya... namun tidak melebih2... sentiasa sedap mata memandang... sentiasa menjaga penampilan tak kira dimana juga... namun sentiasa nampak simple... jenis yang hanya memakai bedak muka yang nipis dan lip balm namun tetap ayu..

AGAMA

mengambil berat hal agama... tau selok belok agama... tidak malu untuk menegur dalam bab agama... 
_______________________________________________________________________________

okay tu bab personaliti... sekarang masuk ke bab

FIZIKAL

MUKA & KULIT


seseorang yang berkulit cerah walaupun aku sendiri pun x cerah sangat... bibir yang sentiasa merah jambu..... kulit yang gebu hehehe... dan juga kulit yang sihat... kalau ada jerawat pun yang kecik2 jer hehhe...

TINGGI

berketinggian agak rendah... hehehe xla pendek sangat tapi rendah la dari aku hehehe I LOVE GIRL WHO IS SHORTER THAN ME...

BADAN

hahaha hok ni yang malu sikit den nak cerita ni ahahha.. tapi apakan daya... dah memang minat macamtu... terima jela hehehe... jangan hairan dan pelik ek bila dah tau k...

badan yang agak tembam aka CHUBBY heheh... entah napa aku suka gadis2 yang agak tembam ni heheh... bukanla yang terlalu lebih... tapi yang comel bila dipandang tapi masih dianggap sihat dan tidak merbahayakan dirinya... 

_______________________________________________________________________________

MINAT

FOTOGRAFI


bukanlah seseorang yang gila bergambar tapi lebih kepada seseorang yang pandai menghargai peristiwa2 yang istimewa...

MUZIK




minat dengan muzik yang agak ringan dan tidak terlalu berat... kalau boleh sekurang2 nya pandai main satu alat muzik..

piano ke


gitar ke


kalau ada suara yang merdu tu kira bonus la ehhehe


MASAKAN


minat dalam bidang masakan n pandai memasak sebab aku ni memang suka makan hehhe... n yang penting mesti pandai masak

LAKSA SARAWAK

KETAM

SAYUR CAMPUR

NASI LEMAK

TOMYAM

sebab tu faveret aku heheh

PASTRY


tahu dan pandai buat kek dan makanan yg sewaktu dengannya hehhe sebab aku minat jugak makan manisan ni ehehe... tapi aku prefer yang manisnya x terlebih dan ada masam2 ckit hehehe jadi yang ini jadi pilihan first aku kalau dia nak buat untuk aku ehhehe

LEMON PIE


waahh sedapnyerrrr...

_______________________________________________________________________________

KERJAYA

CIKGU TADIKA


yang ni mungkin sebab aku pun insyaallah akan berkecimpung dalam bidang pendidikan... tapi bes jugak ada isteri cikgu.. lebih2 lagi cikgu tadika...  comel jer hehhe.. kalau x pun pensyarah... cuti sama2... hehehe senang ckit nak bawak melancong hehehe...

NURSE


yang ni walaupun cuti dieorang x menentu tapi aku teringin juga ada isteri nurse... especially nurse wad bersalin... tiap ari dapat tgok baby comel... aku suka nurse mungkin sbb aku smkin percaya dia dapat jaga aku semasa sihat dan sakit...

CHEF


yang ni korang faham2 lah ek sebabnya hahaha....
aku ni badan jer kurang berlemak tapi kuat makan jugak tau hahaha..

_______________________________________________________________________________

Okaylah.. sampai cnie jer curhat aku kali ni... mata pun dah ngantok dah... harap korang x bosan membaca post kali ni... ni sekadar perkongsian... KITA MANUSIA MERANCANG, ALLAH SWT YANG MENENTUKAN APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA...

jadi apa yang aku tulis kali ni bukan la buku wajib namun skadar panduan bagi diriku kerna JODOH DAN PERTEMUAN DI TANGAN ALLAH SWT.... aku sebagai manusia biasa hanya mampu berserah dan berusaha....
tapi korang doa2kan la aku dapat temui orang yang betul2 sesuai dengan diri aku ni hehehe... kalau ada iras2 dengan IT GIRL aku.. alhamdulillah syukur hehehhe anggap bonus la ehhehe...

anyway.. selamat membaca... kalau ada idea2 lain insyaallah akan dikongsi bersama... 
TAKE CARE
SMILE ALWAYS
SWEET DREAMS
ANNYEONG

<<MAY PEACE BE UPON YOU>>

ASSALAMUALAIKUM WBT
0

Just The Way You Are


Annyeong...
Selamat membaca post terbaru oleh Awang Azhar Bin Awang Jaffar...
okay kali ni kita mulakan dengan bismillah
sama cam kali2 yang lain jugak hehhe

next...
sila tadahkan telinga anda dengan lagu ini ehhehe



okay x?

baiklah... sebabnya saya santapkan kamu semua dengan lagu tersebut adalah kerana lagu itu merupakan antara lagu kegemaran aku dari first aku  dengar hinggalah sekarang...

dan lagu tu lah jugak kekadang ada yang bertuah sbb bpluang mendengar aku dengan suara sumbang menyanyikan lagi ini ahahha


sebenarnya lagu ni bukan ditujukan untuk wanita saja... lelaki boleh... tua (ehh agak kasar perkataan ni ahahha tukalah jadi golongan senior) heheh muda... yang berbadan agak besar (chubby)... kurang tinggi... semualah kiranya..

lagu ni adalah supaya seseorang itu menerima dirinya seadanya dan insyaallah dalam dunia Allah yang serba luas ini ada insan yang menyayangi anda tanpa memperdulikan bagaimana anda pada luarannya... yang penting dalaman dan hati hendaklah dijaga ek... bak kata Tyra Banks... "We don't like mean girls)

*ps ni je gambar yang dia pakai baju sopan ahhaha...

ok berbalik kepada tajuk just the way you are td... aku suka sangat tajuk ni n ayat ni boleh diucapkan kepada semua orang... sebabnya adalah... kebanyakan orang x tau nilai dan keistimewaan diri sendiri...
hal ni lah yang menyebabkan ramai remaja sekarang yg dewasa pun ada jugak yang mengalami depresi dan kemurungan


hal ini disebabkan mereka menganggap diri mereka tidak bernilai dan tiada sesuatu pun yang istimewa tentang diri mereka... ada yang siap kutuk diri sendiri.. (sori kalau terkasar sikit ek)..

Aku Gemuk!!
Aku Pendek!!
Aku x Cantik!!
Aku x Tampan!!

dan macam2 lagi...
Stop beating yourself up guys.... Allah telah mencipta kamu sesempurna ciptaan... dan tiada ciptaan Allah SWT yang tidak indah...

Hal ni salu belaku sebab

Activating Events (Perkara yang berlaku)

Ada orang kutuk korang sebab rupa bentuk fizikal anda

Belief System (Kepercayaan diri)

Anda merasakan diri anda tidak secantik/setampan orang lain dan tiada sesiapapun yang menghargai diri anda seadanya

Consequences (Akibat)

Anda murung, mula menjauhkan diri dari orang, mula menghukum diri sendiri dan tubuh anda

*ps sori la kalau korang x faham term2 yg aku guna tu ahhaha biasa la... sejak dah mula blaja subjek Bimbingan dan Kaunseling PBK3101 dan PBK3102... sejak kebelakangan ni aku selalu guna term2 yg telah dipelajari ahahha... alang2 dah blaja apa salahnya kongsi ilmu yang ada kan ehhehe.....


ok berbalik kepada apa yg telah aku mention tadi... disebabkan Activating Event iaitu dikutuk seseorang... belief system mereka mula terganggu dan mempercayai kritikan orang tersebut.... maka akibatnya akan merosak diri sendiri... tapi kalau yang belief system dia kuat alhmdulillah la.. teruskan mempercayai diri sendiri ok...

Antara consequences yang mungkin berlaku adalah:

1. Anda mula menguncikan diri dalam bilik
2. Sentiasa mengelak daripada bertemu dengan orang
3. Menghukum badan (cth: melukakan badan, makan pil pelangsing)
YANG NI HARAP ANDA JANGAN SESEKALI BUAT

4. MAKAN PIL PENENANG
5. MINUM ARAK
6. BUNUH DIRI!!!!!!

Aku harap sgt korang x buat yg last 3 tu... nyawa xde ganti tau... korang ingat korang buat tu dan korang sendiri je tanggung akibatnya? TIDAK!! keluarga anda dan orang yang sayang anda akan turut terima akibatnya tau tak....


Please la k...

Jadi untuk memastikan anda tidak jadi macam tu meh aku bagi tips untuk mengelakkan anda berasa bahawa anda tidak istimewa...

1. PERCAYA BAHAWA SETIAP CIPTAAN ALLAH SWT ADALAH INDAH DAN ANDA ADALAH SALAH SEORANG DARIPADANYA

2. TANAMKAN DALAM HATI RASA BERSYUKUR TERHADAP DIRI SENDIRI 

3. DEKATILAH ORANG YANG HORMATI DIRI ANDA DAN JAUHILAH DARI ORANG YANG SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK MENJATUHKAN ANDA


4. SENTIASA MUHASABAH DIRI DAN CARILAH DI MANA KEKUATAN DAN KELEBIHAN ANDA BERADA

5. BUKA HATI ANDA UNTUK MENERIMA ORANG YANG BERNIAT IKHLAS MENGENALI ANDA

6. SENTIASA PERCAYA BAHAWA SETIAP MAKHLUK DIJADIKAN BERPASANGAN DAN INSYAALLAH ANDA AKAN MENEMUI PASANGAN ANDA

7. JANGAN TAKUT AKAN KEKECEWAAN KERANA KEKECEWAAN AKAN MENGAJAR DIRI ANDA SUPAYA TABAH DAN SENTIASA BERSABAR

8. SENTIASA BERFIKIRAN TERBUKA 

9. PERCAYALAH BAHAWA ORANG YANG INGIN MENJATUHKAN ANDA SEBENARNYA CEMBURU MELIHAT ANDA BERADA DI ATAS MEREKA

10. SENTIASA CARI CARA UNTUK MERUBAH DIRI MENJADI YANG TERBAIK DALAM APA JUA ASPEK TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MENERIMA KELEMAHAN DIRI

Insyallah jika anda sudah mula merubah Belief System anda... anda akan mula melihat diri anda adalah sebuah anugerah yang dikurniakan tuhan.... bermula dari situ anda akan lihat keadaan sekeliling anda insyaallah akan berubah... amin.. 

Ingatlah bahawa pujian orang kepada anda adalah berkemungkinan besar benar2 belaka lebih2 lagi jika orang itu adalah orang yang menyayangi anda...

Jadi bila orang kata:

Awak cantiklah
Awak Comellah
Saya suka berkawan dengan awak
Awak baik
SAYA SAYANG AWAK

janganlah tolak mentah2 kata2 itu kerana besar kemungkinannya mereka benar2 bermaksud begitu..
Mungkin ada yang menanam tebu di bibir dan mulut manis


tetapi anda tidak akan rugi mengambil kata2 itu dan jadikan ia pembakar semangat anda supaya anda akan merasakan diri anda adalah berharga...

ARASSO?

okaylah jadi pembaca2 semua... sentiasa percaya akan diri sendiri... kerana diri anda begitu berharga hehehe... amik quote dr iklan loreal jap


eheheh jadi sampai disini sahaja penulisan aku...
diharap anda akan sentiasa ingat apa yang telah aku pesan
dan jika tersalah kata aku mintak ampun dan maaf
hamba hanya seorang manusia biasa hehehe

okay sebelum aku berundur diri... ni untuk peringatan aku dan semua orang heheh..
enjoy


thanks for reading..
Annyeong
Assalamualaikum..
May Peace Be Upon You....